Saturday, October 7, 2023

30 September: Melawat Kebun Dan Menghadiri Sambutan Harijadi Anak Saudara

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hehe hampir seminggu baru sambung cerita. Buang rasa serabut menjadi seorang introvert yang kena bergaul ramai orang selain layan siri Korea lama.

Esok pagi hampir pukul 7 sudah keluar untuk ke Sungai Besar melalui Kuala Selangor. Trafik berjalan lancar. Pagi tidak banyak kereta.

Sarapan pagi di  gerai tidak bernama di tepi jalan Kuala Selangor. Pelanggan boleh tahan ramai. Lauk-pauk sudah terhidang tapi saya tidak berminat makan nasi. Saya cuma ambil koci, tauhu berlauk dan bergedil besar. Sayang kuah soto belum tersedia ketika sampai pada pukul 8 lebih. Apa boleh buat.

Kuih Koci, Tauhu Berlauk Dan Bergedil Bersama Teh Tarik


Sampai ke Sungai Besar. Singgah ke Lubuk Pusing. Melawat kebun pisang Abah. Ada pekerja Bangla tukang jaga. Kali terakhir pergi ketika raya pertama. Tinggi sudah pokok pisang dan ada beberapa batang pokok sawit. 3 ekar. Luas juga. Haha bolehlah jual pisang banyak-banywk.

Kebun Pokok Pisang


Tersesat Pokok Kelapa Sawit



Sebelah kebun Abah ada perkuburan Islam. Mungkin Abah patut wakafkan tanah ini kalau tiada pembeli beli tanah ini.

Sebelah Kebun Pisang Terletaknya Perkuburan Islam



Ada singgah beberapa tempat macam jumpa kawan Abah untuk berborak, ke pasar Sungai Besar, makan tengahari dan singgah solat di masjid. Cuaca di Sungai Besar sangat cerah dan nampak awan berarak di langit biru.

Pukul 4 petang sampai di Seri Damansara tiba- tiba cuaca mendung dan ketika masuk ke rumah adik, hujan turun lebat beserta guruh.

Berehat seketika tunggu hujan reda sebelum keluar semula pukul 5 lebih ke Anggun Residences Serviced Suites di Jalan Medan Tuanku Utama, Chow Kit, KL. Adik perempuan buat majlis sambutan harijadi Azim (27 September) dan Adiva  (18 Oktober). 

Papan Tanda Anggun Residences

Menghadap Bangunan Balai Polis Dang Wangi ☺


Tidak Pasti Bangunan Apa


Sekarang ini perkembangan buat harijadi di tempat inap sewakan? Selesa. Alhamdulillah. Budak-budak yang terlebih gembira. 

Ini Bukan Adiva. Haha Tiup Banyak Kali Lilin


Pukul 10 malam sampai di Sri Damansara. Memang tidak ada masa merayap KLCC. Ingat boleh berjalan 🙁 Kena rancang rancangan sendiri.

Bersambung...



26 comments:

  1. Bila Cuya dewasa harijadi CUya dah tk jadi penting mcm kecik2 dulu

    hahahha apa bole buat

    ReplyDelete
  2. Betul, sambut bday di homestay makin jadi trend...
    Ayah NA asal org Sg Besar ye?

    ReplyDelete
  3. koci kayanknya enak kak na...mbul malah kebayang aci kalau di negara mbul...teh tarik kelihatan hangat segar dengan creammynya..yummy, semoga dipermudah segala urusan kakak

    ReplyDelete
  4. Biasanya soto sedia dihidangkan dalam pukul 10 ke atas. Itu pengalaman sayalah kalau hendak menyoto sekitar Kuala Selangor.

    ReplyDelete
  5. Saham akhirat tu jika diwakafkan tanah kebun sebelah kuburan.

    ReplyDelete
  6. Ayah asal Sg Besar ya? Ada tanah di sana. Memang jauh kalau nak uruskan dari Melaka.
    Seronok tengok hasil tanaman di kebun.

    Betul jugaklah, kalau buat sambutan apa-apa di tempat sewa lebih mudah dan selesa. Ruangan sesuai untuk berkumpul ramai-ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abah dari Kampung Baru KL. Pernah kerja di Sungai Besar jadi ada beli tanah di situ.

      Delete
  7. Mungkin bukan rezeki untuk merayao di KLCC...bersabar la

    ReplyDelete
  8. Seronok ada kebun .. ada pokok pisang 40 hari tak.. kalau ada nak anak pokok nyer hahhahah :D
    Tanah sebelah kubur mesti sihat2 pokok2 nnya :D

    ReplyDelete
  9. jauh kebunnya....bdk2 dpt celebrate birthday die homestay, nk plak kalo ada swimmingpool lg la happy

    ReplyDelete
  10. Duduk di Melaka tapi beli tanah di Sungai Besar. Jauh jugak tu. Tak boleh jengok selalu skrg dah kena buat dialisis kan.

    Wah, trend skrg sewa homestay untuk buat majlis harijadi ye? Mesti meriah sambut dengan keluarga besar.

    ReplyDelete
  11. Oh, abah NA ada kebun di Sungai Besar. Bagusnya.
    Makan kuih je, NA. Mesti badan kecil molek ni.
    Seronoknya, sambut harijadi anak buah, ada makan-makan.
    Semoga dapat berjalan-jalan ke tempat yang NA inginkan.

    ReplyDelete
  12. masih bersambung ceritanya ya... saya tunggu kelanjutannya 😀

    ReplyDelete
  13. Banyak pokok pisangnya.. eh tetiba ada sawit ye..

    ReplyDelete
  14. Samalah cuaca kat sini.. Awalnya cerah, sekelip mata je hujan..

    ReplyDelete
  15. kalau bab kebun ni mmg best tgk espeially bila dah ada hasilnya. happy bday buat anah buah NA

    ReplyDelete
  16. datang singgah + follow sini dari http://www.thefox.my/ ^^

    ReplyDelete
  17. besar ke tanah abah NA tu? kalau boleh buat sebuah rumah... syg jg utk diwakafkan. kalau kecil ok juga tu

    ReplyDelete
  18. Luas juga tanah Abah ya kak. Bagus juga kalo hasil pisangnya banyak dan menghasilkan. Tetap dipertahankan saja.

    Sayang juga tak bisa jalan sendiri. Padat acara ya kak. Tapi menunggu cerita lanjutannya 👍☺️

    ReplyDelete
  19. Happy Birthday kepada yang menyambutnya..Semoga yang baik baik saja..

    Uish..bestnya ada tanah sendiri...

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, subur tanaman pisang..dah boleh kutip hasil...

    ReplyDelete
  21. Best ada tanah sendiri..Macam2 boleh tanam..

    happy birthday to anak buah NA..sonok diaorang kan sambut birthday kat tmpt have2..hehe..untung budak2 skrg..

    ReplyDelete
  22. Bagus juga kebun ada orang jaga. At least tak dibiarkan semak dan ada hasilnya. Agaknya kot trend celebrate birthday bercuti dan menginap di hotel atau homestay.

    ReplyDelete
  23. bestnya kampung NA kat sg besar. suka sgt suasana kat sana mmg masih lagi terasa kampung

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.