Monday, October 29, 2012

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 11


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 11

***Alena telah berjaya menjadi pembanci. Malahan dia telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sehingga selesai. Tugas sebagai pembanci memang mencabar dan memenatkan. Tempoh bancian lebih kurang 6 minggu dan termasuk 2 minggu puasa Ramadan.
"Syukur akhirnya aku berjaya buat sampai ke BP3!" Alena njerit kegembiraan selepas menghantar borang bancian dan laporan terakhir kepada penyelianya.
"Masa untuk pulang ke rumah. Rindu dengan katil sendiri." Alena tidak sabar-sabar.

Alena berasa sedikit ralat kerana tidak dapat membantu Mak Teh membuat biskut raya ketika bulan puasa. Dia terikat dengan tugas dan tidak boleh ke Raub, Pahang tempat tinggal Mak Teh. Ikutkan sudah 2-3 tahun Alena membantu membuat biskut raya d rumah Mak Teh setiap kali Ramadan menjelang. Namun tahun ini berbeza. Dia duduk sementara di rumah Mak Andak untuk siapkan bancian.  dari 6 Julai hingga 22 Ogos.

Dua minggu lagi hendak raya tapi Alena tidak merasakan semangat untuk beraya. Terlalu penat dan tepu dengan maklumat -makluma yang diterima ketika membanci. Kulitpun terbakar oleh selaran matahari dan tidak berseri.

Ibadat solat terawih pun terabai ketika awal 2 minggu Ramadan. Alena bercadang untuk berehat puas-puas dan memulakan solat terawaih untuk baki 2 minggu.

SAMBUNG...

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Arafah Dan Selamat Hari Raya AidilAdha 2012


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Wah lamanya tak tulis blog! Saya tiada kesempatan nak pergi cc untuk tulis. Terlalu MALAS dan banyak syarat saya letak untuk pergi cc.

Jadi ini berkesempatan gunakan laptop sepupu dan dapatlah tulis 1 pos. Banyak nak tulis tapi saya akan buat sebagai pos tertunda dan mendakkan ke dalam pos lama.

Selamat Hari Arafah. Banyakkan berdoa hari ini kerana ia merupakan hari yang makbul doanya. Minta keampunan pada Allah. InsyaAllah.

Rasanya keinginan meluap-luap untuk menulis blog ini telah diperkenankan Allah. Sungguh Allah Maha Mendengar.

Jumpa lagi. InsyaAllah ada kesempatan buat blogwalking pula.
 

Tuesday, October 16, 2012

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 10


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 10

***Alena berada di rumah Mak Andak. Mak Andak ingin membuat majlis sambutan harijadi anaknya, Taqif dan juga sambutan Hari Ibu untuk mak dan mak mertua Mak Andak.

Alena sampai awal pada tengahari tersebut. Belum ada orang lagi malahan Mak Andak masih membuat persediaan untuk memasak. Tujuan Alena datang awal adalah mengisi borang sebagai pembanci. Memandangkan Mak Andak sibuk, Alena berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Mata sangat mengantuk kerana hampir seharian tidak tidur. Tidur lewat kerana 'online' awal pagi hingga dinihari.

Selepas makan tengahari, Alena bertenaga dan kemudian dia menolong dengan memotong kecil kentang-kentang untuk digoreng. Ia akan dibuat bergedil. Kemudian dia menghiris daun bawang. Akhir sekali dia menyiat-nyiat daging ayam yang telah direbus.

Alena tidur sekejap di bilik dan bangun selepas terdengar azan Asar, laksanakan tanggungjawab dan beralih berehat di ruang tamu pula. Tidak lama selepas itu, majlis berlangsung. Mula-mula Taqif memotong kek kemudian mak dan mak mertua Mak Andak pula memotong pulut kuning. Masing-masing dapat hadiah.

Alena sangat menggemari soto sehingga makan 2 kali. Alena tidak dapat merasa laksam kerana perut telah penuh. Hari ini hari menggembirakan kerana bukan selalu Alena dapat hadir ke majlis harijadi.

SAMBUNG...

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 9


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 9

***Mata Alena bersinar-sinar melihat buku-buku yang tersusun tinggi yang dia keluarkan daripada plastik beg. Seronok apabila banyak buku berjaya dia beli dan ada buku-buku yang dibeli tidak dirancang. Terdapat banyak pilihan untuk Alena memilih yang mana untuk dibaca terlebih dahulu. Dia memutuskan untuk membaca novel berbentuk keagamaan.

Malam itu Alena membaca buku tanpa gangguan sambil menghirup air coklat pahit. Walaupun Alena telah mendapat selesema dan batuk selepas pulang dari PWTC, dia merasa jiwanya gembira. Buku merupakan terapi dan kadang-kadang menjawab persoalan atau situasi yang Alena hadapi. Rupa-rupanya Alena makin menyedari, perpisahan dengan orang yang tidak sudi itu adalah kerana hala tuju hidup yang berbeza. Alena makin nampak sebab musabab perpisahannya. Ini pengajaran didapati  daripada novel 'Tautan Hati'.

Masih menjengkelkan kerana orang yang tidak sudi itu masih mengganggu Alena. Dia fikir tiada sebab untuk berhubung lagi kerana hubungan mereka telah tamat.

SAMBUNG...

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 8


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 8

***Alena telah berjaya tidak mengendahkan orang yang tidak sudi itu. Dia hanya menumpukan dan memikirkan keseronokan untuk ke Pesta Buku di PWTC. Dia telah menyenaraikan  buku-buku yang ingin dibeli. Ada tajuk-tajuk buku dia dapat daripada sumber internet. Ada juga tajuk buku dicadangkan oleh kenalan. Alena menyenaraikan lebih kurang 20 buah buku yang patut dibeli. Peruntukan lebih kurang RM400.

Alena ada mengajak Nurhuda ke PWTC bersama-sama. Malangnya Nurhuda sibuk dengan peperiksaan akhir dan menulis tesis. Maka Alena akan keseorangan untuk memburu buku-buku yang ingin dimiliki. Memang dia telah merancang dengan teliti waktu, tarikh dia akan bertolak. Malahan dia telah tetapkangerai mana yang akan dia singgah dahulu. Nombor gerai juga telah diambil daripada internet supaya dia tidak membuang masa tercari-cari gerai yang ingin dikunjunginya.

Keterujaan dan keseronokan Alena diceritakan kepada teman siber yang telah lama dikenalinya dan penyokong Chelsea, Arif. Arif seolah-olah kagum dengan Alena yang hantu buku malahan terkejut dengan jumlah buku dan peruntukan yang disediakan.
"Alena sudak lama tidak ke Pesta Buku."
"Oh begitu." Arif berpuas hati dengan jawapan Alena.
Mereka berborak di yahoo messager.

Hari yang ditunggu-tunggu Alena telah tiba. Dia mengambil bas pertama ke Kuala Lumpur iaitu pukul 8 pagi. Tiba di Pudu lebih kurang pukul 10 lebih dan dia berjanji untuk bertemu seorang lagi rakan borak yang selalu juga dia jumpa di Kenny Roger. Mereka bertukar-tukar cerita sebelum Alena menaiki STAR untuk ke PWTC.

SAMBUNG...

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 7


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 7

***Malam Jumaat yang hening tetiba Alena terdengar bunyi mesej masuk ke telefon bimbitnya. Alena baru sahaja solat Isyak. Dia terus sahaja mengambil telefon bimbit yang terletak di atas katilnya. Terpana melihat nama pengirim dan terbaca sedikit mesej dan dia serta-merta buang tanpa membaca keseluruhan mesej tersebut. Mungkin Alena sudah lupa cara membuang atau mungkin sebab kena buka dahulu mesej tersebut sebelum memadamkannya. Tidak keruan dirinya dan dia memarahi dirinya. Tidak perlulah dia dia membalas mesej kepada orang yang tidak sudi itu. Dia tidak mahu menambah luka di jiwa. Dia selalu menyalahkan diri dan berharap kalau dia dapat mengubah keadaan. "Tidak ada kalau-kalau!" Alena memarahi dirinya. Semua ini ketentuan Allah. Dia tidak dapat mengubah apa yang Allah berikan. Jangan berasa kesal.

Alena berisighfar dan mengucapkan istirja berulang-ulang kali. Dia mengharapkan Allah menghilangkan kecelaruan yang menimpa fikiran dan perasaan. Moga akan kelihatan sinar di sebalik di sebalik perpisahan yang perit ini.

Rupanya gerak hati Alena tepat yang dia akan dihubungi lagi oleh orang yang tidak sudi itu. Dia telah serahkan hal orang itu pada Allah dan dia terus tidak mengendahkannya.
"Aku dan dia sudah tidak ada apa-apa lagi. Aku bertawakal dan berserah kepadaMu," Alena mengucapkan ayat itu setiap kali dia teringat atau menerima mesej atau panggilan daripada orang itu.

SAMBUNG...

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 6


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 6

***10 Mac 2010. Petang Rabu yang indah, Alena keluar rumah untuk berjalan-jalan seorang diri. Jalan-jalan cari barang. Jalan-jalan kerana Alwna berjalan kaki sahaja dari rumah ke The Sore, pasaraya yang semakin lengang kerana terpaksa bersaing dengan Jaya Jusco (JJ) Bandar Mekala dan Tesco yang berdekatan.

Pertama sekali sampai di The Store, Alena mengisi perut dengan hidangan McDonald McValue Meal yang berharga RM5.95. Kemudian membelek-belek baju dan seluar di tingkat 2. Ada yang Alena berkenan tetapi dia menangguhkan untuk membeli.

Lima belas minit dia berjalan ke arah JJ dan masuk ke dalam bangunan ke bahagian yang sama seperti di The Store. Berkenan sahaja terus beli. Kemudian singgah ke kedai buku The Popular. Banyak buku yang menarik tetapi mengenangkan dia akan ke Pesta Buku di PWTC bulan hadapan, dia hanya membeli novel 'Jaja dan Din'. Itupun kerana Nurhuda beria-ia mengatakan cerita buku tersebut menarik yang menyebabkan Alena tidak sabar membelinya. Lagipun ada diskaun 15% untuk buku tersebut jadi dia tidaklah rasa rugi sangat. Setelah membeli, Alena ke Tesco yang terletak bersebelahan dengan JJ. Jalan kaki mengambil masa lebih kurang 7 minit. Tempat dituju masih sama iaitu bahagian pakaian. Beli lagi apabila jumpa yang dia minat. Ketika ini Alena merasa penat dan menyesal kerana tidak beli baju dan seluar yang diinginkan ketika di The Store.

Usai urusan, Alena pulang  melalui jalan lain dan singgah minum di gerai sebelum sampai ke rumah. Sangat penat tetapi Alena seronok kerana pertama, membeli-belah seorang diri yang baginya bukan untuk dilakukan. Kedua, dia telah melakukan senaman dengan berjalan kaki. Menyahut seruan kerajaan berjalan 10 000 langkah sehari. Ia merupakan satu terapi buat dirinya.

SAMBUNG...

Monday, October 15, 2012

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 5


 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...
Bahagian 5


***Alena telah membeli buku log bersaiz F5 untuk menulis diari. Buku itu dianggap sebagai tulisan kehidupan. Apa yang ingin diluahkan, idea, coretan, muhasabah tentang diri dan lain-lain. Januari 2010, log kehidupan telah dicoret secara berkala dan tetap.

Alena berharap pada suatu hari terutama apabila dia berjaya menghilangkan tipikal orang ramai pada dia dan mencapai impian, dia dapat membaca semula log kehidupan yang telah ditulis.
"Tidak tahu bila aku akan keluar daripada kepompong ini tapi aku akan selalu bersangka baik kepada Allah." Alena tidak mahu menyalahkan Allah. Tidak mahu berputus asa dan hanya mengikut aliran hidup. Alena akan cuba tahan untuk menjadi orang kerdil di sekeliling orang ramai. Dia menjadi seorang yang mahal untuk berkata-kata tanpa berhati-hati. Takut untuk bersuara kerana takut menerima soalan-soalan yang tidak ingin dia dengar.

SAMBUNG...

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 4


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 4

***Alena rasa selamat dan bahagia di rumah. Boleh dikira dengan jari berapa kali dia keluar rumah. Alena telah menjadi penunggu setia rumahnya semenjak dia meninggalkan universiti itu buat kali terakhir. Dia yang mulanya bekerja tetapi tidak berhasil. Sudah beberapa pekerjaan dia lakukan tetapi ada sahaja masalah yang dihadapinya. Masalah majikan yang tidak bayar gaji, pekerja lain yang dengki, kerja yang dilakukan tidak disukai Alena dan sebagainya. Alena pernah memohon kerja di SPA. Tiada rezeki untuk dapat. Akhirnya Alena membuat kesimpulan dia sesuai secara sendirian dan berjangka pendek. Ini kerana ada kerja secara bersendirian dan berjangka pendek yang Alena terima dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Jadi Alena secara rasmi bekerja tidak tetap maka masa banyak di rumah. Oleh itu, Alena menghabiskan masa membantu ibunya dengan kerja-kerja rumah. Itu cara dia menjadi produktif dan mengeluarkan tenaga.

Alena teringat ketika di universiti, dia masih belum pandai memasak apatah lagi menyiang ikan. Berbanding sekarang, dia telah pandai masak dan ikan yang mudah-mudah. Cuma ikan jaket atau ikan cencaru sahaja dia menghadapi sedikit kesukaran untuk membuang kulit yang keras dan tajam. Kemahiran memarut kelapa pula belum dapat dia kuasai. Habis berterbangan tempurung kelapa yang hampir mencederakan diri sendiri.
"Tidak mengapa, sekarang boleh beli kelapa yang sudah diparut. Lagipun santan pun mudah didapati." Alena memberi alasan untuk menyedapkan hati.
"Mungkin satu hari aku akan berjaya memarut kelapa. Macam dahulu aku tidak mahir mengelim kulit karipap. Setelah 12 tahun baru aku aku tahu mengelim kulit karipap dengan cantik."
Alena bersyukur dan rasa ingin sahaja melompat kegembiraan apabila berjaya akhirnya.
"Biarlah ada perkara akan terjadi mengikut waktu yang telah Allah izinkan."

Jauh di sudut hati Alena ingin menyambung semula pelajaran. Pastinya bukan dalam bidang yang pernah buat dia kandas. Cuma dia tidak pasti dalam bidang apa.Ada beberapa bidang terlintas difikirannya. Namun jawapan solat istikharah adalah neutral. Alena keliru Pada pandangannya mungkin maknanya bukan sekarang untuk melakukannya.

Alena juga ingin bekerja tetap dan mendapat gaji tetapjuga. Kadang-kadang rasa rendah diri apabila bercampur dengan orang kerana sering ditanya kerja apa. Susah untuk dia nyatakan. Alena selalu berharap orang ramai mengerti bukan semua macam mereka. Tidak tipikal dan membuat tanggapan umum. Mahu dia menjerit dia kerja di rumah dan kerja secara BEBAS.

SAMBUNG...



E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 3


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 3 

***Alena masih meneruskan hidup. Setelah sebulan lebih Alena terpaksa menghidupkan telefon bimbitnya kerana ramai yang mencarinya. Alena terpaksa memohon maaf kepada bekas rakan sekerja yang tidak dapat menghubunginya untuk berjumpa dengannya.

Alena berkenalan dengan rakan borak yang baru. Nurhuda namanya. Dia menuntut tahun akhir Kejuruteraan Kimia di UTM Skudai. Nurhuda sangat baik dan mengajak Alena ke UTM untuk brjumpa.
"Betapa baiknya dia baru kukenal telah mengajak aku turun ke JB," lintasan hati Alena.
Alena tidak ragu-ragu menolak kerasa merasakan ketulusan hati Nurhuda. Ini merupakan salah satu untuk melupakan kesedihan yang ditanggungnya.

Di samping berjumpa Nurhuda, Alena akan berjumpa rakan borak yang lain dan teman sekuliah Nurhuda iaitu Khatijah.

Alena bertuah berjumpa Nurhuda dan Khatijah. Keakraban Nurhuda dan Khatijah membuatkan Alena memikirkan alangkah indah dia mempunyai rakan baik. 2 hari di JB masa yang cukup singkat. Layanan yang diberikan sangat baik. Alena berharap hubungan silaturahim yang baru terjalin akan terus erat. Ahad petang Alena pulang ke rumahnya. Dia telah rindukan katilnya.

Betapa Alena teringat pepatah 'jauh perjalanan luas pandangan." Hatinya sedikit terubat dengan perjalanan ini.

SAMBUNG...

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 2


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 2

***Hampir sebulan Alena menutup telefon bimbitnya. Ini untuk ketenangan hati. Tidak mahu berkecamuk lagi. Sepanjang waktu dia cuba mengubati hati. Mengadu pada Kak Ijah yang dikenali melaui satu laman sembang. Melalui Kak Ijah, dia mendapat dorongan dan nasihat. Alena menyibukkan diri melalkukan kerja-kerja rumah, menonton siri televisyen di internet atau memuat turun siri sperti 'Everybody Loves Raymond', 'House', dan lain-lain.

Ada juga teman Alena ingin memperkenalkan dia dengan orang baru selepas seminggu peristiwa itu berlaku. Hati Alena masih belum terbuka. Namun Alena berdiplomasi pada temannya, Haziq.
"Haziq suruh orang itu buat solat istikharah. Kalau positif bolehlah teruskan untuk berkenalan."
"Ya kak nanti Haziq sampaikan."

Alena tersenyum lega kerana telah meluahkan apa yang terbuku di dalam hati setelah sekian diasak pertanyaan untuk berkenalan. Pelbagai ciri-ciri positif Haziq ceritakan mengenai lelaki berkenaan. Sebenarnya ini adalah cara halus untuk menolak hasrat perkenalan tersebut.
"Kak Lena kena log off dahulu. Nak dating."
"Hah! Dating dengan siapa?" Haziq tercengang.
"Haha bertenang. Akak nak dating dengan Allah. Jumpa lagi. Assalamualaikum."
"Waalaikumussam."
Alena cepat-cepat daftar keluar google talk.

Beberapa hari kemudian, Alena telah mendapatkan jawapannya. Seperti kata hati dan solat istikharahnya yang berkata tidak begitu juga dengan orang itu. Cara ini tidak akan melukakan hati orang yang ditolak permintaannya.

Mulai hari tersebut Alena telah menetapkan cara begitu akan dilakukan untuk berkenalan dengan lelaki.
"Tidak perlu membuang masa lagi. Cukuplah pengalaman yang aku lalui," Alena menggumam. Hidup harus diteruskan dan Alena mengikut arus yang ada di hadapannya.

SAMBUNG...

Sunday, October 14, 2012

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 1


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 1

***Alana berharap tahun 2010 adalah tahun yang menggembirakan dan masa untuk memikirkan untuk berkahwin. Sudah hari ke-14 melangkaui tahun baru. Dia tersenyum di dalam kereta. Dia menuju ke Kuala Lumpur. Kereta dipandu Pak Andak. Tiba-tiba satu sms masuk ke telefon bimbitnya. Air muka Alena berubah. Hati merasa hiba. Isi kandungan sms daripada kekasihnya menusuk kalbu. Kekasihnya memutuskan hubungan dengannya melalui sms!

Tiba-tiba perjalanan terasa panjang.Hati terasa rawan, badan terasa letih. Mahu sahaj dia memengsankan diri. Koma selama-lamanya. Berat kepalanya. Dia cuba berborak ria dengan Mak Andak dan sepupunya, Taqif. Sambil-sambil dia membalas sms dengan pujukan kepasa orang yang tidak sudi lagi. Apakan daya sms tabg diterima semakin menyakitkan hati.

Alena kuatkan semangat masih menghantar sms kepada orang yang tidak sudi itu. Hati terasa perit. Dia bertanya apa salahnya hingga tiba-tiba sahaja orang yang tidak sudi itu ingin memutuskan hubungan dengan sewenang-wenangnya. Akhirnya malam itu, dia pasrah yang dia telah putus cinta buat sekian kalinya. Pulang ke rumah dengan hati hanya diserahkan kepada Allah dan pengaduan untuk hatinya disembuhkan setelah pecah-belah. Ketika itu, Alena membulatkan tekad mengeraskan hati untuk tidak melayan apa-apa bentuk komunikasi daripada orang tidak sudi itu lagi. Maka usai solat, Alena menutup telefon bimbiy. Sampai bila Alena akan menutup telefon bimbit? Dia akan tutup sehingga Allah bukakan hatinya untuk buka semula telefon bimbitnya.
"Aku akan tetap pada pendirian aku untuk tidak melayan engkau lagi selepas ini." Alena yakin dengan keputusan itu. Keheningan dinihari itu Alena menonton televisyen keseorangan sambil menangis apabila teringat tulisan kejam yang diterimanya.
"Kekejamanmu, aku serahkan pada Allah untuk membalasnya danaku berlepas daripadamu." Alena mengulang-ulang kata itu di hati di setiap ketika dan di setiap doa yang dipanjatkan. Kata-kata itu seolah-olah untuk mengubati hatinya.

SAMBUNG...

E-Novel: Dunia Rumah Alena


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pengenalan/Mukadimah

Inilah dunia Alena. Di rumah sahaja kebanyakan masanya. Siang dan malam untuk rumah yang dianggap selamat dan menggembirakan. Segala-galanya menyenangkan Alena. TV dengan pelbagai rancangan menarik. Internet dengan maklumat dan hiburan segera terus ke dirinya. Mudah berhubung dengan manusia melalui alam maya ini. Sejak dia terkandas tidak khatam universiti, internetlah yang menyejukkan jiwa yang patah. Mula-mula tentulah air mata mengiringi rasa sedih Alena. Rasa malu yang menyelubungi diri. Rasa putus asa. Rasa seperti hilang arah tujuan seolah-olah dia tidak mahu hidup. Tidak disangka perjalanan hidup tidak seperti dibayangkan. Dia membayangkan menyambung pelajaran  ke universiti, tamat pengajian, bekerja dengan gaji yang lumayan, bercinta, berkahwin dan seterusnya mempunyai anak. Nampaknya tidak satupun dia berjaya laksanakan. Kini Alena hanya memandang dunianya pada rumah secara realiti dan internet sebagai jalan lepas di alam maya. Sudah lama dia terperangkap dalam dunia itu sehingga menjauhkan dia daripada rakan-rakan yang bagi Alena lebih berjaya daripadanya. Bagai terkongkong dalam kotak! Statik. 

Alena mencari-cari keghairahan hidupnya setelah percaya dia salah memilih bidang yang akhirnya dia jatuh dalam lubang dalam.

Lubang dalam itu membuatkan Alena memulakan perjalanan pencarian jiwa. Langkah pertama adalah mengenali diri. Mengenali personaliti diri melalui kuiz di laman sesawang dan pembacaan buku.


SAMBUNG...