Nuffnang

Friday, April 17, 2020

Mangga

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sekarang ni musim mangga eh? Malam tadi lepas Isyak, keheningan malam dipecahkan dengan bunyi loceng bertalu-talu. Pelik sebab kawasan rumah sunyi.

Rupanya kawan abah, jiran duduk jalan lain datang bawa mangga yang dia tanam. Ingatkan beri sebiji rupanya beri sekotak! 


Mangga
Mangga


Alhamdulillah moga murah rezeki. Kitorang pun banyak hasil jambu air. 

Kenyang makan buah saja. 

Seminggu lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan.



Friday, April 10, 2020

Review: Whittaker's Hawke's Bay Black Doris Plum And Roasted Almonds In Dark Chocolate

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Bertemu kembali. Edisi coklat sahaja waktu PKP ni. Satu lagi jenis coklat gelap/pahit yang saya cuba. Ini macam versi 'Fruits and Nuts' pada pandangan pertama.

Jumlah koko: 50%. Bahagian: 8

Janji Whittaker's: "Our delicious 50% Dark Chocolate matched with deeply sweet Black Doris plums from the Hawke's Bay and crunchy flecks of roasted almonds."


Whittaker's Black Doris Plum And Roasted Almonds
Whittaker's Hawke's Bay Black Doris Plum And Roasted Almonds In Dark Chocolate


Jangkaan sebelum makan: pahit daripada coklat gelap, masam manis daripada plum dan kerangupan daripada kepingan kacang badam

Selepas makan: Seperti yang saya jangka, keseimbangan rasa pahit, manis, masam dan tekstur rangup. Cuma kepingan kacang badam tu kecil tak seperti kita makan kekacang yang agak besar dalam 'Fruits and Nuts' jadi tak puas sangat makan. 

Adakah saya akan beli lagi? Rasanya lagi bagus saya beli 'Fruits And Nuts'. Markah saya beri 7/10. Ini ikut tekak sendiri. Mungkin korang lagi suka.





Saturday, April 4, 2020

Review: Whittaker's Wellington Roasted Coffee Dark Chocolate

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Cepat masa berlalu....

Peminat kopi mesti tak sabar nak cuba kopi bersama coklat gelap. Apakah rasa gabungan pahit bersama pahit? Ok kita tengok apa kata Whittaker's.


Whittaker's Roasted Supreme Coffee
Whittaker's Wellington Roasted Supreme Coffee Dark Chocolate


"We match our delicious 50% Dark Chocolate with the distinctively bright, fruity flavour of Coffee Supreme's world famous Ethiopian Sidamo coffee."

Berdasarkan penerangan 50% coklat gelap digabungkan bersama kecerahan, rasa buah kopi. Ringkasnya itu pemahaman saya. Memang saya tak reti beza kopi itu sari Brazil ke, Sudan ke atau Indonesia.

Peratus: 50% koko. Bahagian: No. 9.

Setelah rasa, saya memang dapat rasa pahit coklat gelap bergabung dengan kepahitan yang ringan.

Saya beri 8/10. Sesiapa suka kopi pekat pasti suka rasa coklat ini. 

 

Sunday, March 29, 2020

Perkembangan Covid-19 Seluruh Dunia

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ketika ini lebih 1/2 juta penduduk dunia dijangkiti Covid-19 dengan Amerika Syarikat (USA) di tangga teratas kes jangkitan. WHO menjangkakan USA akan menjadi pusat pendemik seterusnya jika tidak dikekang atau usaha yang drastik dilakukan.

8 billion lebih penduduk dunia diletakkan dalam keadaan kuarantin (campur 40% rakyat USA dalam keadaan lockdown).

Adakah 28 hari cukup untuk mengekang pandemik Covid-19 di Malaysia? Kalau tengok keadaan di Wuhan dan daerah Hubei, 2 bulan lebih ( bermula lebih kurang sebelum Tahun Baru Cina (25 Januari) hingga awal April baru sekatan dibuka. Sekarang pun China bergelut melawan kes import pula. Jadi kena bebaskan kes Covid-19 di seluruh dunia, barulah kita dapat pergi negara lain atau bergerak dengan bebas.

Kalau ikut perkiraan berdasarkan pendapat Dr Ling Shih Gang, MCO (Movement Control Order) perlu dipanjangkan lagi sekurang-kurangnya 4-6 minggu lagi ( tambahan 15 April hingga 12 Mei (19 Ramadan) atau sampai 26 Mei (3 Syawal) untuk pastikan Covid-19 bebas di Malaysia. Itupun tak boleh nak hela nafas lega sebab selepas itu kita kena pastikan tak berulang. Pencegahan yang betul-betul efektif dan pastikan seluruh dunia sudah bebas pandemik ini barulah kita boleh benarkan pergerakan atara negeri dan negara kerana kita tidak mahu mengimport semula penyakit ini dari negara lain setelah kita berusaha sedaya-upaya 'membersih' negara ini. Lesson learned, jangan pandang mudah Covid-19. Jangan bagi ia bertapak. Kalau ada 1 kes, tentang/lawan habis-habisan. Tiada tolak ansur. Maka langkah pencegahan yang ketat perlu dibuat.

Sukan Olimpik telah ditunda ke tahun 2021, seperti kata Presiden Jepun Shinzo Abe, kami nak semua negara sihat sebelum menyertai Olimpik.

Sekarang ini usaha rakyat Malaysia dan dunia untuk memerangi Covid-19. Bersatu hati dan patuh pada perintah undang-undang. Insya Allah kita berusaha, Allah akan kira usaha, kesukaran dan kesabaran semua. Adakah kita akan berjaya menundukkan Covid-19? Apabila seluruh dunia sudah berjaya, vaksin perlu dihasilkan supaya Covid-19 tidak dapat muncul semula. Jangan biarkan ia muncul.

Apa perasaan korang kalau MCO atau PKP dilanjutkan lagi?

Jaga diri semua. Jumpa lagi.



Saturday, March 21, 2020

Review: Whittaker's Nelson Pear And Manuka Honey In Milk Chocolate

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ke-4 Kawalan Pergerakan. Apabila tak keluar jalan ni, hati dan mata sentiasa fikir dan pandang coklat-coklat yang ada. Kali ini saya pilih yang ada pir. Satu faktor ialah jumlah kedua terendah coklat.


Whittaker's Pear And Manuka Honey
Whittaker's Nelson Pear And Manuka Honey In Milk Chocolate


Janji Whittaker's: Our famous 5 roll refined Creamy Milk chocolate with delicious pieces of Nelson grown pears and a hint of naturally harvested Manuka honey from Mossop's Honey of Tauranga.

Jumlah koko: 33%. Bahagian: 3. Berat: 100 gram.

Tanggapan sebelum makan: Saya tak faham apa maksud 5 gulungan coklat susu berkrim. Jadi jangkaan saya rendah dan tak pasti rasa sebenar. Cuma saya kena pasti kan ada rasa buah pir dan madu.

Selepas makan: Ada rasa cebisan buah pir (bentuk kiub kecil). Rasa sama korang makan coklat susu dengan cebisan buah. Malah korang tak dapat bezakan pun buah apa kalau tak diberitahu. Malahan kehadiran madu pun tak buatkan rasa coklat ini berbeza dengan coklat susu lain. Senang cerita tak rasa unik pun.

Kesimpulan rasa sama macam coklat susu lain dengan cebisan buah. Jadi baik beli coklat biasa lain. Saya beri 5/10. Tak cadang bagi korang beli.

Jumpa lagi.


Tuesday, March 17, 2020

Review: Whittaker's West Coast Buttermilk Caramelised White Chocolate With Gingerbread Biscuit

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Akhirnya saya telah mencuba coklat pertama dalam siri New Zealand Artisan Collection. Saya cuba perisa ini dahulu kerana jumlah koko paling rendah. Jadi saya akan cuba rasa koko yang paling rendah hinggalah paling tinggi.


Whittaker's Buttermilk Caramelised White Chocolate With Gingerbread Biscuit
Whittaker's West Coast Buttermilk Caramelised White Chocolate With Gingerbread Biscuit


Kategori: coklat putih, jumlah koko: 28%, barisan: 11. Berat 100 gram

Slogan(Whittaker's janji macam depan tulisan: Crunchy, spiced gingerbread biscuit pieces in caramelised white chocolate with the creamy richness of buttermilk produced in lush West Coast pastures.


Bahagian hadapan beserta slogan


Jadi tanggapan awal berdasarkan tulisan ialah biskut halia tu rangup, rasa rempah tu mesti kuat rasanya. Coklat putih tu mesti ada rasa karamel. Sangat berkrim dengan mentega susu.


Bahagian belakang dengan pelekat 'OPEN HERE' bahagian atas


Ok mari cuba. Sama tak? Pusing belakang. Koyak pada tulisan 'OPEN HERE' di bahagian atas.


Koyak di sini


Masa untuk merasa. Ada rasa manis, rangup, rasa rempah dan halia tak kuat sangat. Mentega susu tak rasa berkrim yang kuat (maksud tak terlalu masam)



10 kotak besar. Coklat putih dengan bintik(cebisan biskut)


Selepas makan: Jangkaan saya turun sedikit. Positif: Saya suka rasa rangup, ada rasa karamel (rasa coklat putih disalai). Kontra: Saya harap rasa rempah dan halia yang lebih kuat, susu mentega lebih masam supaya coklat tak rasa terlalu manis. 


Belakang coklat. Tompok merah hati



Apapun sedap. Bagi yang tak suka rasa halia yang kuat boleh makan. Saya bagi 7/10 markah.



Monday, March 9, 2020

Whittaker's New Zealand Artisan Collection

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Tengahari tadi melawat Uwan di Hospital Tampin. Uwan terjatuh. Adik bongsu pun datang sini. Dia baru balik dari Auckland Sabtu lepas.


Whittaker's Artisan Collection
 5 jenis Whittaker's New Zealand Artisan Collection


Macam susunan novel kan? 100g. Harga NZ$3.50- NZ$4.50 Tak sangka dia bawa coklat-coklat yang saya minta di sini. Saya memang suruh beli coklat Whittaker's yang tiada atau yang unik. Minta 5 jenis iaitu Nelson Pear and Manuka Honey in Milk Chocolate, Fijian Ginger and Kerikeri Mandarin in Dark Chocolate,  Hawke's Bay Black Doris Plum and Roasted Almonds in Dark Chocolate, West Coast Buttermilk Caramelised White Chocolate with Gingerbread Biscuit dan Wellington Roasted Supreme Coffee. Ikutkan nak banyak lagi. Hehe. Tak tahu nak makan yang mana dulu.  3 jenis coklat gelap, 1 coklat putih dan 1 coklat susu. Nanti saya buat penceritaan rasa setiap coklat yang saya dah makan. Ini ikut lidah saya. 


Saturday, February 22, 2020

Edens Garden Synergy Blend Muscle Relief Essential Oil Roll-On

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Saya berminat untuk mencuba produk ini kerana produk ni dapat ulasan positif yang paling banyak untuk melegakan dan meredakan kesakitan otot. Kiranya produk paling popular dalam jenama Edens Garden. Boleh rujuk pada website untuk tengok ulasan pengguna-pengguna lain. Jadi terima dan ada harapan/jangkaan yang tinggi bahawa produk ni berkesan kepada saya.


Eden's Garden Muscle Relief Roll-On
Edens Garden Synergy Blend Muscle Relief Essential Oil Roll-On


Pertama kali buka haruman menenangkan bau macam rootbir. Saya tengok bahan-bahan terkandung ialah minyak pati peppermint, clove bud, wintergreen, helichrysum bergabung bersama 3% minyak kelapa. Jangan risau ia tak berminyak pun. Pakai pun takdelah rasa berangin kuat macam pakai minyak urut. Rasa nyaman. Boleh terus pakai pada bahagian yang terlibat. Biasanya bahagian kaki, leher atau bahagian belakang. Bukaan bentuk roll on jadi tak tumpah dan jimat penggunaan. Sekata sapuan pada kulit.


Senarai bahan dan apabila penutup dibuka


Harga untuk 10 ml dalam RM30 lebih. Tengok tukaran ringgit Malaysia ke dollar US.

Pendapat saya puas hati pakai. Takdelah rasa tertipu atau rasa produk tu terlebih iktiraf.


Thursday, February 20, 2020

Kebaikan Tertanam Di Fikiran

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Salah satu perkara aku tak boleh lupakan adakah kebaikan 'Good Samaritan Guy'. Seorang lelaki Kaukasia tinggi lampai yang pakai jaket sejuk berada di dalam kereta seorang diri depan pasaraya Countdown. Aku rasa dia baru sampai sedangkan aku menyorong troli berbentuk kereta mainan pasaraya untuk diletakkan di tempat yang disediakan. Dia lihat aku macam termangu nak letak di mana. Ini kerana troli kereta mainan itu sangat besar, tidak muat untuk letak di bahagia troli biasa. 

Dia menawarkan diri untuk membantu. Dia tanya nak letak di mana troli kereta mainan tersebut. Sepatut tak payah tanyalah kan sebab dia boleh letak di mana tempat yang sepatutnya. Akupun nak berbudi bahasa sebab dia dah tanyakan, aku menjawab "you can put it here." To my surprise dia jawab balik " how about I put it here." Aku pula tiba-tiba kata 'but I want to put it here" sambil jari aku tunjuk satu tempat yang aku nak letak jauh sedikit.  Aku rasa satu kelucuan macam dia nak bergurau dengan aku. Dia senyum je. Lepas aku perati dan fikir, aku sedar tempat aku nak letak tu tak muat untuk troli mainan jadi aku beralah (2-3 kali kitorang berbeza pendapat). "Yes, you can put it where you want it to be." Dia senyum lebar lepas itu letak di mana dia nak letak. Selepas itu aku ucap terima kasih dan berlalu pergi.

Apa yang bermain di fikiran aku, dia boleh je letak  di mana dia nak letak tanpa tanya aku nak letak di mana. Haha itu yang jadi lawak sebab ada 'perselisihan pendapat'. Takde gaduh atau pertengkaran cuma macam dia bergurau/buat lawak dengan aku. Aku pulak layan nak berselisih pendapat. Buat aku terfikir dia ni nak mengurat aku ke? Sampai sekarang aku ingat. Apapun doa yang baik-baik untuk dia. Mungkin dia tengok aku monyok/sedih jadi dia berbual dengan aku. Itu anggapan aku. Hanya Allah je yang tahu.

Sunday, February 9, 2020

Siapa Suka Kopi?

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Salam hujung minggu. Selamat makan tengahari. Terima kasih yang ucap selamat dapat telefon baru tu.


Wonda Kopi Tarik


Ni salah satu perasa dan jenama kopi yang saya suka iaitu Wonda Kopi Tarik. Kebetulan ada harga murah di Mydin iaitu RM1.88 setin. Siapa suka minum kopi?


Dari atas:  Strawberry, Chocolate, Original dan Red Velvet


Ni pula adik perempuan beli. Peminat Oreo. Segala perisa dibeli. Ada satu bungkus dia buat kek keju tapi bukan untuk bawah (base) tapi untuk kek. Dia cakap tak kuat rasa Oreo. Saya tak kisah ada rasa Oreo ke tidak sebab saya suka kek keju. Lagi bagus buat kek keju kopi tapi tak semua dalam rumah ni suka kopi.



Monday, February 3, 2020

2 Februari 2020

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Ketukan di pintu bilik. Diri membuka pintu. Adik bongsu menyuakan beg kertas.
*******

Saya memang ada suruh tengok kan telefon Samsung A10. Alhamdulillah ada murah daripada jangkaan. Ambil A10s.


Telefon baru(kiri) dan telefon lama



Beli sebab telefon lama tak boleh kemaskini WhatsApp. Tarikh akhir 24 Februari. 

Memang berat hati sebab setia telefon lama guna dari 2014. Telefon asal ni abah punya.

Oklah malas nak ulas panjang. Gembira dan sedih bercampur-baur.


Wednesday, January 29, 2020

Doa Mohon Keselamatan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari Sabtu lepas menghadiri majlis kahwin. Masa itu saya dah cemas dengan segala penyakit berjangkit. Tiba-tiba saya teringat pada doa ini yang saya dapat daripada Utusan Malaysia Selasa 10 Disember 2013. Keratan tersebut saya laminated. Mula- mula saya memang amal dan hafal tapi lepas pindah rumah, saya macam abaikan. Jadi sekarang saya hafal dan amal. Ini salah satu usaha saya.

Maksudnya: "Sesungguhnya tuhanku, tiada tuhan yang sebenarnya melainkan-Nya, ke atasnya aku bertawakal dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy Yang Agung.
Apa sahaja yang dikehendaki-Nya tentu akan berlaku dan apa yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Aku bersaksi bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuan-Nya meliputi segala sesuatu.
Aku mohon perlindungan kepada-Nya Yang Maha Berkuasa menahan langit daripada jatuh ke atas bumi melainkan dengan izin-Nya, aku memohon perlindungan-Nya daripada kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasa-Nya.
Sesungguhnya Tuhanku tetap di jalan yang lurus." ( riwayat al-Baihaqi dalam Dala'il al-Nubuwwah, al-Matalib al-Aliyyah, Ithaf al-Khiarat, Bughyat al-Bahith)

Petua beramal.
Menurut riwayat daripada al-Tabrani dalam kitab al-Du'a daripada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa telah mengadu seorang sahabat kepada Abu Darda' r.a. bahawa kebakaran sedang berlaku di kawasan rumahnya. Abu Darda' menafikannya. Kemudian datang lagi seorang yang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang ketiga tetapi tetap dinafikannya.
Kemudian datanglah orang yang keempat memberitahu bahawa apabila api itu hampir dengan rumahnya ia terpadam sendiri.
Abu Darda' r.a. telah menjelaskan bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda " Sesiapa yang menganalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya."