Monday, November 17, 2025

Hadiah Misteri Tiba

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, parcel terima dengan selamat dalam peti surat semalam (Ahad). Masa itu saya tiada di rumah.

Sampai rumah hampir Maghrib, hujan lebat pula. Jadi lepas solat Isyak baru keluar ambil tapi tengok tiada. Cuak juga. Rupanya Abah tolong ambilkan awal-awal. 

Hari ini baru dapat buka bungkusan.

Hadiah Dalam Sampul Surat Coklat



Alhamdulillah saya dapat 2 buku nota bersaiz A4 dan kecil. Dalamnya kosong tiada garisan. Bolehlah guna untuk tulis perkara-perkara penting.

2 Buku Nota. Tulisan Mek Yuhhh Pada Buku Nota A4



Terima kasih Mek Yuhhh sebab anjurkan peraduan pemberian.

Saya hargai pemberian daripada bloggers. Guna sesuatu akan ingat bloggers tersebut. Terima kasih semua yang pernah beri pada saya.


20 comments:

  1. Alhamdulillah...comel je buku nota nya..boleh la buat coret2 sesuatu

    ReplyDelete
  2. Tahniah, Wina. Sentiasa ada rezeki kemenangan utk Wina dalam berblog.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah…rezeki berblog. Tahniah NA 👏🏽

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...Tahniah kak Wina. Sentiasa dilimpahi rezeki dapat hadiah dari rakan-rakan blogger.

    ReplyDelete
  5. Tahniah, NA. Cantik buku nota kecil. Boleh bawa dalam handbag.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah ye!!! Cute Dan berguna hadiahnya...Lama tak buat segmen..rasa nak anjurkan something kt blog..

    ReplyDelete
  7. terima kasih kembali kerana sudi join giveaway saya... hehehe

    ReplyDelete
  8. Menang berjemaah ni. Ternampak buku ni kat blog kawan2 yang lain jugak.

    ReplyDelete
  9. Baguuus buku nota nya. Saya masih pakai buku notes begini juga. Utk menuliskan pasword baru dan segala macam idea biasanya

    ReplyDelete
  10. Rezeki lagi kan..tahniah selalu dapat hadiah..tu peluang selalu ada selalu kita hargai..

    ReplyDelete
  11. Murah rezeki akak tahun ni. Alhamdulillah buku kosong mcm tu suka buat summary, kadang draf ayat blog. Saja suka tulis pakai tangan, kalau tak tulisan jd cakar ayam

    ReplyDelete
  12. Tahniah NA ..murah rezeki .. CCL pun suka dapat pemberian hadiah dri rakan blogger ..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.