Saturday, November 8, 2014

Selamat Tinggal Segalanya...Pulang Ke Tanah Air


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari terakhir bersiaran dari Spencerville. Menulis dengan kerap di sini. Dipermudahkan untuk mencoret dan memuat turun gambar. Jadi tak tahulah momentum akan sama apabila tiba di Melaka di mana susah sedikit. Berat hati tinggalkan New Zealand dengan kenangan indah.

Saya minta maaf jika ada mengguris hati pembaca blog. Terima kasih kerana singgah. Ada rezeki saya akan menulis lagi. Insya Allah. Esok penerbangan pagi. Dalam pukul 10.
 

Wednesday, November 5, 2014

Kenangan: Aidan Makan Ravioli


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Ni anak saudara. Aidan di rumah lama. Kenangan untuk saya ketika jaga dia. Aidan mahu suap sendiri makan ravioli. Habis sepah di lantai dan muka comot gila.

Lepas ini Mak Long tak jaga Aidan pula. Selama hampir 3 bulan kenangan manis masam pahit jaga budak bulat ini. Hehe mama dia panggil budak bulat.

 

Makan Crayfish Di Kaikoura


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ahad 2 minggu lepas pergi Kaikoura. 2-3 jam perjalanan. Ada menempuh jalan bengkak-bengkok nak termuntah juga. Macam jalan ke Genting atau Cameron Highland.

Dah sampai kitaorang makan gerai tepi jalan. Lupa nama. Makan udang ketak.

 

Balik


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Ahad ni saya nak balik dah. Tetiba sahaja rasa berat hati. Entah dah seronok tinggal sini. Tadi pun dah kemas sedikit baju.
Mungkin saya akan datang sini semula Februari tahun depan.

Lagi satu saya tengah 'gila' cari tudung Mesir. Adik ipar usik kat sini takde. Haha. Meroyan apa macam spontan mencari tudung itu. Senangnya kalau ada kedai jual tudung Mesir di Melaka. Tak payahlah nak beli secara talian sebab bagi saya kos pos ni mahal. Haha saya banding kos pos sini dengan Malaysia rasa kos pos Malaysia ni mahal benar.

Oklah kalau ada sesiapa terbaca kalau tahu tudung Mesir ada jual di Melaka beritahu yer. Boleh terjah bila balik nanti. Saya balik 9 November.

 

Friday, October 24, 2014

Novel Yang Dibaca Dan Kudapan


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sekarang ini tengah sibuk mengemas rumah sebab emak, abah dan sepupu nak datang malam ini. Selain itu sibuk juga keluar beli barang-barang runcit. Saya pula memang tugas memantau anak saudara, Aidan supaya tak kacau Mami dan Dedi dia. Hehe. 

Akhir-akhir ini baru terserempak buku Sophie Kinsella tajuk 'Wedding Night' adik ipar punya. Tak pernah baca buku pengarang ini. Jadi minta pinjam baca. Nasib baik Bahasa Inggeris buku ini mudah difahami.

Kerepek Kentang

Saya perasan di sini saya rajin mengunyah kerepek kentang sama ada yang kentang potong gerigi atau yang biasa. Sini murah sahaja. Maklum makanan ruji di sini banyak gunakan kentang.

Ok itu sahaja nak coretkan. Jumpa lagi. 

  

Sunday, October 19, 2014

Hidup Satu Pengembaraan Tidak Dijangka Maka Bersangkalah Baik


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Gembira dalam hati mak dan abah nak datang sini tapi cuak juga fikirkan nasib saya nak tidur mana. Haha sungguh penting diri ini.

Sedar tak sedar 2 minggu lagi saya akan balik ke Malaysia. Tiba-tiba rasa takmo balik. Eh pulak. Seronok jugalah duduk sini. Mula-mula je 'homesick' tapi terima kasih kepada adik dan adik ipar yang rajin bawa saya makan macam-macam. Kebanyakannya adalah pertama kali. Makarun, creme brulee dan macam-macam. Nice places, nice people, nice foods.

Ada rezeki saya akan datang lagi. Insya Allah. Tak jangka apa akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin akan datang saya di tempat lain pula.

Jumpa lagi. 

    

Sunday, October 12, 2014

Indahnya Islam Ini


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sekarang ini hidup kena positif sahajalah. Bersangka baik pada orang walaupun orang tersebut buat kita teruk. Doa sahaja kesejahteraan dia dan moga dia berubah ke arah kebaikan. Insya Allah berubahlah dia ke arah kebaikan dan kita pun secara tak langsung dapat pahala kerana:

1. bersabar dengan perbuatannya.
2. perubahannya.
3. usaha kita untuk doakannya.
4. kemaafan kita.

Hidup ini tidak bolehlah pentingkan diri sendiri dan doa untuk kita sahaja. Sila doakan untuk semua Muslimin Muslimat dan juga kepada ORANG BUKAN ISLAM juga. Hidayah datang daripada Allah. Mana tahu dengan perbuatan kita hatinya tersentuh dengan Islam.

Wallahua'lam.

     

Bersiaran Dari Spencerville


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Alhamdulillah kami telah selamat berpindah ke Spencerville pada Rabu lepas. Mudah dan cepat proses pindahnya. Katil saya siap pasang hari itu juga. Malam tidur ke arah tingkap dengan pemandangan ke luar langit kirmizi yang kelabu. 

 
Pemandangan Luar Dari Bilik Tidur




   


Hari Jumaat pula barangan runcit selamat dihantar oleh pihak pasaraya Countdown. Penuh pantri dengan barang-barang sedia ada dan yang baru tiba. Semangat dengan ketuhar baru. Dapur pun luas. 



Pantri+Dapur




Internet pun dapat hari Jumaat. Senang nak pasang. Pihak Vodafone pos modem hari tersebut dan adik saya pasang. Tidak perlu pihak teknikal datang untuk pasang.
Sekarang ini segala-galanya di hujung hari dan boleh dilaksanakan secara talian.

 

Monday, October 6, 2014

Juadah Raya Haji/Aidil Adha Di Perantauan


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam macam sentimental sahaja. Hati memang rasa tak seronok. Pasrah sahajalah. Saya jenis sukar meluahkan perasaan. Apatah lagi saya bukan jenis menunjukkan perasaan. Tiadalah saya cakap "saya sayang emak" ke apa.

Adik saya pandai usik beritahu mak kat telefon saya menangis rindulah pada sebelah malam. Saya cakap takdelah. Lepas itu selamba cakap menangis dalam hati. Gelak-gelak saya. Tanya apa juadah di kampung. Mak kata Mok buat nasi dagang dan laksa Johor. Uwaa terus cakap teringin nak makan.

Di sini alhamdulillah adik ipar buat pulut kuning dan rendang daging. Jenuh cari daun limau purut di sini. Macam-macam kedai runcit Asia kami masuk. Akhirnya ada di Countdown. Syabas adik ipar kerana gigih mencari. Saya ni tak membantu langsung untuk tolong masak. Tolong makan. Alhamdulillah rezeki. Makanan sedap. Terima kasih kerana susah-susah untuk Kak Long. Moga murah rezeki. 

Apapun lepas borak dengan mak malam itu perasaan tak seronok itu hilang. Lepas itu masuk tidur. Hari Raya Haji tahun ini jatuh pada tarikh hari lahir adik bongsu.


Pulut Kuning Bersama Rendang Daging

   

Saturday, October 4, 2014

I Feel Abundance...Alhamdulillah


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Kita perlu sentiasa bersyukur. Sementelah terima nikmat-nikmat Allah dan dikelilingi orang yang baik-baik.

Makan pagi+tengahari di Columbus Coffee. Jesse peserta My Kitchen Rules New Zealand hantar cappuccino saya dan kopi adik ipar. Kalau sesiapa yang tinggal di New Zealand bolehlah pergi ke Columbus, pusat beli-belah Westfield, Riccarton.


Cappucino + Vegetarian Pasta


Bayar layan diri. Ada orang menolong kalau kita hadapi kesusahan. 


Kaunter Bayar Layan Diri Park N Save


3 kali kami lalu kedai Body Shop cuba minyak wangi. Ada 5 jenis. Mula-mula macam berkenan dengan Japanese Cherry Blossom tapi akhirnya pilih ini. Terima kasih adik iparku sebab belanja minyak wangi. Boleh pakai selalu.

Body Madagascan Vanilla Flower


Waktu balik dari pasaraya New World. Saya nak letak balik troli kereta mainan balik, ada hamba Allah baik hati angkat sebab besar dan berat. Moga Allah berikan kebaikan dan hidayah sempena Hari Arafah. Doa yang paling makbul. 

Troli Berbentuk Kereta Di Pasaraya New World


P.S: Sentiasalah bersyukur dan jangan bandingkan diri dengan orang lain. Ingatan untuk diri sendiri.


  

Mencuba Creme Brulee


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Perkara yang seronok ialah mencuba perkara baru lebih-lebih lagi pencuci mulut. Rasa bersyukur dapat cuba walaupun lambat. Better late than never. Di sini macam saya terliur sahaja padahal kalau di Melaka macam biasa-biasa sahaja tengok.

Pintu Masuk Strawberry Fare

 
Malam tadi dalam pukul 10 lebih, kami (adik,adik ipar, anak saudara dan saya) keluar ke Strawberry Fare. Ini gara-gara tengok 'My Kitchen Rules New Zealand'. Saya teringin nak rasa CREME BRULEE. Persekitaran memang nyaman. Ramai juga orang. Malam Sabtu katakan.

Persekitaran Dalam

Setelah duduk, pelayan beri buku menu. Banyak pilihan pencuci mulut. Ada pencuci mulut panas, sejuk. Saya terus melihat ke pencuci mulut sejuk. Harga dalam NZ$17 lebih.

Menu Pencuci Mulut


Tak lama lepas itu creme brulee saya sampai. Adik ipar pilih caramel and hazelnut torts. Dia suka manis-manis masin. Kira tak suka yang manis sangat. Saya pun makan creme brulee ni rasa muak juga. Tak apa cuba lagi pula. Syukur dapat rasa. Tadi keluar pergi pusat beli-belah. Jumpa Jesse kerja di Columbus Cafe. Hehe peserta 'My Kitchen Rules'. Tak sangkalah jumpa. Nanti saya cerita pasal beli-belah jika rajin. Insya Allah. Jumpa lagi. 

P.S: Baru tahu creme brulee (bahasa Perancis) maknanya krim yang dibakar.

Creme Brulee With Berry Coulis