بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Saya suka tentang topik doa. Doa ialah senjata orang Mukmin.
Berdoa perlukan adab dan cara. Sebelum berdoa, kita beristighfar, memuji Allah dengan bersungguh-sungguh. Kemudian doa yang dipinta mestilah disusun perkataan seperti contoh Nabi Isa alaihissalam berdoa seperti pada ayat 114 surah Al-Ma'idah juzuk ke-7 maksudnya:
Isa putera Maryam berdoa: "Wahai Allah Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami dan menjadi tanda pada kekuasaan Kamu; berikanlah kami rezeki, dan Kamulah sebaik-baik pemberi rezeki."
Doa diminta mestilah jelaskan apa yang diinginkan, objektif/tujuan permintaan, penutup dengan pujian Allah dengan nama asmaul husna yang sesuai dengan permintaan.
Permohonan Nabi Isa --> suatu hidangan dari langit, berikan rezeki
Objektif--> menjadi hari raya dan menambah keimanan pengikut Nabi Isa alaihissalam dan selepasnya dengan menunjuk kebesaran Allah melalui mukjizat Nabi Isa alaihissalam.
Nama asmaul husna--> hairul raziqin (sebaik-baik pemberi rezeki)
Jadi kalau kita berdoa katakan ingin kaya, murah rezeki. Nyatakan objektif/tujuan yang mulia yang dekatkan diri pada Allah contoh supaya boleh bersedekah, bantu ibubapa menunaikan haji/diri sendiri tunai haji, melangsaikan hutang-piutang/ tidak berhutang dengan orang, sentiasa bersyukur dekat pada Allah. Penutupnya boleh memuji Allah Maha Pemurah dan Maha Kaya.
Apapun kita boleh juga gunakan doa Rasul dan orang soleh seperti doa Nabi Zakaria alahissalam, Nabi Musa alahissalam dan Nabi Muhammad Sollahualaihiwassalam.
Wallahua'lam. Boleh tambah apa yang kurang atau silap dalam komen ya. Terima kasih.
Tq NA perkongsian yg berguna.. Kadang2 kita x sedar, kita berdoa terlalu simple smp x tau kenapa doa tu yg kita pohon...
ReplyDeleteYang penting kita jangan pernah berhenti berdoa. Terima kasih untuk perkongsian ni kak Wina 😊
ReplyDeleteBerdoalah dengan penuh ikhlas&jangan kita persoalkan doa kita diterima atau tak kerana semuanya adalah urusan Allah sw.t
ReplyDeletebanyakkan berdoa. semoga dlm byk2 doa kita itu akan diterima oleh Allah. Aamiin..
ReplyDeletealhamdulillah terima kasih sharing utk rujukan Ana juga :)
ReplyDeletesetiap kata-kata, fikiran dan sangkaan juga doa. (Allah [memakbulkan doa] mengikut sangkaan hamba-Nya). krn itu kita kena jaga pertuturan termsk penulisan kita terutama yg negatif agar ia tak berubah menjadi 'doa'
ReplyDeleteNak meminta, haruslah kita beradab.
ReplyDeleteSesama manusia pun gitu, apa lagi dengan Tuhan.
Terima kasih atas perkongsian NA :)
Betul, sebut dgn jelas permintaan kita dari sekecil-kecil hajat hinggalah sebesar-besarnya.
ReplyDeleteBetul tu.
ReplyDeletePerlu tahu cara dan adab ketika berdoa.
Terima kasih perkongsiannya.
betul tu ..iniah kafiat doa yang terbaik untuk diikuti
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan dan perkongsian. Berdoa pun ada adab dan taktikalnya kan
ReplyDeleteaminn ya robbal alamein.,
ReplyDeleteGood sharing NA...
ReplyDeleteSyukran, berkongsi ilmu...nak tambah sikit, selain memuji Allah swt, kena jg berselawat keatas Nabi saw, ketika buka dan penutup doa..
ReplyDeleteorang awam mengartikan atau menerjemahkan bisa berbeda-beda. Harus dicari mana yang paling akurat kebenarannya
ReplyDeletekadang berdoa murahkan rezeki tp tak sebut untuk tujuan apa.. in shaa allah akan amalkan selepas ini
ReplyDeleteInfo yang bagus, NA.
ReplyDeleteKena beradab masa berdoa. Kadang selalu baca doa lazim yang dihafal, sekadar dibaca. Tapi tak bersungguh-sungguh. Semoga kita boleh baiki diri kita.
TQ na atas peringatan
ReplyDeleteSama-sama kita ingat-mengingati.
ReplyDeleteDulu oleh guru agama, diberitahu juga kalo berdoa sebutkan spesifik. Walopun Allah sebenarnya tahu apa keinginan kita, tapi ga ada salahnya disebutkan lebih detil. Mungkin dengan begitu akan lebih menambah kuat untuk berusaha mewujudkannya juga.
ReplyDelete