Tuesday, October 7, 2025

Pemenang PV 200,000 - Hadiah Mug Ajaib

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tepat 3:33 petang, secara rasmi selamat terima parcel daripada Skynet setelah tertunggu-tunggu semalam.

Bungkusan Dengan Perkataan Fragile



Pada bungkusan memang tertulis deskripsi 'Mug'. Yeay terfikir boleh guna untuk khas buat air barli. Cuak mula-mula tapi alhamdulillah mug dapat dengan selamat.

Kotak Berisi Mug



Tengok mug warna hitam terfikir mana dia letak gambar. Oh! Ya, sebelum itu Linda ada minta 2 keping gambar jadi fikir hadiahnya 2 keping gambar dicetak pada kertas rupanya pada mug. Mug ini kena letak air panas. Belum cuba lagi. Lepas ini hendak buat.

Gambar Profil Blog Linda


Gambar Yang Saya Beri- Gambar Profil Saya Dan Gambar Sungai Matukituki Barat

Gambar Asal- Taman Botani


Gambar Asal- Sungai Matukituki Barat



Saya pemenang ke-2. Tersasar 5 nombor daripada 200, 000. Tidak sangka terpilih juga. Cepat juga nombornya naik. Rasa macam lambat lagi tapi itulah tanggal 27 September, kira-kira beberapa minggu Linda umum pencarian PV 200,000.

Tangkap Layar Skrin 200005



Tq Linda semoga murah rezeki. Hadiah ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya. Ini rujukan pautan pemenang di sini.

Kemaskini: Sudah buat air panas dengan mug ini. Ia bertukar warna.

Mug Hitam Menjadi Putih Dengan Gambar Jadi Jelas



Jumpa lagi.



12 comments:

  1. Alhamdulillah..selamat sampai..semoga bermanfaat hadiahnya... 🥰🥰

    ReplyDelete
  2. Wah...Tahniah NA!
    Seronok tiap kali buat minuman mug bertukar warna.

    ReplyDelete
  3. tahniahnyer menang mug ajaib., hehe

    ReplyDelete
  4. smlm br update juga entry magic mug dr linda...kena minum air panas baru la nmpk gmbr kt mug tu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah NA!
    Sy tersasar jauh, 27 haha

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..rezeki .. mug ajaib, lawa!

    ReplyDelete
  7. Menariknya mug ni....Tahniah NA....

    ReplyDelete
  8. Kalo kena air panas akan berubah jadi terang. Tapi nanti akan balik lagi ke hitam tak? Atau setelah terang, akan terang selamanya?

    ReplyDelete
  9. Wow, tak pernah jumpa mug ajaib. Tahniah, NA.

    ReplyDelete
  10. Cantik cantik sekali mugnya... minta satu.. hehe 😁

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.