Friday, March 4, 2022

Biji Lada Benggala Campak-Campak

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ada satu hari emak beritahu dia campak biji-biji lada benggala. Hidup pula sebelah pokok nanas dalam pasu.

Comel-comel buahnya mula keluar hasil. Tengahari tadi tiba-tiba terfikir tanya emak besar mana sudah lada benggala. Emak masuk rumah bawa.
.
Lada Benggala Besar Tapak Tangan Saya


Sebesar tapak tangan. Sudah bertukar sedikit ke warna merah sedikit.

Alhamdulillah ada hasil.

Saya pun ada campak biji lada benggala dalam pasu sebelah pokok lidah buaya 3 minggu lepas. Tidak nampak bayang bertunas pula. Kena tunggu lagi ada atau tidak.

20 comments:

  1. Alhamdulillah..menjadi campak campak je pun biji ladanya. Besar jugak tu boleh masak campur dalam sos spaghetti atau chicken slices blackpepper. Sedap rangup rangup.

    ReplyDelete
  2. Comel
    alhadulillah campak2 menjadi

    ReplyDelete
  3. Comel buahnya. Kalau terus masak keluar aromanya yang segar lazat!

    ReplyDelete
  4. wah campak2 je dah tumbuh lada nya ye :p
    kita campak2 cili api, langsung x tumbuh2 ,, adehh

    ReplyDelete
  5. wah...lepas ini dah tak perlu nak beli lagi la jawabnya

    ReplyDelete
  6. aku belum pernah lihat lada benggala kak na....ternyata yang di kakak ladanya besar setelapak tangan...wah bagaimana rasanya ya..penasaran

    ReplyDelete
  7. wah! campak-campak je menjadi jugak. tangan jenis sejuk ini hehehe

    pasni boleh terus petik dari pokok je. taknyah beli dah hihihi

    ReplyDelete
  8. wahh menjadi tuu..saya pun suka campak2 biji cili tapi yang tumbuh cili hijau dan masih hidup walau tak dijaga..lepas ni nak campak biji lada benggala la pulak kot hidup...mudah x perlu beli kat kedai

    ReplyDelete
  9. Rezeki tu campak-campak je pun menjadi

    ReplyDelete
  10. Tangan emak, campak-campak menjadik ya. Alhamdulillah.
    InsyaAllah kalau ada rezeki, ada la yang menjadik hasil NA campak tu.

    Saya nak campak apa ek…haha

    ReplyDelete
  11. Wahh . Bagusnya.. Tanah belakang rumah saya ni kurang subur sikit..

    ReplyDelete
  12. MashaAllah menariknya betul tu rezeki campak-campak menjadi.

    ReplyDelete
  13. tangan rasi namanya..

    kadang2 ada orang campak2 bubuh baja bagaipun tak mau nya hidup pokok haha

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..tumbuh & berbuah..oomel je..

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, rezeki campak-campak!

    ReplyDelete
  16. Campak2 pun verhasil Tu. Besar lada benggala tu

    ReplyDelete
  17. Kena tunggu. Nanti 2 minggu keluarlah pkok

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.