Friday, March 16, 2012

Sebulan Lagi




 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum... 

Jika tiada aral melintang, sebulan lagi saya akan ikut mak dan abah merentasi Laut China Selatan untuk melawat Y dan keluarga yang akan berpindah atas urusan kerja ke sana hujung bulan nanti.


Lama tak melawat Brunei. Bagaimana keadaan dan perkembangan di sana sekarang eh?


P.S: Maaf, saya masih tidak dapat nak aktif menulis blog dan seumpamanya kerana PC saya masih tidak sihat. Harap ihsan guna laptop adik (tidak mahu jadi amalan terlalu guna barang orang) untuk hal-hal tersebut. Jadi kalau saya lambat jenguk blog anda semua, maafkan saya.

P.S.S: Untuk rakan sekolah, doa saya singgah tempat awak :)


Wednesday, March 14, 2012

Suatu Ketika


 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Dunia ini menghampiri keadaan seperti zaman jahiliyah agaknya. Manusia semakin berani melakukan kekejaman. Tidak takut pada Allah dan cintakan dunia.


Sekarang ini memang banyak jenayah yang sadis dan tidak masuk akal. Sayapun sekarang dah tak berani nak keluar seorang diri tanpa sebab yang penting. Nak keluar seorang diri kena fikir banyak kali. Kalau dahulu tidak fikir sangat hal begini, spontan tapi sekarang ni timbang semasak-masaknya sampai kebanyakannya saya tidak akan keluar akhirnya.


Rasulullah bersabda maksudnya:
"Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah."
(Hadis Riwayat Muslim)


Suatu ketika yang dinyatakan oleh Rasulullah telahpun sampai kini.