بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Satu lagi majlis tahlil dan doa selamat diadakan pada hari yang sama tapi sebelah malam dan dibuat di Masjid Kariah Repah. Tok Rosli ini kira sepupu Uwan yang duduk sebelah rumah Uwan. Saya pernah cerita saya pergi kendurinya tahun lepas.
Petang itu tanya saudara-mara, Emak dan adik-adik. Adik perempuan saya, saya, Abah dan seorang anak buah pergi. Mereka yang lain yang ada mungkin penat. Adik perempuan cakap serba salah tidak pergi sebab Tok Rosli dan Wan Safiyah itu hadir masa majlil tahlil kami.
Dekat Maghrib saya berjalan menuju masjid. Adik dan suami, Abah dan anak buah naik kereta masing-masing.
Tengok sudah ada jemaah wanita yang menunggu azan.
Lepas solat Maghrib baru dimulakan bacaan Yasin dan tahlil.
Lepas solat Isyak barulah ke jamuan makan di sebelah tempat solat. Lapar sebab memang tidak makan berat waktu petang. Jemaah sudah ada yang makan.
Makanan yang saya ambil- nasi beriani, ayam masak merah, daging kambing masak hitam dan papadom. Tidak lupa sepotong tembikai. Air pula teh tarik. Ringkas tidak banyak lauk untuk dipilih. Hari itu hari minum teh tarik sahaja. Saya suka air teh tarik ini sebab tehnya kuat. ☺ Saya makan di kawasan solat tapi pelik tiada yang masuk makan sebab dekat meja makan wanita penuh. Jadi saya keluar semula rupanya ada yang makan di tikar. Memandangkan saya nampak kerusi kosong sebelah adik, saya sambung makan di situ.
Lepas ambil makanan, salah seorang keluarga Tok Rosli bagi cenderamata. Rajin betul mereka sediakan walaupun untuk majlis tahlil. Semoga diberkati keluarga Tok Rosli sekeluarga.
Alhamdulillah kenyang betul makan. Banyak nasi yang Makcik Malini *sebaya umur tapi pangkat 2 pupu dengan Emak* Balik jalan kaki juga.







alhamdulillah....
ReplyDeletewah sejadah mini. bagus kan boleh bawa ke mana mana
Alhamdulillah rezeki dapat sejadah gebu.
ReplyDeleteUish..sedapnya daging kambing masak hitam 😋
ReplyDeleteAlhamdulillah. Makanan selesai tahlil tu nampak sedap dan menyelerakan.
ReplyDeleteNasi Biryani.... Alhamdulillah selesai majlis tahlil dan doa selamat..
ReplyDeletesalam kenal..saya suda follow jemput singgah di blog sya juga ya..alhamdulilah selesai tahlil siap ada cenderamata nya lagi..
ReplyDeleteSambung ke malam ya kak. Yalaah, kalau bisa datang, kita usahakan datang. Apalagi siangnya beliau dah menghadiri cara juga kan.
ReplyDeleteNasi berani dan lauknya, tambah papadom, best laah 😍😍👍
Kak, nak tanya... Kakak ada ada add IG saya tak, pakai akun Sisbelli? Pas saya buka, nama akun sisbelli, tp di bawahnya ada nama N.A . Lgs teringat kakak . Kalau memang itu akun kakak, saya nak follow balik. Tp kalau bukan, saya biasanya tak follow akun yg saya tak kenal 😅.
ReplyDeleteSaya takde IG. Itu bukan saya. Hoho jangan add.
DeleteAlhamdulillah ada hadiah selepas makan kenduri ni kan..Subahanallah..berkat majlisnya
ReplyDelete