بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selesai sarapan di Warung Sri Tualang, balik rumah. Barulah saya boleh tengok betul-betul ruang menonton tv bersepah drngan mainan dan buku-buku di lantai, di meja penuh. Saya lama tidak selia sebab selalu ikut emak ke hospital.
Jadi saya suruh anak buah Auliya dan Aafiya kemas. Aafiya itu merajuk tidak mahu buat. Auliya yang buat. Saya suka dia kemas sebab dia pandai atur dan teliti kemas. Tiba-tiba Ayaanapun menawarkan diri untuk kemas. Saya suruh dia sapu dan sedut habus guna penyedut hampagas. Haha sebenarnya Ayaana itu berminat sebab sebelum ini saya bagi upah pada Auliya gummy worms. Asal hendak bagi upah coklat tapi Auliya minta gummy worms. Mula-mula kabur juga rupanya bagaimana. Cari di kedai ada jumpa.
Rak Buku Dan Permainan Setelah Dikemas |
Kali ini Ayaana minta gummy pizza dan coca-cola. Auliya pula minta gummy worms dan coca-cola.
Tidak mengapa, asal mereka kemas ikut piawai saya. Ajar mereka dan tunjuk mana kurang bersih/kemas. Harap rajin selepas ini walaupun tiada upah.
wahhh pandaii nya dorang
ReplyDeleteanak2 dara kena ajar mengemas kan
Harap begitulah, rajin tanpa mengharapkan upah. Tapi sesekali bagi upah buat mereka happy.
ReplyDeletemacam anakdara saya juga nak kena bersuruh,bila umi bising mula la dia muncung..belum pandai buat sendiri
ReplyDeleteHaa.. sy tau gummy worm & gummy pizza tu. Baguslah, minta upah tak mahal tapi buat kerja betul².
ReplyDeleteMelentur buluh biar dari rebungnya. Bagus la dah dididik mengemas lepas main.
ReplyDeletebak kata orang, praktis tu penting
ReplyDeletePandai NA beli jiwa 👍🏽
ReplyDeleteTakpelah kena bagi upah, nak jugak mereka belajar mengemas.
Bagus pendekatan NA
ReplyDeleteSedap² nama diorang :)
ReplyDeleteMula² umpan dgn upah dulu takpe, lama² akan jadi kebiasaan tanpa disuruh/diupah...
Nanti, rajin budak-budak tu mengemas sebab dah biasa.
ReplyDeleteSaya pun tak tahu apa itu gummy worms. :D
Bila dah selalu buat lama2 mereka tahu apa nak buat.
ReplyDeleteJangan membiasakan diri memberi upah untuk anak berkemas... sebenarnya itu tidak baik.
ReplyDeleteMemula bagi upah, lelama Ikhlas sendiri InshaAllah ❤️ Belajar mengemas, senang di kemudian hari
ReplyDeleteAlhamdulillah, walaupun diberi upah, tapi mereka tetap habiskan kerja yang diberikan.. Insha Allah, lama-lama mereka akan buat kerja tanpa disuruh.. Bagus anak-anak buah akak... Anyway, saya tagged nama akak untuk join giveaway... Jemputlah singgah dan join...
ReplyDeletehttps://www.shikinrazali.com/2023/08/birthday-giveaway-farhanajafricom-2023.html
Bagus mereka mahu buat kerja walaupun demi upah.. Awal-awal begitulah.. nanti lama-lama pasti rajin..
ReplyDeleteanak perempuan saya cukup rajin mengemas. Tapi yang lelaki, disuruhpun pandai mengelak.
ReplyDeletesuka tgk kanak2 mengemas..belum jumpa lg gummy worms, gummy pizza, gummy coca-cola..hihi..
ReplyDeleteBagaus..kena biasakan diorang..nanti masuk asrama x susah kan..dah boleh buat semua..Dania dari sekolah rendah memang dia buat semua sendiri..ye la mama dia sibuk kerja..dia yang tinggal ngan atuk uwan...memang dia la yang kena buat semua
ReplyDeleteMacam-macam karenah anak-anak, tapi minta upah itu memang perkara biasa. Lama-lama pandailah mereka berkemas tanpa diberi upah.
ReplyDeleteMelentur buluh biar lah dari rebungnya. Semoga membesar jadi anak-anak yang solehah.
ReplyDeleteOhhhh Auliya dan Aayana yg request gummy tu rupanya….gitulah bila baca post secara descending
ReplyDeletebila dgr upah tu..bdk2 mmg auto rajin hehe
ReplyDeleteBiasalah anak2, terkadang memang harus dibujuk dengan upah. Saya pun sesekali kasih upah ke anak2 kalo nak mereka bantu beres2 kan rumah. Dibiasakan pelan2, hingga mereka paham kalo rumah bersih pastinya lebih nyaman juga
ReplyDeletedari kecil dh kena latih biar diorg terbiasa
ReplyDeletewah pandai kemas..sis suka budak2 yang pandai kemas ni..hrp lps ni dorang rajin juga kemas wpun tak ada ber upah..hehe..
ReplyDeletebila lagi kan NA nak ajar depa buat kerja-kerja mengemas rumah...tak pe...kali ni je upahnya. lps ni no more hahaha
ReplyDelete