Monday, August 14, 2023

Yupi Gummi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Abah masih lagi berada di Hospital Melaka (HM) Wad AG. Masuk ke sana dari HAG ke HM pada 4 Ogos. Ingatkan terus tebuk untuk dialisis tapi banyak benda tidak stabil lagi. Darah merah abah rendah. Kena masuk darah. Lepas itu hari ini buat CT scan pukul 2 petang. Harap urusan dipermudahkan. 

Oklah berbalik pada tajuk. Mula-mula diminta gummy itupun saya macam kabur. Saya angguk sahaja masa dengar hendak gummy worms dan coca-cola.

Memandangkan srjak akhir-akhir ini rajin ke hospital, sebelum pergi atau selepas ke hospital akan singgah ke kedai. Mula-mula nampak di Family Store jenama Yupi untuk coca-cola. Worms tidak jumpa di sini.

Singgah Chong Hoe, ada bentuk worms. 7E ada bentuk pizza dan coca-cola.

Yupi Giant Cola Dan Gummi Pizza

Isi dalam Gummi Pizza.

5 Keping Dalam Gummi Pizza



Macam pizza peperoni kan?

Begitulah permintaan yang harus ditepati. Mula-mula tengok ada pengesahan halal. Alhamdilillah ada. Ini rupanya produk dari Indonesia. Hehe. Hargapun tidak mahal sangat. Lingkungan RM1.80-RM2.20 satu. Tengok tempat dan jenis gummy.

33 comments:

  1. anak saya pun suka beli gummy ni..Semoga abahnya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusannya

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan abah & NA sekeluarga...semoga diberi kesembuhan yg sempurna kpd abah NA..

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan bapanya. Anak saya dulu pun minat Gummy ni. Kita pun minat juga.

    ReplyDelete
  4. Semoga bapa yang sakit dipermudah urusan perawatannya

    ReplyDelete
  5. moga abah cepat sembuh., abah umo berapa tuh

    ReplyDelete
  6. Pia yang dah besar tu pun pantang nampak ni mesti minta beli...moga urusan Abah dipermudahkan...InsyaAllah lepas dialisis nanti abah bertambah sihat

    ReplyDelete
  7. Fav anak buah SA, tapi memang x belikan la kalau dengan SA..x nak diorang makan jajan macam ni...gigi pun dah start rongak dah tu

    ReplyDelete
  8. Moga urusan abah NA dipermudahkan oleh-Nya dan kembali sihat.

    ReplyDelete
  9. Semoga abah dikembalikan kesihatannya, insyaAllah.

    ReplyDelete
  10. Oooo... pernah nampak la kat kedai, cuma tak pernah beli. Ok. Hehe...
    Semoga urusan hospital dan rawatan Abah NA dipermudahkan.

    ReplyDelete
  11. Comel ada bentuk-bentuk. Patutlah budak-budak suka 😀

    Moga Allah permudahkan urusan rawatan abah NA dan segera pulih.

    ReplyDelete
  12. Semoga dipermudahjan urusan rawatan abah NA. In syaa Allah semuanya akan baik-baik saja.

    ReplyDelete
  13. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  14. Anak³ PH pernah gak beli gummi ni... Tak pernah pula cuba rasa :D
    Mudah-mudahan dipermudahkan urusan rawatan abah NA. Susah hati betul bila parents tak sihat :(

    ReplyDelete
  15. sukaa jga gummy pizza ni
    budak2 jga sedapp kunyah 2
    semoga dipermdahkan dan diberikan kesembuhan ayah Na. aaminn

    ReplyDelete
  16. Abah ke yg mintak ni? Comel je

    ReplyDelete
  17. smoga abah cpt sembuh ..gummy tu biasa juga mkn

    ReplyDelete
  18. W'salam NA..
    Semoga abah NA diberi kesembuhan dan kembali sihat..

    ReplyDelete
  19. semoga Abah NA kembali pulih seperti biasa..kesian juga dengar ..

    ReplyDelete
  20. Favoeit anak2 saya nih kak 🤣. Tiap bulan pasti beli untuk cemilan. Tapi saya Batasin lah tiap Minggu saja boleh makan. Soalnya saya lebih suka Yupi karena halal. Sebelum ada yupi mereka suka Harini, produk Jerman, walopun katanya aman, tapi Krn tak ada halalnya, saya sering tak kasih.

    Nasib baik Yupi akhirnya buat produk ini dan halal. Salah satu perusahaan Snack besar di sini memang.

    ReplyDelete
  21. semoga abah NA cepat sembuh dan keluar wad. Lama gak dia dlm wad...

    ReplyDelete
  22. moga dipermudahkan urusan Abah NA.
    legend Yupi Gummy tu! hehehe

    ReplyDelete
  23. Salam kenal....semoga Abah cepat sembuh..Yupi memang enak..ponakan sering jajan ini

    ReplyDelete
  24. Semoga abah NA cepat sembuh dan cepat2 balik ke rumah.
    Gummy mmg tak asing lagi sbb anak no. 2 mmg suka beli ni kalau singgah di mana2 kedai runcit.

    ReplyDelete
  25. moga di permudahkan urusan abah akak, diberi kesembuhan semuanya ye kak

    ReplyDelete
  26. Semoga urusan akak sekeluarga dipemudah oleh Allah dan abah akak kembali sihat. Aamiinn...

    Sesekali belanja anak buah, turuti permintaannya. Mesti seronok dah dapat apa yang dihajati.

    ReplyDelete
  27. syahullah buat abah na.. sedap yupi gummy tu kan

    ReplyDelete
  28. Suka jugak dedulu...Sebab kenyal kenyal kan..

    Moga disembuhkan abahmu daripada kesakitan harini .. Aamin..

    ReplyDelete
  29. Cuya suka tengok warna2 dia..tapi Cuya kurang sikit gummy2 mcm ni

    ReplyDelete
  30. Kalau ada pengesahan ok tapi ada yang tak ada tu yang was was sebab takut juga diperbuat daripada tulang temulang B***.

    ReplyDelete
  31. Akak, klu yg gummy camni kureng sikit..tak suka liat2..penat mulut nak kunyah..hehe...

    ReplyDelete
  32. rasanya yupi gummy ni dah lama berada di pasaran...peminat jajan mesti tahu punya...

    secara peribadi sy memang tak pernah makan lagi gummy ni...

    semoga urusan abah NA dipermudahkan. aminnnn

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.