Sunday, April 5, 2026

Rezeki Dapat Harumanis

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam hari Sabtu (4 April) hari yang sibuk. Seawal pagi pukul 8 Abah balik dari Tampin ke rumah bawa karipap dan pau kelapa dari kedai Durian Tunggal. Makcik Minah dan suami serta Pak Busu dan isteri hendak datang beraya dari Sungai Penchala.

Mereka datang dalam pukul 11 pagi lebih. Waktu mereka datang tetiba ada dengar bunyi salam. Ingat ada orang lain datang rupanya orang kurier datang bawa kotak kecil berisi harumanis dari Padang Besar. Kejutan daripada kawan Abah bagi harumanis. Rezeki untuk tetamu terus kupas sebiji.

Lepas itu Makcik Minah ajak pergi rumah Kak Nizah di Krubong. Harumanis dan jambu yang dikupas dalam mangkuk yang tinggal terus letak atas meja. Air dalam jag masuk peti sejuk. Takut semut.
Tidak sempat hendak rasa harumanis yang tinggal sebab kemas dan basuh cawan kemudian tukar baju raya.

Keadaan Meja Selepas Tetamu Pulang

Saiz  Sebiji Harumanis



Bawa 3 biji untuk keluarga Kak Nizah. Di sini makan tengahari lauk asam pedas ikan merah, telur masin, telur dadar, sambal picit limau kasturi, timun jepun dan teh o panas ☺ Ini lauk kebiasaan orang Melaka, asam pedas sebab semalamnya kami masak lauk asam pedas ikan ikan siakap. Ada mi jawa tapi saya makan sedikit buat rasa.

Pinggan Saya



Lepas beraya rumah Kak Nizah, kami balik rumah untuk solat Zohor. Ada rumah terbuka di Jalan AV1 bermula pukul 2 petang. Adik perempuan saya sudah telefon dari rumah kami tanya keberadaan kami.

Balik rumah solat kemudian keluar semula ke jamuan rumah dengan Adik perempuan sekeluarga pula.

Sini saya makan soto dan nasi minyak. Sini tidak ambil gambar. Santai makan sebab tidak lapar sangat.

Hampir pukul 4 petang baru balik rumah. Tengok harumanis tinggal cebisan kecil dan biji. Ini mesti anak-anak buah makan 
masa tunggu.

2 Biji Harumanis Tinggal


Sebiji kupas untuk sahur jaditinggal 2 biji. Tidak lama habislah itu.

Nota: Hari ini puasa ganti dan sunat. Insya Allah.


19 comments:

  1. Alhamdulillah...rezeki dapat harum manis tu..sudah tiba musim nya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah rezeki tak pernah habis drpd Allah

    ReplyDelete
  3. Sedapnya harumanis. Dah musim sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. Uncle pun baru makan hamumanis... memang tengah musim ni!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah jauh dikirim.
    Harumanis pokok belakang rumah saya masih belum sesuai dituai, tapi dah merasa makan harumanis orang beri.

    Dalam pada sibuk beraya/open house sana sini, sempat jugak Na berpuasa 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serabut juga hendak puasa waktu Syawal. Cari hari tiada jemputan rumah terbuka atau tiada orang datang rumah.

      Delete
  6. Alhamdulillah dapat harumanis dari jauh kiriman.. rezeki tu di hari raya ☺️👍🏻

    ReplyDelete
  7. Rezeki NA daoat buah..alhamdulillah..saya pula sedang gigih selesaikan puasa 6 Syawal..

    ReplyDelete
  8. Mesti manis tu kan kak.... lagi la dapat rezeki diberi orang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah manis sangat. Itulah bukan selalu dapat.

      Delete
  9. Alhamdulillah rezeki.
    Banyak juga beraya dlm satu hari . Off kitchen la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lepas pergi rumah terakhir tidak jenguk dapurpun. Baring kekenyangan dan hendak sejukkan badan sebab berpeluh. Hehe.

      Delete
  10. sedap tu harumanis...arini kt opis pn ada yg bw harumanis dr perlis...dpt la kami merasa

    ReplyDelete
  11. Alhamdullah, rezeki NA dapat harumanis. Baru tadi pergi pasar malam ada mempelam dari Perlis, tapi bukan harumanis.

    ReplyDelete
  12. Kalau ada mangga di rumah sayapun, pasti cepat habis, apalagi manis yaaa 😄😄. Memang buah fav juga nih kak. Kalau disini yg paling disuka itu mangga alpukat, lembut sangaaat macam alpukat.

    Lalu harummanis, mangga gedong gincu, mangga manalagi. Ini saja jenis2 mangga yg kami sering beli

    ReplyDelete
  13. masih lagi kempunan nak makan mangga harumanis. skrg ni cuma mampu makan mangga siam je.

    ReplyDelete
  14. semerbak baunya kalau dapat harumanis ni. sedapnyaa

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, sedap tu harumanis 🤤

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah ..rezeki dapat merasa harumanis .. sekarang kt perlis memang musim harumanis .. CCL alhamdulillah tahun ni pokok berbuah banyak juga . Mungkin faktor cuaca panas juga

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.