Saturday, June 10, 2023

Mampu Merancang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Semalam saya kata hari ini kena jaga Ayaana. Ia tidak jadi kenyataan. 

Aafiya muntah, Auliya demam dan cirit serta Aqil demam kejap ok kejap tidak dengan buat perangai (adik Ayaana). Maka adik saya buat keputusan tidak pergi kenduri adik iparnya. Padahal awal pagi adik saya sibuk buat 'brownies marshmallow' untuk dibawa ke sana. Nampaknya rezeki budak-budak dan yang ada di rumah. Saya tidak suka marshamellow. Selalu bayang terlebih manis marshmallow dengan melekit rasa.

Brownies Marshmallow



Ayaana gembira tidak ditinggalkan tapi tidak dapat makan Maggi. Saya pula punya simpan perut, sabar tunggu adik buat kek di dapur. Tidak makan apa-apa. Tunggu mereka pergi. Tengok-tengok pukul 11 pagi masih tidak pergi. Rupanya Aafiya muntah. Jadi perancangan saya tidak berjaya. Kena masak nasi lepas itu untuk mereka. Lepas itu saya makan sarapan lewat roti canai, buat air koko panas dan makan 2 keping roti gandum penuh.

Tunggu tengok #Qurantime baru makan nasi. Konon saya tidak mahu makan nadi tapi sudah ada nasi dan lauk, makan sahajalah. Roti dan sapuan sardin boleh ditunggu. Mi segera Vit's dengan sos bolognesepun boleh tunggu.

22 comments:

  1. Kita hanya mampu merancang dan hanya Allah sahaja yang menentukan

    ReplyDelete
  2. brownis marsmellow looks so melted kak na...dan menu menu yang diceritakan ntah kenapa bikin lapar mbul malam malam...semoga semuanya lekas pulih amin..

    ReplyDelete
  3. brownies marsmellow looks so melted...roti gandum...nasi sardin cocok untuk pemadam kelaparan...semoga semua lekas pulih amin

    ReplyDelete
  4. Sama kita kak Na. Saya pun tak suka marsmallow. Manis sangat. Memang dari dulu saya tak terlalu suka yg manis2. Semoga anak2 cepat sembuh ya kak 🤗

    ReplyDelete
  5. Moga anak2 saudara NA cepat sembuh semuanya.
    Kemain banyak senarai nak kena makan ya NA 😁

    ReplyDelete
  6. Marsmallow memang manis sangat!
    Moga anak-anak saudara NA segera sembuh.

    ReplyDelete
  7. Alamak, rosak program. Hehe.. takpe, adalah tu, rezeki dan kesempatan untuk NA makan apa yang dihajati. Semoga anak-anak saudara NA cepat sihat.

    ReplyDelete
  8. Nampak macam semuanya tak sihat serentak, jenuh juga menjaga tu... Mudah-mudahan semuanya cepat baik ye 🤲

    ReplyDelete
  9. bila anak2 tidak sihat kita terus rasa bimbang. semoga anak2 buah NA semakin pulih ye..

    ReplyDelete
  10. tak pe..biasa lah kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan..

    akak pun tak berapa suka marshamallow sbb tekstur dia yg lembik-lembik tu..

    ReplyDelete
  11. Alahai... kesian Aafiya... semoga dia cepat sembuh... sy x pernah mkn brownies marshmallow... tp xpe sy pn x suka marshmallow, nasib x teringin... anak² je suka ni

    ReplyDelete
  12. Plan je lah ye. tp kedepan nya jadi cam ne, tu DIA yang pegang.

    ReplyDelete
  13. Didoakan anak-anak sedara NA dikurniakan kesembuhan denga kadar segera.
    Kalau ikut selera semau nak makan kan NA hehehhe... tapi bila makan sikit je dah kenyang

    ReplyDelete
  14. Allahuakbar, ujian melanda .. Uish..tak pernah try brownies marshamallow ..Nampak menarik

    ReplyDelete
  15. sedap nama anak2 saudara NA..moga mereka cepat sembuh..

    ReplyDelete
  16. tak pernh mkn mashmallow brownies...tk brp minat juga mashmellow tp pernh mkn jenis yg celop2 coklat kt buffet hotel

    ReplyDelete
  17. macam mana rasanya bwnies marshmalow tu ye.. nasi lebih kenyang na

    ReplyDelete
  18. brownies marshmellow? 1st time sy tgk... manis sangat ke rasanya? sebab brownies tu sendiri dah manis kan?

    ReplyDelete
  19. Semoga semuanya kembali sihat dan cergas..

    ReplyDelete
  20. Ada hikmahnya perancangan tak menjadi. Macam menarik pula brownies marshmallow tu. Sedapnya menghirup koko panas kak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.