بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Terima whatsapps Emak mengenai jemputan doa selamat dan kenduri kesyukuran pada 19 September 2026.
Kami sampai awal iaitu pukul 11:15 pagi. Majlis bermula 11:30 pagi. Sementara itu kami duduk di dalam khemah berborak dengan puan rumah. Suaminya sudah meninggal. Kira doa selamat masuk rumah baru dan tahlil.
Pukul 11:30 pagi kami masuk rumah. Majlis bacaan Yasin dan tahlil bermula. Emak duduk di kerusi, saya duduk di lantai.
Pukul 12 tengahari tamat bacaan tahlil dan kami dijemput makan. Macam biasa tempat makan nasi sudah ramai lelaki beratur. Jadi saya pergi bahagian kambing golek. Jadi orang ke-3 😋
Lepas habis makan kambing golek kemudian ambil nasi hujan panas tiba-tiba hujan lebat turun. Saya dan Emak bernasib baik duduk tengah khemah. Mereka yang duduk di bahagian tepi khemah terpaksa masuk rumah. Walaupun begitu, percikan hujan masih kena pada nasi dan teh o saya. Terpaksa saya makan membelakangkan percikan hujan dan pinggan nasi saya makan atas penyandar kerusi. Memang basah sedikit tudung dan baju sebab angin kuat menolak hujan yang lebat. Tidak ambil gambar makanan nasi dan tauhu berlauk. Saya tidak ambil kek atau kuih sebab perut rasa sebu. Makan sedikit sahaja.
Kami balik apabila hujan sudah reda dan ada sedikit air hujan. Rasa tidak selesa masa ini sebab baju, tudung dan kain basah. Anak buah pula lencun basah srbab redah ambil kambing golek. Balik rumah azan Zohor berkumandang.
Jumpa lagi.
P.S: Alhamdulillah pos terbaru saya terus naik dalam senarai tulisan terbaru blogger.






Ada bloglist di blog kawan-kawan okay. Tapi ada sesetengah bloglist macam saya punya, macam tak update pula. Entah, musykil juga.
ReplyDeleteAlhamdulillah, NA dapat hadiri jemputan kenduri doa selamat dan tahlil. Walau hujan, hujan rahmat tu, sebab sekarang musim jerebu. Kambing golek dan kawan-kawan nampak sangat yummy... 😋
Sedap tgk menu kambing golek...
ReplyDeletesedapnya kambing golek tu. sekarang ni kalau hujan lebat tu, kira rezeki sebab boleh hapuskan asap2 jerebu tu kan..
ReplyDeleteCantik ecard jemputan tu. Aah perasan juga reading list dah update cuma tak semua la. Ada yang masih tak begerak.
ReplyDeleteBijak strategi NA hehe ... Selalu qué utk kambing golek yg panjang.
ReplyDeleteBloglist sy belum betul² elok lagi, ada yg dah auto update ada yg belum.
Kalau dekat majlis yang bomba anjurkan, kambing bakar menjadi hidangan wajib kami...Kami tak serbu ke gerai lain, yang pertama sekali kami pergi adalah gerai kambing bakar.. hihihi.. sekarang nie memang musim hujan tapi orang kata hujan adalah hasil daripada pembenihan awan... sebab tue jerebu masih ada lagi..
ReplyDeletesedap tu kambing golek.
ReplyDeleteRugi la beratur kat tempat nasi sedangkan kambing golek tak ramai orang kan heheheh. Sekarang dah mula musim hujan berangin...
ReplyDeleteAlhamdulillah, majlis doa selamat rumah baru sekali dengan bacaan Yasin dan tahlil, terasa penuh keberkatan. 😊
ReplyDeleteMujur sempat ambik kambing golek sebelum hujan turun. Sambil menulis komen ni, sambil dengar bunyi hujan di luar. Alhamdulillah, Allahumma soyyiban nafi'an 🤲🏻
ReplyDeleteHujan rahmat tu NA.... semoga mirah rezeki tuan rumah menjamu tetamu dalam kebasahan...
ReplyDeleteKambing golek kena cepat beratur, kalau lambat..tak merasa 😄
ReplyDeleteMalam ni saya update blog, Alhamdulillah boleh pulak terus terpapar di Reading List.
Kambing golek tu mesti jadi tumpuan sebab ramai peminat kambing golek. Walaupun cuaca kurang baik, dapat juga memenuhi jemputan dan makan sedap-sedap.
ReplyDeleteYa, perasan juga bloglist dah okay tapi ada juga yang masih belum okay.
Waaah hujan pula yaa. Tapi hujan tuh rezeki, semoga membawa banyak keberkahan juga . Nampak sedaaap kak kambing guling nya 😍😍. Dah lamaa sangat tak makan ini, sejak tak ada lagi acara2 kenduri dan wedding di circle saya 🤣
ReplyDelete