Tuesday, June 17, 2025

Cepat Sampai - FG Food Garlic Chili Oil Premium Set

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah barang yang saya pesan semalam sampai hari ini. Cepat betul prosesnya.

Bungkusan Kotak Seberat 4 Kg



Pesan daripada laman sesawang wowshop. Tertarik dengan Fauziah Gous  promosi garlic chili oil atau dalam Bahasa Melayu minyak cili bawang putih. Boleh klik di sini untuk tengok penerangan produk.

1 botol minyak cili bawang putih asli
1 botol minyak cili bawang putih shirasu (ikan bilis Jepun)
1 botol minyak cili bawang putih udang
1botol minyak cili bawang putih pedas

4 Botol Garlic Chili Oil Dan Sekotak 3 Botol Air Sarang Burung Kurma Dan Madu



Gembira barang selamat sampai. Pembungkusan dengan plastik gelembung (bubble wrap) untuk setiap botol dan kotak dialas plastik gelembung yang tebal.

Sebelum ini pernah juga beli produk daripada FG (Fauziah Gous). Cepat sampai dan barang elok terjaga.

Air Sarang Burung



Dapat lagi barang percuma. 3 botol air sarang burung kurma dan madu. 

Belum makan lagi. Nanti saya kemaskini dalam pos ini. 

P.S: Beli pada harga RM97. Dapat rebat RM12 daripada pembelian terdahulu. Yuppie!



16 comments:

  1. Alaaaa...terus rasa teracun plak..SA ni suka garlic chilli oil...

    ReplyDelete
  2. Wah.. NA rajin layan wowshop, ye.
    Alhamdulillah, barang dibeli selamat sampai.

    ReplyDelete
  3. Chili oil tu pun Fauziah Gous juga ya?
    Seronok kan, kalau barang yang dibeli dapat cepat.

    ReplyDelete
  4. Baru tahu Faouziah Gous ada bisness makanan dan produk kesihatan. Garlic oil ni ramai peminatnya. Tapi saya belum pernah rasa lagi. Rata-rata review cakap sedap.

    ReplyDelete
  5. waaahhhhhhhh best tu dpt rebat rm12.00!

    ReplyDelete
  6. Nanti cerita la camne sedap ke idok hehehe... macam menarik je tu

    ReplyDelete
  7. Chili oil shirasu tu macam lain daripada yg lain 😄

    ReplyDelete
  8. harap dapat review produk nanti...nak juga tahu apa khasiat dan manfaat

    ReplyDelete
  9. Senangnya kalau barang yang dipesan on line cepat sampai ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah
    sampai dengan selamat
    Kira-kira manfaatnya buat apa ya

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Makan dengan nasi, roti atau perencah nasi goreng.

      Delete
  12. Replies
    1. Kalau malas masak lauk boleh makan dengan nasi. Tidak terlalu berminyak. Macam sambal.

      Delete
  13. wah menarik. siap ada rebat lagi tu. berbaloi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.