بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Kematian itu pasti. Kami mendapat khabar sepupu emak (anak arwah Mak Ngah Kintan) sudah meninggal dunia pada 23 Februari (Isnin).
Saya yang merancang tidak mahu balik kampung terus kemas barang dan maklum pada Emak untuk ikut sekali.
Kami terlewat ke Masjid Kariah Repah sebab ketika itu sudah terlepas bacaan Yasin tapi tahlil masih berlangsung.
Solat Zuhur berjemaah di masjid. Ramai yang datang termasuk budak-budak sekolah agama yang terletak berhadapan masjid. Penuh sampai ada yang kena solat bahagian luar. Kemudian selepas solat Zohor disambung pula dengan solat jenazah.
Ingat hendak ikut ke tanah perkuburan tapi panas terik. Teringat kes berjemur masa jenguk kebun Sungai Besar terus batalkan. Emakpun tidak pergi hanya Abah dan anak saudara, Azim yang ikut.
Rasa tidak bersemangat hari itu dan esoknya. Teringat kali terakhir arwah tegur saya ketika saya pulang jalan kaki dari masjid ke rumah Uwan. Arwah tegur mengapa saya tidak ikut balik naik kereta. Saya kata Abah ada urusan. Ya saya boleh ambil masa. Kadang-kadang suka ambil masa lepak dalam masjid, tunggu orang tiada baru keluar balik. Lagipun ada rasa keseronokan jalan kaki walaupun jalan raya besar banyak kereta. Selalu berdoa juga ketika melintas (takut juga melintas) kalau kena langgarpun biarlah lepas solat dan ada wuduk. Peristiwa itu hujung bulan Januari.
Tidak sangka ajal menjemput arwah. Arwah ini bilal ke-2 Masjid Kariah Repah. Peramah. Ceria. Isteri arwahpun baik. Isteri arwah pernah makan sebelah saya di kenduri tahlil rumah Makcik Cupik (tidak tulis lagi pasal kenduri ini pada 1 Februari)
Semoga Allah merahmati arwah dan tempatkan di Syurga Firdaus. Amin. Orang baik Allah sayang. Terngiang-ngiang suara azan yang arwah kumandangkan apabila dengar azan di Masjid Kariah Repah. Seolah-olah arwah yang mengumandangkan azan itu padahal orang lain yang lain yang buat. Monolog pada diri mengapa saya terdengar macam arwah yang azan pula ini.)
Al-Fatihah untuk arwah Pak Ngah Yed (panggilan saya untu arwah)



Innalillahiwainnailaihirojiun...
ReplyDeleteSalam takziah, NA. Rezeki, meninggal di bulan Ramadan. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
Salam takziag untuk keluarga arwah.
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat.
Salam takziah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Dan semoga keluarga tabah dan kuat menghadapi kehilangan ini
ReplyDeleteAlfatihah buat arwah.... mesti setiap kali dengar azan teringat arwah ye. Orang baik pergi pun di bulan yang baik ya
ReplyDeleteSalam Takziah
ReplyDeleteSalam takziah NA. Semoga roh Pakcik dicucuri rahmat Allah SWT
ReplyDeleteal fatihah buat arwah... semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...salam takziah buat kak NA sekeluarga, semoga tabah menghadapi ujina...aamin
ReplyDeleteإنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
ReplyDeleteاَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
.Salam takziah buat NA sekeluarga atas kehilangan bapa saudara
salam takziah. semoga rohnya dicucuri rahmat.
ReplyDeleteinnalillah.. moga diampunkan semua kesalahannya dan diterima semua amal kebaikannya..
ReplyDeleteMy deepest condolences. 💔
ReplyDeleteInnalillahi wainnailaihi rojiun. Jika mendengar berita dukacita di bulan ramadhan ini, langsung sediiiiih sangat . Teringat keluarga almarhum, pastilah tak akan sama suasana idul Fitri mereka nanti 😔. Semoga diberi kekuatan dan kesabaran utk keluarga yg ditinggalkan
ReplyDeleteMoga Allah mengampuni dan merahmati rohnya.
ReplyDeleteTentu ramai yang terasa pemergian Allahyarham, dah tak dengar lagi suaranya mengumandangkan azan.
Takziah Na dan keluarga.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
ReplyDeleteاَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
Salam takziah buat NA atas pemergian ayah sudara. Moga arwah ditempatkan bersama org2 beriman aminnnnnn
Innalillahiwainnailaihirojiun (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) . Semoga rohnya ditempatkan bersama roh org2 yg beriman. Aamiin...
ReplyDeleteSemoga ditempatkan dalam kalangan org beriman.. tgok raut wajah arwah, nampak baik je orangnya
ReplyDelete