Tuesday, May 28, 2019

Review: SpyHRu Coffee (Kopi Pracampuran Dengan Susu Kambing Dan Spirulina)

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Jumpa tak sengaja pada Jumaat yang dimuliakan minggu lepas lepas beli barang di Econsave Batu Berendam. Mata tertancap pada kopi Radix di sebuah kedai jual makanan kesihatan nama GMH Trading. Lepas tu tanya pasal susu kambing jenama Umaima tapi tak jual pula. Lepas tu penjual tunjuk susu Higoat tapi saya tertarik dengan susu ini, SpyHRu. Mengapa? Sebab kopi. Haha. Sebenarnya ini kali pertama saya nak cuba susu kambing. Mengapa nak minum susu kambing? Sebab susu kambing lebih tinggi kalsium daripada susu lembu.
Setelah mencubanya. Rasanya boleh tahan macam minum kopi pracampur lain. Tak boleh beza minum kopi itu ada susu kambing ke tidak. Yahoo maknanya saya boleh minum susu kambing. Lepas ini nak cuba susu kambing segar pula. 
Lagi satu kopi ini ada warna hijau sedikit. Ia disebabkan ada spirulina. 
Harga pula RM21 untuk 20 paket kecil.
Harap-harap sesiapa yang mencari produk ini dapat manfaat dengan maklumat ni.
Jumpa lagi.




Thursday, May 23, 2019

Senarai Hajat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Antara hajat saya ialah no 7. Dapat telefon baru jenama Huawei secara percuma. Kenalah ubah hajat saya kepada telefon jenama lain sebab 2 hari lalu USA kenakan sekatan teknologi ke atas Huawei di mana Google putuskan hubungan teknologi dengan Huawei. Maksudnya akan datang produk Google macam YouTube tiada dalam peranti Huawei.
Haru-biru betul. Memang beri kesan kepada pilihan pengguna. Huawei ni pun popular. Jenama ke-2 popular dunia.
Oklah. Jumpa lagi.
P.S: Takut kuota tak habis, saya layari YouTube.

Tuesday, May 21, 2019

Luahan Tentang Dapat Berblog Semula!

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Dah pukul 5 pagi, selamat bersahur rakyat Malaysia.
Sejak mula dapat tulis pos ni rasa seronok pula. Rupanya boleh tulis di telefon Lenovo. Antara muka sama macam tulis di PC/laptop. Nampaknya salah satu hajat (wish list) saya termakbul. Satu langkah demi satu langkah dibuat. Hajat bermula pada Oktober tahun lepas di NZ. Mula-mula tak lepas sebab nak daftar masuk google kena masuk no pengesahan yang dihantar ke nombor telefon. Memang tak dapatlah! Saya guna nombor luar negara. Hancur betul hati. 
Sekarang ini ambil kuota 3GB untuk RM22 sebulan. Murah ke mahal? Dah seminggu baru guna tak sampai 1 GB pun! Haha saya guna untuk baca blog, buka emel dan main permainan Candy Crush Soda, Saga, Jelly dan Farm Heroes.
Harap-harap dapat teruskan menulis. Insya Allah. Walaupun takde orang baca. Lagi bagus sebab rasa bebas menulis.
Jumpa lagi.

Saturday, May 18, 2019

Review: Susu Segar Coklat Karamel Jenama Summerfield

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

OK sambung produk ke-2 yang saya cuba daripada Summerfield. Mula-mula minum macam tak rasa sangat coklat lebih kuat rasa karamel. Lepas saya goncang botol untuk sebatikan barulah rasa coklatnya.
Bagi saya oklah takdelah suka sangat tapi boleh diterima. Rasa yang sederhana. Tak terlalu kuat macam perisa cafe latte yang memang sangat kuat. Jangan risau rasa coklat itu terasa. Begitu juga karamel. Sesiapa yang teringin bolehlah beli  di pasaraya Mydin, Tesco atau Giant. Macam saya beli di Mydin dengan harga RM6.99. Adakah saya akan beli lagi? Ya.


Friday, May 17, 2019

Tudung Solat Terawih

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah moga Allah berikan pahala kepada arwah yang bagi tudung ini kepada saya untuk solat.
Al- kisahnya tudung ini saya dapat waktu majlis resepsi sepupu (perempuan) belah lelaki di dewan Putrajaya pada bulan Februari. Tudung sarung ada pad lembut daripada kain jeans. Kain sama untuk bawah dagu. Kain merah jambu tu pula K kain sifon. Selalunya saya tak suka tudung ini sebab pertama tak suka kain sifon. Kedua sebab longgar tak ikut muka. Tetapi tudung ini ikut muka dengan sesuai; tak ketat atau tak longgar. Jadi boleh maafkan kain sifon itu. Masa balik dalam kereta terdengar perbualan yang emak pengantin lelaki ada jual tudung. Meninggal ketika persediaan. Sedih betul. Moga pahala berterusan untuk arwah. Insya Allah.



Review: Susu Segar Perisa Cafe Latte Jenama Summerfield

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tengahari tadi pergi Mydin sebab nak beli susu. Segala mak nenek susu saya beli. Daripada susu segar ke susu biasa. Lagipun saya teringin nak cuba jenama Summerfield yang tengah keluar di suratkhabar. Saya beli 1 botol perisa cafe latte dan 2 botol perisa coklat karamel. Harga cafe latte tu mahal sedikit iaitu RM7.99 untuk 700 ml manakala coklat karamel RM6.99 untuk 700 ml juga.
Pendapat saya tentang cafe latte? Rasa kopi yang sangat pekat. Bagi penggemar kopi macam saya tiada masalah. Saya sukakannya! Tak banyak jenama keluarkan perisa kopi. Perisa coklat karamel saya tak cuba lagi. Nanti saya bagitahu pendapat saya tentang perisa ini.




Wednesday, May 15, 2019

Solat Terawih Di Masjid UTEM

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Buat masa ini kami (saya, mak dan abah) solat di sini di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM. Tempat solat yang saya pilih kali ini di atas sebab luas. Tahun lepas memang solat di bawah sebab tak tahu ada tempat solat wanita di atas. Baru 2 tahun solat di sini. Mungkin ada yang take tahu aku baru pindah duduk dekat dengan masjid sini. Lagi satu tempat solat  kitorang di Masjid Alami dekat MITC.



Tuesday, May 14, 2019

Menu Buka Puasa Hari Ke-8

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Menu berbuka puasa hari ini ialah bubur lambuk. Disediakan oleh ibu tercinta. Permintaan adik yang nak makan. Saya? Tiada rasa nak teringin apa-apa. Ikut sahaja apa yang mak nak buat. Alhamdulillah belum jejak bazar lagi. Awal lagi kan? Syukur dapat makan dengan keluarga. 




Monday, May 13, 2019

Ketahanan

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum... 

Salam Ramadan. Susahnya nak menaip daripada telefon bimbit ini. Haha mengenangkan rindu nak menaip pada blog, saya cuba taip. Dengan ada penyemak ejaan yang mengacau saya betulkan APA yang saya tulis. Sabar jerla.

OKla kalau ada kesempatan saya akan menaip lagi. Insya Allah.

Jumpa lagi.