بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pagi Sabtu seawal pagi, hujan turun dengan lebat. Saya sarap pulut d3ngan sambal ikan bilis, kuih kaswi dan puteri ayu.
Pukul 10 pagi lebih acara bermula dengan doa selamat diketuai Achik di sebelah kiri Uwan. Kumpulan wanita kali ini.
Achik ini pernah tegur saya masa hujung Ramadhan tahun lepas sebab selalu nampak saya di masjid siang dan malam. Saya cakaplah saya cucu Uwan Timah. Saya cuma ada sampai raya ke-5. Eh tapi dia tidak kenal siapa Uwan Timah. Hehe, saya hendak sahaja bagitahu inilah Uwan Timah yang sambut harijadi. Kebanyakan jemaah wanita kenal saya asbab Uwan Timah.
Lepas doa dan potong kek, bermula makan tengahari. Macam-macam kuih muih. Koci, kaswi, puteri ayu, tat keju, seri muka durian, brownies, kek pisang, kek sarang semut, kek coklat dan lain lain.
Lauk paukpun pelbagai seperti daging salai masak lemak cili api, pucuk ubi dan biji nangka masak lemak cili api, udang buttermilk, sambal udang, daun kayu masak tempoyak, segala macam sambal: sambal belacan, sambal gila, sambal tempoyak, sambal daun kantan, pucuk ubi celur. Ada sup tulang, sup tendon. Spageti bolognese. Pilihan sangat luas. Mampu makan semua jenis atau tidak persoalannya.
Air panas: teh o dan teh
Air sejuk: laicikang
Suasana sejuk dan nyaman kerana masih hujan renyai.
Saya cuma ambil nasi, daun kayu masak tempoyak, pucuk ubi celur, sambal bunga kantan, sambal tempoyak dan udang buttermilk. Air semestinya teh.
Kenyang tidak dapat semua. Saya cuma amvil spageti bolognese dan kek coklat, kuih puteri ayu, kaswi dan kek sarang semut untuk simpan untuk makan petang.
Lebihan makanan ada yang sudah tapau bawa balik rumah masing-masing.
Majlis tamat sebelum Asar sebab ada yang datang kemudian secara beransur-ansur.
Corat-coret hari tersebut
- CikYa sekejap sahaja di majlis ini (pukul 12 tengahari bertolak) sebab hendak balik mengundi di Jementah. Cerita politik, Pak Tam kata lepas PRN N9 nanti dun Melaka bubar pula. Adik perempuan saya dah 'bising' dia belum tukar tempat mengundi. Saya tidak kisah mengundi tempat lama. Bolehlah melawat tempat lama mengenang kenangan.
- Cuaca mendung dan kadang-kadang hujan rintik.
- Teh tarik cepat habis. Dapat minum 2 kali.
- Kek lobak kena sorok sebab takut cepat habis. Haha😆 Ya saya tidak dapat makan sebab sudah habis.






meriahnya hari lahir wan...sedap2 semua menu,kalau saya rambang mata nak pilih..moga sentiasa sihat Uwan Timah
ReplyDeleteSanah helwah Uwan.
ReplyDeleteSemoga sihat² selalu hendaknya 🤲🏻
Meriahnya menu macam2 ada tu. Alhamdulillah.
ReplyDeleteSelamat hari lahir buat uwan. Seronoknya NA masih ada nenek lagi. Semoga sihat selalu
ReplyDeleteAlhamdulillah..Meriah sambutan hari lahir Uwan Timah. Selamat Hari lahir Uwan Timah. Semoga dipanjangkan usia dengan kebaikan, dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan, diberikan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan dan berbahagia bersama keluarga. Aamiin...
ReplyDeleteMeriah ada macam-macam makanan. Dapatlah tetamu rasa macam-macam jenis hidangan.
Popular Uwan Timah. Kena sebut Uwan Timah baru orang lain kenal keluarganya kan.
Terliur tengok semua kuih!
ReplyDeleteWeii meriah nya sambutan besday uwan hehee.... selamat hari lahir uwan, semoga sihat² selalu
ReplyDeleteUihh daun kayu masak tempoyakkk. Sedapnyaaaa. Btw, selamat ulang tahun utk Uwan Timah. 🥳
ReplyDeleteUihh daun kayu masak tempoyakkk. Sedapnyaaaa. Btw, selamat ulang tahun utk Uwan Timah. 🥳
ReplyDeleteSemoga Uwan Timah dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik, Ameen YRA 🤲🏻
ReplyDeleteSanah helwah buat Uwan.. moga Uwan sihat-sihat selalu yaaa
ReplyDeleteMeriahnya makanan. Kek banyak jenis, sambal banyak jenis, memang tak mampu nak mencuba semua. Alhamdulillah, meriah majlis harijadi Uwan. Semoga Uwan sihat-sihat sokmo.
ReplyDelete