بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Setelah seminggu melepasi bulan Muharram maka tamatlah buku atau jurnal tulisan saya yang bermula 3 Februari 2016 hinggalah ke hari ini iaitu 5 Ogos 2022.
Macam-macam tulis dalam ini. Ada strategi main kiub Rubik. Hehe saya berjaya selaras warna sama. Gigih tahu. Tapi sekarang berkarat balik sebab lama tidak buat tapi ada rujukan boleh cuba semula. Kiub Rubik pun sudah tiada.
Buku baru. Alhamdulillah masih semangat menulis walaupun bukan setiap hari.
Ia akan dijadikan rujukan dan panduan akan datang.
Eristiwa lain pula. Makchek hantar gambar di atas semalam. Tiada yang kekal abadi. Secara rasminya, rumah Uwan di Tampin dipecahkan sebahagian rumah kecuali dapur. Rumah kampung ialah rumah kayu sudah dimakan anai-anai. Buat baru.
Kalau siap mungkin saya akan letak pada blog. Insya Allah.
Selamat tinggal yang lalu dan selamat datang yang baru.
P.S: Siapa yang panda I main kiub Rubik?
Saya dulu menulis diari@jurnal dari darjah 5 sampai masuk bekerja. Lepas kawen, jarang-jarang sebab malu/takut husband baca walaupun dia janji tak baca diari saya hehe. Bila dah ada anak, saya cuma tulis diari kat apps diary 'My W Days' nama apps tu sbb sambil baring susukan anak boleh taip kat hp (tu pun kalau tak tertidur!). Lama2 habit tulis diari tu makin jarang padahal memori dgn anak2 la yang kena simpan sementara dieorang masih kecik ni.
ReplyDeleteTulis lagi ada rasa. Hehe.
DeleteDah lama tak main cubic tu.. dulu salu main jugak.. puas hati kan kalau dapat completekan satu set... Lama x jmpe dah benda alah tu... Kalau jmpe nk try lah. huhu
ReplyDeleteSelamat menulis dlm buku. Tringat masa kecil2 dulu ada simpan diari... skrg cuma mampu menulis dlm blog je.
ReplyDeleteSehari selembar benng, lama-lama menjadi kain. Sehari menulis sehelai, lama-lama menjadi buku.
ReplyDeleterajinnya menulis journal. saya selalu dengar di TedTalk yang ia adalah habit yang baik. Terutama sekali 'gratitude journal'. Setiap hari senaraikan at least 3 perkara yang buat kita bersyukur. buat hari-hari jiwa akan lebih tenang
ReplyDeleteTeruskan menulis.
ReplyDeleteRajin NA, lebih 6 tahun tu menulis.
ReplyDeleteBagus menulis jurnal, kita boleh lebih jelas perasaan kita dan merenungi diri.
Tidak silap ini buku ke-4 (yang baru)
DeleteSaya pun masih lagi menulis jurnal, walaupun dah ada e-jurnal.. dulu² just tulis biasa² tapi sekarang lebih pada bullet journal..😁
ReplyDeleteBagusnya NA, konsisten ye menulis jurnal 👍
ReplyDeleteAnak2 PH lagi cekap main Rubik Cube dari Ummi depa :)
Rajin akak menulis, dana ni harapkan media sosial je tempat menulis hehehe.
ReplyDeletesamalah wak pun penah buat rubik cube tu dalamasa 5 minit je, skrg pon dh berkarat.. huhuhu
ReplyDeletesaya punya journal tak habis habis tulis..hahaha..entah bila la nak habis..sedih kan tgk rumah kne roboh..design rumah yg asli dah tiada..tapi takpe..demi keselesaan hidup akan dtg
ReplyDeleteAnak sulung saya boleh main kiub Rubik tu, semua bentuk dia boleh buat. Yang 4 segi, sekarang dah macam-macam dah bentuk ada.
ReplyDeleteSaya sama dengan NA. Ada jurnal atau diari. Saje, rekod peribadi. Kena luahkan atas kertas, tulis dengan tangan. Kalau guna app di henpon, tak besshhh.. :)
Rumah kampung yang dimakan anai-anai memang kena roboh dan buat semula. Macam tu la rumah kampung suami saya. Nak selamatkan, dah tak boleh. Tiang pun kena buang, dah reput. Buat baru, rumah batu je. Takpe la, mana yang mampu kita buat, di tapak yang sama.
Pernah main kiub rubic tapi tak pandai sangat. Kalau berjaya pun satu muka je hehehee
ReplyDeleteSuatu kegigihan, 2016 hingga 2022. SS kagum.
ReplyDeleteakak pun jenis suka menulis. memacam buku catatan ada. tp tak serious lah. cuma tetap nak kena ada notebook.
ReplyDeleteWahh, dulu kecil kecil saya menulis journal. Sekarang saya akui kurang. Tapi saya akan buka notes di phone untuk menulis setiap apa yang terlintas dalam fikiran saya
ReplyDeleteSaya pernah main tapi tak pernah selesaikan rubik cube. Terima kasih kerana sudi singgah blog saya dan maaf lama tak bersiaran.
ReplyDeletetak sangka masih ada orang yang mahu tulis diari seperti itu...moga istiqamah dan saya memang kagum dengan usaha awak
ReplyDeleteJurnal memori kenangan buat si penuliskan ..
ReplyDeleteRajin sis menulis jurnal.. Saya setakat di blog ini sahajalah..
ReplyDeleteTak pandai main kiub rubik.. Berselirat otak kalau main.. kikiki..
Saya juga rajin menulis setiap hari dalam planner. Simpan untuk kenangan :)
ReplyDeleteKiuk rubik tak pandai main kak, kadang stress tak dapat sama warna. huhu...
zaman sekolah dulu sy rajin menulis ni. hari2 sy tulis walaupun merapu. 1 hari kena rampas dek warden. terus rentap mood sy utk menulis. laa ni menuois dlm blog je laa hehehe
ReplyDelete