بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Semalam (9 September) dugaan betul untuk balik semula ke rumah. Asalnya perjalanan lancar tapi sampai di Raub atau Bentong hujan lebat. Mula-mula terhenti di kawasan Lurah Bilut sebab ada runtuhan. Maka kereta perlahan sebab satu jalan boleh guna.
Kemudian ketika kami memasuki ke Lebuhraya Karak dalam pukul 6 petang lebih tiba-tiba kereta perlahan. Kami nampak depan kami pokok tumbang merentasi lebuhraya. Terhenti juga seketika kenderaan. Ketika itu nampak sebahagian orang ramai dalam kenderaan di depan dan di seberang laluan bertentangan hulurkan bantuan. Ada lori yang tarik pokok ke tepi, ada pemandu ayam hulurkan tali untuk ikat. Ada bawa parang untuk potong ranting.
Ingatkan pokok tumbang sahaja. Masa sisa pokok tumbang ditarik ke tepi dan trafik lancar ternampak kereta putih kena dan ke hadapan sedikit kami nampak jasad penunggang motosikal tersorok di bawah celah-celah pokok. Terkejut. Innalillahiwainnailahirajiun. Masa itu tidak pasti keadaan mangsa.
Hari ini baca suratkhabar mangsa meninggal di tempat kejadian. Al-Fatihah untuk arwah Muhammad Mustaqim Noor Azhar 21 tahun penuntut UTM. Semoga Allah temoatkan di kalangan orang yang beriman.
P.S: Berapa kali kami berpusing di tempat yang sama sebab keliru.
Allahuakbar... Innalilahi wainnalilahirojiun
ReplyDeleteAl Fatihah buat mangsa. Cuaca memang tak menentu sekarang. Hati hati semua.
ReplyDeleteAllahu Akbar! Trauma PH setiap kali baca berita tentang kemalangan jalan raya begini. Didoakan agar arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin. Moga keluarganya tabah 🤲
ReplyDelete
ReplyDeleteAL FATIHAH UTK.MANGSA
innalillahiwainnahirojiun
sampai masanya
semoga Family tabah terima.berita
Pemergian.anknya
Saya ada terbaca juga berita kemalangan maut tersebut.
ReplyDeleteSedihnya…moga Allah merahmati roh beliau.
Allahuakbar. Itu la bila berjalan jauh. Macam-macam boleh jadi.
ReplyDeleteAllahuakbar. Musim hujan memang penunggang motorsikal bergadai nyawa. Alfatihah untuk arwah. Muda lagi. Alahai
ReplyDeleteAllahuakbar... Innalilahi wainnalilahirojiun
ReplyDeleteInnalillahi wainnailaihi rojiun… risaunya cuaca skrg tak menentu. Suami saya pun pergi kerja naik motor, bila hujan lebat ni la perkara yg saya takuti. Hanya mampu berdoa supaya dia selamat pergi dan selamat balik.
ReplyDeleteAllah, inalillah buat arwah.
ReplyDeleteKesian nya ustaz muda lagi tu, kadang pokok tepi jalan ni memang kene selalu di beri perhatian kalau besar sangat dan dah tua kene tebang la. Tak nak jadi gini kan
akak, dana di silap dok terpanggil akak ustaz dh kenapa hahahha... maafkan diriku kak
ReplyDeleteAllahuAkbar... Innalilahi wainnalilahirojiun..
ReplyDeleteTakziah buat keluarga mangsa..
Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang soleh dsisiNYA...
ReplyDeletep/s: NA, kita dah pos cenderahati top komentar yang lepas ye...sorry lambat
Allahuakbar! Muda lagi rupanya.. Sudah takdir usianya takat tu je.. Moga diberi ketabahn buat ahli family yg masih tinggal.. Moga roh areah tenang di sana 🥺
ReplyDeleteInnalillahiwainnalillahiraajiuunn!
ReplyDeleteInna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
ReplyDeleteallahu.. innalillah semoga syurga buatnya
ReplyDeleteinnalillahi wainna ilahi raajiunnn...cuaca mmg tak menentu. yg memandu tu berhati2 sentiasa
ReplyDelete