Monday, August 3, 2015

Pendek Dan Ringkas

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Saya tak kembali ke New Zealand.

Raya ok. Kami sekeluarga kena cirit-birit. Alhamdulillah tak kronik

Cuba puasa ganti dan sunat berturut-turut hari. Penuhi jemputan walaupun puasa.

Apa lagi eh? Pindah rumah nanti. Tiba-tiba rasa sayu dan baru nak meneroka kedai makanan sekitar rumah dan kawasaan Tengkera dan bandar Melaka.

Jumpa lagi. 

Friday, July 10, 2015

Saya Rasa Pahit Sangat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Baru selesai sahur menunggu Subuh. Jujurnya saya tak ingat hari ini puasa ke berapa. Hening betul. Mungkin telah disapa lailatulqadar. Sesambil terdengar rintik hujan jatuh dan bunyi deruan kereta sesekali di jalan raya. Tak lupa juga ketukan papan kekunci. 

3 hari lagi. Tidak akan tahu masa depan. Lega telah menyatakan apa yang terbuku dalam hati. Kelmarin ditanya adakah saya ingin gaji sekarang. Saya jeda dan terpaku. Kemudian diusik atau tidak mahu gaji. Sudah lama terfikir. Terus tindakan refleks cakap ya tidak mahu. Tetiba orang yang mengusik rasa tidak sedap hati. Saya bagitahu yang saya tidak berjaya laksanakan tugas utama walaupun saya banyak laksanakan tugas sampingan sebab nak tampung tugas utama. Saya cakap bagi separuhlah gaji untuk tenangkan hati si penanya.I feel good about myself after that. Gaji separuh pun lumayan. Tak dapat gaji pun lagi bagus. Duit bukan masalah saya. Masalah adalah perasaan tak puas hati tak dapat jalankan tugas utama 100%. Sedangkan kali pertama saya berjaya buat dan ia berikan kepuasan maksima. Awak tahu kan macam mana apabila awak susah buat sesuatu akhirnya berjaya, you tell everyone about it. Rupanya duit tak boleh beli kejayaan. Entah berapa lama rasa gagal akan bersarang dalam jiwa. Saya akan kira sehingga pahitnya hilangnya. Sakit betul. Rasa macam rendah tahap diri. Bandingkan diri dengan orang lain yang tiada masalah untuk laksanakan. Tanya diri, "apa salah aku hingga aku tak berjaya kali pertama?"

Kalau saya kembali ke sini semula bermakna penanya tak kisah saya buat tugas sampingan SAHAJA tapi terus-terang saya lagi suka di Malaysia. Tidak mahu diingatkan selalu tentang kegagalan melaksanakan TUGAS UTAMA.Macam mana ek nak hilangkan rasa pahit ni?

 

Monday, July 6, 2015

Pulang Ke Tanahair

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tepat seminggu lagi iaitu Isnin 13 Julai 8:30 9:30 malam kami (saya dan keluarga adik) akan pulang ke Malaysia. Kira sempat buka puasa sebelum naik kapal terbang. Yahoo tak sabar. Baju ada dah kemas masuk dalam beg. Kemas sedikit-dikit supaya tak gelabah tinggal barang. Kiranya kitorang ni puasa 28 hari sebab sini puasa bermula Jumaat dan balik Malaysia mestilah ikut puasa sana. Hehe. Untung betul. Dahlah puasa dari 6 pagi lebih sampai 5 petang lebih. Sahur memang bangun pukul 5 pagi minum milo dengan oat ataupun yogurt. Makan berat memang tak larat sebab macam kenyang lagi. Senak perut waktu berbuka. Malam memang panjang jadi takde gelabah nak terawih bagai.

Kalau kata cepat lapar atau penat tu ada jugalah sebab sejuk. Sama jer cabaran macam kat Malaysia. Apapun syukurlah dapat merasa pengalaman puasa di sini dan waktu singkat.

Oklah selamat menjalani ibadah dan moga puasa kita diberkati Allah.

 

Saturday, July 4, 2015

Tugas Kali Ke-2

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Lagi seminggu lebih saya akan pulang ke Malaysia. Wah tak sabar. Saya harap tak perlu lagi pergi balik ke sini. Entah macam dah tak seronok. Saya rasa gagal melaksanakan amanah yang ditugaskan. Tak seseronok pertama kali laksanakan pada tahun lepas. Aidan sangat tak mahu dengan saya :( Sedih rasa. Jadi sekarang ini saya banyak buat kerja sampingan yang bukan tugas utama. Jadi saya tak mahulah menepek sini sahaja baik saya di Malaysia bolehlah tolong emak sepenuhnya.

Cuma berdoa moga permintaan dimakbulkan Allah. Bila jiwa dan perasaan tiada maka rasa macam beban yang semakin berat. Tempat yang cantik, nyaman, igauan saya untuk selalu ke sini dan dingin jadi  tempat yang tak menyeronokkan. Tahan sahajalah buat masa ini labu. Apapun pandang pada sudut positif saya masih berterusan dapat buat terawih di sini (buat masa inilah). Jadi pandang ke situ dan menghitung hari balik.

Harap-harap puasa saya diberkati Allah dan dibalas dengan kemanisan Syawal. Insya Allah. 

Jumpa lagi...  

 

Saturday, June 27, 2015

Adakah Masa Menyembuh Luka?

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Saya tertanya-tanya berapa lamakah luka dikecewakan akan dapat saya lupakan. Sehingga sekarang pun masih terasa bisa. Betul tak sakit sangat sekarang tapi bisa masih ada. 5 tahun dah berlalu dan ia mengubah pendirian saya kembali kepada diri yang tegas. Saya mengelak sebarang cubaan sesiapapun yang saya dapati bahaya untuk menghampiri rapat pada saya. 

Kembali rapat tanya khabar pun saya elakkan sebab saya tak berminat nak tahu bagaimana kehidupan awak apatah lagi saya bukan kaunter pertanyaan untuk awak tanya macam-macam soalan. Saya tak mahu buang masa fikir, ambil berat lagi.

Lama dah berlegar dalam fikiran. Ingatkan pergi jauh ke sini dapatlah elak gangguan. Rupanya tidak.  Awak tidak boleh tinggalkan ingatan itu di Malaysia.

Berapa lama luka akan betul-betul hilang dan tiada parut langsung?

P.S: Maaf pasal jiwang-jiwang pula kali ini. Nak elak tapi ia mengganggu hidup saya. Jangan risau saya dah maafkan tapi nak ulang cara yang sama tidak lagi. I forgive but I am not stupid enough to forget and repeat my mistakes.

Thursday, June 25, 2015

Puasa Di Sini

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah seminggu puasa. Sini puasa bermula hari Jumaat. Rasa pelik juga masa hari Khamis minggu lepas saya sarapan pukul 9 pagi teringat orang-orang Malaysia tengah sahur. Janggal betul. Nasib baik dapat luahkan pada kenalan rasa sedih dan luar biasa sebab tak puasa hari itu.

Buka puasa hari pertama kelam-kabut sebab Aidan (anak sedara) meragam nak Mami dia yang sibuk goreng ayam. Hoho buka puasa sini awal pukul 5 petang macam sarapan petang tapi dah hampir gelap. Sayapun macam keliru la dengan waktu sini. Ada hari itu orang hantar barang runcit dari Countdown datang pukul 3 petang, Saya sapa orang tu "Good evening" tapi orang tu apabila dah habis letak barang-barang runcit jawab balik "Good afternoon".  Pelik betul tengahari apebende. Matahari memanglah memancar terang-benderang tapi dah Asar. Keliru sekejap.

Saya dah boleh buat unggun api. Hoyeah lama-lama jadi mudah. Macam tugas hakiki diri ini untuk buat unggun api apabila sejuk.

Pengetahuan baru: New Sea Land= New Zealand :0 Sini saya banyak tengok kuiz dari UK dan Australia macam The Chase, Pointless, One Million Dollars petang-petang waktu hampir berbuka.

Selamat berpuasa semua. Macam mana puasa korang?

 

Thursday, June 4, 2015

Masa Untuk Dibunuh

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ini hari ke-6 diri di sini. Biasalah memula tiba mesti emosional. Sejuk macam duduk dalam chiller box rasa macam diri ini berawet beku macam ikan. Hehe. Semalam dapatlah rasa jadi buruh kasar. Masukkan kayu api dalam pondok. Banyak gila. Orang yang menghantarnya hanya timbunkan tepi pondok. Bersungguh-sungguh diri ini dan adik ipar laksanakan tugas dengan hujan gerimis dan Aidan yang sudah mengantuk. Nasib baik tiada peluh merecik. Hanya kedinginan waktu menghampiri Maghrib. Diri ini anggap seperti senaman angkat berat. 

Saya belum berjaya menghidupkan unggun api daripada awal. Takpelah diri ini akan usaha lagi. Banyak benda diri ini perlu belajar termasuklah benda bodoh nak buka pintu stor pun belum dapat lagi. Hehe terfikirlah kemahiran hidup diri ini sangat teruk.

Oklah jumpa lagi. Mahu layan novel. Oh!Ya sini waktu Isyak 6:38 petang. Banyak masa untuk dibunuh (alih bahasa daripada time to kill) pada waktu malam. Takkan nak tidur pun 9 pula. Hehe.

 

Monday, June 1, 2015

Susah Senang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Banyak perkara baru diri ini perlu belajar di rumah yang belum biasa. Hidupkan api pemanas ala siri Survivor. Gunakan kayu api. Perkara remeh seperti letakkan sarung pada comforter. Pada orang lain senang tapi bagi diri ini terasa sukar. Mencari arah kiblat pun diri ini teringat pada tips untuk lihat sesungut menghadap ke arah mana. Itulah kiblatnya. Apabila dah dapat sambung ke internet rujuk pada laman islamicfinder. Nasib baik betul tips tersebut.

Soalan yang remeh diajukan orang asing bagiku senang. Bukan semua orang mempunyai pengetahuan yang sama seperti kita. Bersedia untuk menjawab dengan sebaik dan sejelas mungkin.

Tidak pasti bagaimana mengharungi puasa diri ini di sini? Mudah atau susah? Salah satu. Entah mengapa pengembaraan diri kali ini tidak menyeronokkan. Mungkin kerana penanda aras telah diri ini letakkan atau membuat perbandingan pada pengembaraan yang lalu. Diakui pengembaraan yang lalu tidaklah mudah juga TAPI mungkin perasaan menghadapi pengembaraan itu BERBEZA. Pengembaraan terasa SUSAH jika tidak gembira. Mungkin itu penyebabnya. Diri masih menebak punca perasaan tidak seronok ini. Harap-harap sementara waktu.

Maaf tulisan kali ini berat dengan perasaan. Saya cuba memikirkan punca rasa susah senang ini.

P.S: Sekurang-kurangnya maklumat baru dapat.

 

Saturday, May 30, 2015

Pertama Kali

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya sudah selamat sampai ke Christchurch. Sekarang ini sejuk gila. Musim sejuk sudah kembali. Pertama kali untuk segalanya. Pertama kali menghadapi musim sejuk. Tidak mudah. Ketika ini saya menyarungkan 2 baju sejuk. Pertama kali menaiki kapal terbang seorang diri tanpa ditemani sesiapa dari KL ke Melbourne. Mujur di Melbourne adik ipar ambilkan di lapangan terbang. 

Masih menyesuaikan diri di rumah baru. Apabila menghadapi sesuatu perkara baru atau berbeza tentu sahaja terpaksa mencari penyelesaian. Contohnya kedudukan bilik tidur, kata kunci wifi untuk telefon bimbit, arah kiblat dan segala-galanya yang dianggap remeh perlu diambil tahu kerana ia mempengaruhi kehidupan seharian kita. 

Buat masa ini tidak selesa tetapi lama kelamaan insya Allah dapat sesuaikan diri.

Setuju tidak dengan pendapat saya? Boleh tinggalkan komen.
 

Thursday, March 5, 2015

Beli Kain Untuk Raya

 بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat membeli kain baju raya. Tema warna tahun ini ungu muda. Memang eloklah saya dah beli tudung Mesir warna ini. 2 pasang tudung warna ungu dengan ton ungu pekat dan cair. Kitorang pergi di Jakel sahaja beli 42 meter. Dapat percuma 2 meter. Oklah walaupun tak dapat kurangkan harga. Kesempatan itu saya beli kain Italian Venice 1 meter warna pic samar untuk buat tudung. Harga RM8.50. Mahal juga berbanding beli tahun lepas. Tiada kesempatan nak selalu pergi. Lagi saya nak terbang ke New Zealand. Balik Malaysia pun untuk sambut raya. Jadi baik beli awal-awal supaya tidak terkocoh-kocoh. Lepas ni kena pergi kedai untuk jahit tepi khas untuk tudung. Baju kurung emak buat. Syukur, mak saya wonderwoman. Hehe.

Tiada gambar. Malaslah nak ambil. Lagipun nak jimat ruang picasa. Ambil gambar yang berbaloi beri orang tengok masa saya di New Zealand nanti. Insya Allah. Semoga segala dipermudahkan.

Jumpa lagi.

P.S: Menang voucher Delifrance. Peraduan daripada blogger juga.


Sunday, March 1, 2015

Mengemaskini Kod Iklan Nuffnang

 بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum...


Apabila lama tak buka jer tengok iklan Nuffnang di pos tiada. Tengok akaun Nuffnang pun tiada bintang untuk 'Large Rectangle' tu. Jadi rasanya kod lama tak boleh digunapakai. Terpaksalah godek kod pada templet blog. Berpinar mata. Mula-mula tak dapat nak ikut cara-cara pihak Nuffnang suruh buat. Sakit hati betul. Tenangkan hati. Lepas tu terpaksa cari melalui enjin pencarian nak tengok bagaimana blogger lain buat. Tak dapat juga. Macam ajaib kejap ada tiada. Nak tak nak kena ikut juga cara Nuffnang dan mohon Allah cerahkan hati. Dapatlah idea apa yang Nuffnang ajar tiada, tengok pada templet pengedit. Sekarang oklah kut. Harap-harap ok.

Haha kerana perkara ini aku aktif semula menulis blog. Panduan. Kalau korang ada kemusykilan bolehlah tanya tapi tak jamin saya dapat jawab. Sekarang ini iklan saya di bahagian bawah label. Atas dan tepi kanan tak usik pun.

Jumpa lagi. 

Friday, February 27, 2015

Masih Ada


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Begitu lama tidak menulis di sini. Kadang-kadang terasa tawar hati dek pc sendiri. Sedangkan mahu masuk ke akaun yahoo dan hotmail begitu sukar.

Alhamdulillah masih hidup. Lebih tumpukan pada hal realiti daripada alam maya. Masih sahaja membaca blog-blog dan melawat blog-blog sambil meninggalkan jejak cuma melalui telefon sahaja.

Moga rajin menulis nanti di New Zealand. Internet laju, pc ok. Insya Allah. Bulan Julai. Musim sejuk di sana. Jangan diri ini jadikan alasan kesejukan untuk tidak kemaskini blog.

Terima kasih kerana membaca.