Saturday, November 22, 2025

Makan Mi Kari Opah Kali Ke-2

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kali pertama saya makan ada di tulisan ini

Puas hati sarapan pagi ini bersemangat buat mi kari. Saya tidak ikut Abah dan Emak balik kampung semalam. Jadi saya buat perancangan hendak masak apa.

Kali ini sedap ikut tekak saya. Sebelum ini buat mi kari rasa lemak dan kurang pedas dan masam. Untuk baiki rasa saya letak sos peri-peri dan perah limau purut pada ketika hendak makan. Untuk tambah tektur, saya letak saat akhir ketika api ditutup, taugeh, tomato di potong dan daun sup.

Ikutkan boleh makan 2 kali tapi tidak terasa banyak makan tadi jadi tinggal sedikit. Oklah kalau petang ini tidak cukup kena masak lauk. Sudah terfikir untik masak lauk apa.

Kesimpulan: Kalau kita beli yang sedia ada kurang apa kita suka, kita boleh tambah apa yang patut. Kali ini saya tidak letak telur rebus tapi letak beboka daging, bebola ijan dan isi ayam.




25 comments:

  1. Replies
    1. Ini beli jenama Arwaa Mi Kari Opah. Siap dibungkus mi tarik dan perencahnya.

      Delete
  2. Meriah mi Na siap ada taugeh. Kena bayangkan jelah ni, Na tak letak gambar 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bayangkan rupa mi kari dengan warna oren merah menyala.

      Delete
  3. Replies
    1. Boleh tengok pos yang lama makan mi kari Opah kali pertama. Lebih kurang.

      Delete
  4. Sedap ke mi Kari Opah ? Boleh try beli ni

    ReplyDelete
  5. saya sedang membayangkan mee kari tersebut.. hihi

    ReplyDelete
  6. Betul tu kak Wina, mana yang kurang kita adjust ikut selera sendiri je. Kalau ada gambar boleh tengok rupa kejadian mi kari opah kak Wina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tidak terfikir, dah tinggal sedikit baru rasa macam nak tulis dalam blog tapi tiada gambar.

      Delete
  7. Saya ada tengok Live WowShop hari tu, Ardell dan suami jual set mi tarik dia orang. Memang nampak menarik, sebab mi-nya organik tak macam mi segera. Dia pula buat demo tambah macam-macam, bebola ikan la, daging la, udang la... memang nampak sedap. Boleh bayangkan dari tulisan NA. 😋👍

    ReplyDelete
  8. Ye memang sedap tu...Bila dicampur bahan lain of course lagi sedap..Teringin tengok kejadiannya! Hehee...

    ReplyDelete
  9. baru nk tgk gmbr mee kari...kalo dh sedap tu pasti repeat beli

    ReplyDelete
  10. Nak buat mee kari sendiri mungkin tak. Kalau teringin saya akan makan di restoran je kot 😅

    ReplyDelete
  11. Mi kari kalau masak sendiri....bahan2 dia tudia boleh letak banyak2. Puas hati.

    ReplyDelete
  12. Belum ketemu juga mie ini saat ke Malaysia kemarin lah. Masih penasaran rasanya 😄

    ReplyDelete
  13. Lama tak mkn mee kari instant.. kalau bosan boleh try beli nanti

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.