Sunday, April 26, 2026

25 April: Hadir Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Pengantin Dan Majlis Bacaan Yasin

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Semalam dapat 2 undangan majlis. Satu majlis kenduri kahwin di Kampung Chenaga, Tampin. Satu lagi di rumah pangsapuri Taman Tasik Utama, Melaka.

Kami pergi yang Tampin dahulu jadi balik kampung hari Jumaat. Majlis bermula dengan doa selamat pukul 11 pagi. Datang awal sedikit tidak kalut dan orang tidak ramai. Beberapa minit pukul 11 pagi bacaan doa bermula.

Khemah 

Tempat Katerer Letak Makanan Tambah

Pandangan Dari Beranda Rumah


Datang awal boleh duduk tepi pintu untuk bacaan doa.


Pihak Lelaki Dalam Rumah


Setelah selesai, kami duduk di khemah yang berhampiran makanan. Sempat ambil gambar sementara orang tidak ramai.

Lauk-Pauk

Pinggan Saya



Pinggan nasi- ikan keli berlada, ayam goreng berempah (ambil hati juga), daging salai masak lemak cili api bersama pisang muda, ikan masin, ulam-ulam dan sambal belacan.
Tidak ambil- pajeri terung dan daging lembu ke kambing.

Pinggan kecil- kuih koci, talam berlauk, puding kiwi dan kole kacang.

Sementara tiada orang, saya pergi menunggu ubi lambung. Bebola yang terdiri daripada warna hijau, ungu, merah dan oren yang diperbuat daripada ubi keledek.

Bebola Ubi Digoreng



Ia dilambung beberapa kali🙂

Bebola Ubi Dilambung

Rasanya seperti kuih keria. Rangup di luar lembut di dalam. Ia disiram dengan coklat cair.

Ubi Lambung

Pusingan pertama makan nasi putih dan lauk.
Pusingan kedua- makan kuih.
Pusingan ketiga- Sup tulang dan cili kicap.

Ubi lambung makanan yang terakhir saya makan. Sedap saya makan satu cawan saya punya. Uwan saya makan seketul dalam cawannya untuk rasa. Lebihan itu saya makan. Uwan punya kurang rangup. Uwan dapat dahulu. Saya dapat gorengan yang kemudian. Korang pernah makan? Saya pertama kali jumpa dan makan.

Lepak kemudian dalam pukul 12 lebih minta diri dan bersalam Puan Lijah. Uwan saya tanya mana pengantin? Saya macam haah eh kata kenduri kahwin tapi rasa lebih kenduri doa selamat sahaja. Batang hidung pengantin tidak nampak dan sayapun malas nak tahu lebih-lebih. Soalan Uwan itu tergantung tidak berjawab.

####

Kenduri kedua, kami pergi lepas Zohor. Bertolak dari Tampin ke Melaka sampai pukul 2 petang lebih. Kami ingat sudah mula sebab kata dari pukul 2 hingga 6 petang. Rupanya baru mula. Sempat sertai bacaan Yasin. Sini saya sekejap sebab kenyang sangat dan kedua orang mula ramai. Jadi makan mihun bakso  2 kali selain bawa jambu batu dengan asam dalam cawan bawa balik. Gambar makanan memang tidak ambil sebab orang ramai sudah kerumun. Ala korang bayang sahaja makanan raya.

Kalau korang suka datang awal atau tengah-tengah majlis?



9 comments:

  1. Tak pernah jumpa ubi lambung.
    Kalau tengah majlis biasanya waktu kemuncak kan? Dah ramai sangat

    Cuya suka awal

    ReplyDelete
  2. Selalu datang tengah2 majlis. Tapi kalau lepas majlis ada nak pegi tempat lain selalunya Faa datang awal.

    ReplyDelete
  3. Ingat Uwan dapat jawapan kenapa pengantinnya takde yang kenduri dekat Tampin tu.

    Daging salai masak lemak cili api + pisang muda memang sedap. Dah lama tak makan lauk ni.

    Bab pergi kenduri, tengok keadaan, ada masa sampai awal, ada masa sampai lewat.

    ReplyDelete
  4. mungkin majlis kecil2an. Jadi pengantin berpakaian simple saja atau mungkin pengantin tengah bersiap.

    ReplyDelete
  5. Pernah nampak org jual tepi jalan, tapi tak minat pulak nak try. Rugi pulak sbb skrg dah tak nampak org tu meniaga 😅

    ReplyDelete
  6. Pengantin ambil gambar outdoor kot. Sedap nampak makanan yang dipilih tu.

    ReplyDelete
  7. Macam pernah tau ubi lambung, tapi tak pernah makan.

    Saya suka datang awal, senang tak bersesak nak ambil makanan dan dapatkan meja. Tapi kalau kita kenal dengan pengantin, kena menunggu sampai pengantin tiba, tunjuk muka tanda hadir 😀

    ReplyDelete
  8. Anda ditag!
    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2026/04/tag-berantai-jom-berkenalan.html

    ReplyDelete
  9. Oh tanpa pengantin
    Ada laaa sebab tu kan
    Penah jga lalui kenduri tanpa pengantin
    Rumah cousin sendiri he heee apapun itulah ujian buat mereka

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.