Tuesday, August 8, 2023

Upah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selesai sarapan di Warung Sri Tualang, balik rumah. Barulah saya boleh tengok betul-betul ruang menonton tv bersepah drngan mainan dan buku-buku di lantai, di meja penuh. Saya lama tidak selia sebab selalu ikut emak ke hospital.

Jadi saya suruh anak buah Auliya dan Aafiya kemas. Aafiya itu merajuk tidak mahu buat. Auliya yang buat. Saya suka dia kemas sebab dia pandai atur dan teliti kemas. Tiba-tiba Ayaanapun menawarkan diri untuk kemas. Saya suruh dia sapu dan sedut habus guna penyedut hampagas. Haha sebenarnya Ayaana itu berminat sebab sebelum ini saya bagi upah pada Auliya gummy worms. Asal hendak bagi upah coklat tapi Auliya minta gummy worms. Mula-mula kabur juga rupanya bagaimana. Cari di kedai ada jumpa. 


Rak Buku Dan Permainan Setelah Dikemas
 
Kali ini Ayaana minta gummy pizza dan coca-cola. Auliya pula minta gummy worms dan coca-cola. 



Ruang Menonton TV Setelah Dikemas


Tidak mengapa, asal mereka kemas ikut piawai saya. Ajar mereka dan tunjuk mana kurang bersih/kemas. Harap rajin selepas ini walaupun tiada upah.

26 comments:

  1. wahhh pandaii nya dorang
    anak2 dara kena ajar mengemas kan

    ReplyDelete
  2. Harap begitulah, rajin tanpa mengharapkan upah. Tapi sesekali bagi upah buat mereka happy.

    ReplyDelete
  3. macam anakdara saya juga nak kena bersuruh,bila umi bising mula la dia muncung..belum pandai buat sendiri

    ReplyDelete
  4. Haa.. sy tau gummy worm & gummy pizza tu. Baguslah, minta upah tak mahal tapi buat kerja betul².

    ReplyDelete
  5. Melentur buluh biar dari rebungnya. Bagus la dah dididik mengemas lepas main.

    ReplyDelete
  6. bak kata orang, praktis tu penting

    ReplyDelete
  7. Pandai NA beli jiwa 👍🏽
    Takpelah kena bagi upah, nak jugak mereka belajar mengemas.

    ReplyDelete
  8. Sedap² nama diorang :)
    Mula² umpan dgn upah dulu takpe, lama² akan jadi kebiasaan tanpa disuruh/diupah...

    ReplyDelete
  9. Nanti, rajin budak-budak tu mengemas sebab dah biasa.
    Saya pun tak tahu apa itu gummy worms. :D

    ReplyDelete
  10. Bila dah selalu buat lama2 mereka tahu apa nak buat.

    ReplyDelete
  11. Jangan membiasakan diri memberi upah untuk anak berkemas... sebenarnya itu tidak baik.

    ReplyDelete
  12. Memula bagi upah, lelama Ikhlas sendiri InshaAllah ❤️ Belajar mengemas, senang di kemudian hari

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, walaupun diberi upah, tapi mereka tetap habiskan kerja yang diberikan.. Insha Allah, lama-lama mereka akan buat kerja tanpa disuruh.. Bagus anak-anak buah akak... Anyway, saya tagged nama akak untuk join giveaway... Jemputlah singgah dan join...

    https://www.shikinrazali.com/2023/08/birthday-giveaway-farhanajafricom-2023.html

    ReplyDelete
  14. Bagus mereka mahu buat kerja walaupun demi upah.. Awal-awal begitulah.. nanti lama-lama pasti rajin..

    ReplyDelete
  15. anak perempuan saya cukup rajin mengemas. Tapi yang lelaki, disuruhpun pandai mengelak.

    ReplyDelete
  16. suka tgk kanak2 mengemas..belum jumpa lg gummy worms, gummy pizza, gummy coca-cola..hihi..

    ReplyDelete
  17. Bagaus..kena biasakan diorang..nanti masuk asrama x susah kan..dah boleh buat semua..Dania dari sekolah rendah memang dia buat semua sendiri..ye la mama dia sibuk kerja..dia yang tinggal ngan atuk uwan...memang dia la yang kena buat semua

    ReplyDelete
  18. Macam-macam karenah anak-anak, tapi minta upah itu memang perkara biasa. Lama-lama pandailah mereka berkemas tanpa diberi upah.

    ReplyDelete
  19. Melentur buluh biar lah dari rebungnya. Semoga membesar jadi anak-anak yang solehah.

    ReplyDelete
  20. Ohhhh Auliya dan Aayana yg request gummy tu rupanya….gitulah bila baca post secara descending

    ReplyDelete
  21. bila dgr upah tu..bdk2 mmg auto rajin hehe

    ReplyDelete
  22. Biasalah anak2, terkadang memang harus dibujuk dengan upah. Saya pun sesekali kasih upah ke anak2 kalo nak mereka bantu beres2 kan rumah. Dibiasakan pelan2, hingga mereka paham kalo rumah bersih pastinya lebih nyaman juga

    ReplyDelete
  23. dari kecil dh kena latih biar diorg terbiasa

    ReplyDelete
  24. wah pandai kemas..sis suka budak2 yang pandai kemas ni..hrp lps ni dorang rajin juga kemas wpun tak ada ber upah..hehe..

    ReplyDelete
  25. bila lagi kan NA nak ajar depa buat kerja-kerja mengemas rumah...tak pe...kali ni je upahnya. lps ni no more hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.