Friday, February 20, 2026

Kisah 1 Ramadhan 1447

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...


Alhamdulillah selesai Ramadhan pertama. Tahun ini pertama kali juga buka puasa dan terawih di surau Al-Falah iaitu surau di kawasan rumah. Sebelum ini sama ada buka puasa dan terawih di rumah atau di masjid yang bukanlah dekatpun.

Semalam buka di surau tidak tahu bagaimana cara. Maksud saya adakah makan kurma dan minum air kemudian solat Maghrib? Rupanya sini makan terus lepas itu baru solat. Makanan yang ada disediakan secara potluck. Abah dan emak bawa kurma, limau mandarin dan ayam goreng kunyit (Mok bagi kami, dia masak untuk jualan bazar Ramadhan di MITC tahun ini).

Maaf tiada gambar di surau saya dan suasana ketika berbuka. Ada ingat hendak bawa telefon tapi malas nak bawa. Saya berbuka makan kurma, nasi minyak, ayam masak merah, ayam goreng kunyit, kuih burger Malaysia, vadei (ingat jemput-jemput sebab bentuk bebola), air teh tarik jangan dilupa dan air biasa. Syukurlah makan ala kadar. Habis makan terus solat Maghrib dan kemudian iktikaf sampai Isyak dan terawih.

Ini makanan berbuka rumah Uwan, adik perempuan buka sana dan Auntie Nani.

Menu Berbuka Puasa 



Khas ada siput sedut masak lemak dan kuih sopang.

Alhamdulillah 1 Ramadhan- malam dan siang hujan sejak lepas Zohor jadi sejuk.

Apapun tahun ini puasa yang berbeza untuk tahun-tahun sudah.
  
Nota tambahan: 

-Hari ini Melaka ambil cuti.
-Semalam tidak ramai orang ketika             berbuka tapi makanan itu sampai               moreh. Waktu itu baru ramai orang             datang makan.


15 comments:

  1. I love mandarin oranges and fried chicken. 😋

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tempat saya pun hujan, dari petang membawa ke malam. Jadi nak drive ke masjid tu, susah sikit. Selamat berpuasa, NA.

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan NA! Alhamdulillah, berbuka di surau banyak lauk potluck boleh pilih macam2 tapi kena makan berpada2 takut terkejut pulak perut tu 😄

    ReplyDelete
  4. alhamdulillahhhh selesai 1st ramadhan kita.. moga diberi peluang penuh ramadhan kalini aminnn.. salam ramadhan buat NA sekeluarga..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dapat rezeki berbuka di surau.

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadan. Moga diberkatiNya selalu.. Alhamdulillah Selesai Dua hari berpuasa...Sedap tu makanan kat surau pun..

    ReplyDelete
  7. Best jugak tu kak berbuka di masjid... harapnya minggu ini masih lagi redup jelah cuacanya, kesian kt budak sekolah

    ReplyDelete
  8. Saya belum pernah berbuka di surau atau masjid. Sebab dok risau nanti leceh kalau sakit perut lepas makan 😄. Teringin juga nak mencuba suatu hari nanti, kena plan makan sikit je dan jangan makan pelbagai jenis untuk elak masalah.

    Sedap teh tarik! Kalau jumpa memang susah saya nak tolak nih 😁

    ReplyDelete
  9. salam ramadhan....berbuka kt surau meria juga

    ReplyDelete
  10. Salam ramadan. Comelnya kuih badak berendam dalam loyang tu

    ReplyDelete
  11. Sy sudah berbuka di surau di kampung isteri pd 2 Ramadhan. Lepas ni pasti ada iftar di surau taman saya pula.

    ReplyDelete
  12. salam ramadhan..meriah menunya macam macam ada

    ReplyDelete
  13. Waah meriah juga jika berbuka di mesjid yaaa. Saya belum pernah. Tp selalunya tiap tahun di lingkungan tempat tinggal saya, masing2 rumah dapat 2x kewajiban menyediakan menu berbuka Untuk mesjid. Giliran saya tgl 25 kemarin dan nanti tgl 16. Lagi pikir menu apa yg saya nak pesan utk bawa ke mesjid 😄.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.