Thursday, July 1, 2021

Kembali

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah telefon Lenovo kembali ke tangan saya setelah seminggu lebih masuk wad.

Begitu gigih hantar baiki dan kali ini ke tempat lain. Alhamdulillah benda yang saya hendak baiki sejak 2-3 tahun lepas, orang ini dapat buat. Harap bertahan lama. Saya seorang sentimental. Jenis sayang barang. Kalau sayang memang susah hendak lepaskan (termasuk orang). Lagipun ini asalnya telefon emak saya punya. Mesti korang cakap baik beli baru daripada baiki. Ada cakap pada diri juga tapi tidak sampai hati tengok telefon ini. Saya akan pakai sampai memang tidak boleh. Haha sentimental betul.

Jangan salah faham, telefon ini untuk tulis blog, layari internet, blog dan main permainan. Saya ada telefon lain untuk panggilan dan whatsapps. Telefon ini buat saya rajin merayap ke blog-blog orang. Harap ia jadi ladang pahala untuk saya.

Untuk mereka yang saya lama tidak singgah, minta maaf ya sebab sebelum itu saya tidak dapat masuk blog anda jadi tumpu pada blog-blog yang boleh. Jadi terbatas ketika itu. Insya Allah saya akan balas yang datang melawat tinggalkan komen yang belum saya lawat.

Jumpa lagi. 

P.S: Boleh tahan trafik blog bulan Jun. Selamat datang bulan Julai!



40 comments:

  1. Alhamdulilah phone utk berblog dah dibaiki.. Lps ni rajin la NA berjalan2 lagi hehehe.. Lps ni byk la entry2 baru ye hehehe 😁

    ReplyDelete
  2. Thanks NA sebab rajin singgah blog Kak Sam.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..dah sihat hp lenovo..hehe...semoga dpt berbakti dgn baik..

    samalah kita, ada jg hp khas utk tengok drama, meeting online..sbb tak nak ada gangguan whatsapp, call..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul itu. Lagi satu taknak cepat habis bateri. Kira Lenovo ini hp basahan. Aktif, kena lasak hp ini.

      Delete
  4. Terima kasih NA selalu singgah dapur kecil saya.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, boleh sambung blogwalking dan update blog semula. Jimat cermat NA ni, jenis sayang barang. Bagus.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, panjang lagi usianya :)
    Terima kasih NA rajin singgah & tinggal komen di blog PH.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, akak sama macam kakak saya. Pakai sampai habis riwayatnya huhuhu. Patutlah lama tak nampak akak tinggalkan komen, ingatkan ada masalah kesihatan. Apa apa pun terima kasih sudi lawat dan tinggalkan komen di blog saya :)

    ReplyDelete
  8. Jgn lupa bg hp tu makan ubat..kut2 kembali sakitnya lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Pakai dengan berhati-hati.

      Delete
  9. kak laili punya hp lenovo sampai bengkak bateri nya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah bengkak dahulu tapi sudah tukar bateri. Hehe guna sampai bengkak.

      Delete
  10. Wah! memang loyal sungguh nih!
    Jarang dah jumpa orang pakai phone lenovo yang orang gunapakai sekarang ni laptop lenovo je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya pun tidak nampak orang lain pakai.

      Delete
  11. yeayy phone dah baik.. boleh blogwalking selalu pasni :)

    ReplyDelete
  12. saya ada dua fon yg dah lama koma. Satu tu boleh guna lagi, cuma skrin dia dah bergaris2 lepas kena air.

    Dulukan... saya tak faham kenapa ayah suka sgt betulkan kereta kancil. Sebab dah lama dan asyik rosak. Bila dah besar, baru faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ada telefon Nokia yang bunyi tiada. Hehe. Itu tidak pakai lagi.

      Delete
  13. Alhamdulillah. Bolehlah aktif di blog.

    ReplyDelete
  14. Semoga telefon tersebut terus bertahan lama dan membantu dalam urusan seharian.

    ReplyDelete
  15. saya mampu guna 1 hp je. syukurlah hp tu masih bisa dibaiki.

    ReplyDelete
  16. Bro ini saya dapat itupun barang ke-2 (terpakai)

    ReplyDelete
  17. takpe kak selagi boleh guna elok lagi, kita guna... mujur dah ok ye tambah panjang langkah berblogwalking la ye kak

    ReplyDelete
  18. Syukurlah masih boleh dibaiki.. sy pun jarang bw skrg.. wfh tp xde masa nk ke sana ke sini di blog

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah. Lepas ni boleh aktif balik. Brg sentimental ni memang sayang. Saya pun mcm tu, selagi boleh guna, saya akan guna sampai dah tak boleh guna. pastu simpan buat kenangan.

    ReplyDelete
  20. patut sunyi he hee
    barang kesayangan
    alhamdulillah dah pulih

    ReplyDelete
  21. Samalah akan guna sampai rosak baru beli lain. Selagi boleh akan guna.

    ReplyDelete
  22. Memang sentimental sungguh ni NA, gigih hantar baiki sampai 2 kali. Hehe
    Alhamdulillah dah pulih, tentu senang hati kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masalah balik pula. Tengah susah hati.

      Delete
  23. Saya pun ingat nak beli baru punya.. Khas untuk kerja blogging . asing dgn yg untuk whatsap.. tapi x tahu la bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta sahaja sesiapa tidak guna telefon tapi masih elok dan dapat layari blog.

      Delete
    2. Wowww.. Hahaa. Baik... alang alang nak beli untuk urusan bergambar atas urusan kerja blogging sekali . hehe..

      Delete
  24. Ohh patutlah lama nampak akak menyepi. Benda sentimental value ni memang kita sayang lebih. Mujur ada yang boleh baiki lagi. Tahniah kak trafik blog ada peningkatan.

    ReplyDelete
  25. Dah baiki Lenovo, bolehlah semakin aktif tulis entri dan blogwalking. Betul tu... kadang-kadang barang yang tinggi sentimental value, sayang kita nak lepas/buang begitu sahaja.

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah, betul tu selagi boleh guna, gunalah

    ReplyDelete
  27. Kita samaa!! Selagi boleh pakai, kita pakai sampai dah tak boleh pakai!

    ReplyDelete
  28. Mmg byk sentimental value en Lenovo tu ye mmg sayang la

    ReplyDelete
  29. InshaAllah NA dapat pahala, syukur dapat kunjungan NA :), Alhamdulillah hp dah sihat, cute kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah saya hendak jadikan kunjungan ke blog orang sebagai ladang pahala. Sebar aura positif. Hehe insya Allah. Moga Allah sentiasa ingatkan saya. Tq selalu melawat blog saya dan komen pos lama-lama saya.

      Delete
  30. selagi boleh guna kita lenjan sampai abis...
    keep on blogging ya NA ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.