Nuffnang

Saturday, November 6, 2010

Meluahkan isi hati




Assalamualaikum. Sekadar ingin untuk meluahkan keresahan hati. Hidup macam tiada pedoman. Rasa macam orang sesat yang masih mencari jalan yang belum jumpa lagi jalan yang diingini.Masih lagi sesat. Apapun, saya cuba sentiasa berfikiran optimis dan yakin Allah akan menolong saya. Cuma belum lagi Allah tunjuk dan saya perlu sabar dan sabar berdoa.
Saya di persimpangan mahu sambung belajar (ambil jurusan lain) tapi jurusan saya masih tidak pasti. Saya tidak mahu salah ambil jurusan dan mengakibatkan saya terkandas seperti yang saya alami dulu. Saya fikir untuk menyambung pengajian di IPTA kerana yuran yang lebih murah. Memandangkan saya tiada pendapatan tetap.
Pada satu keadaan pula, saya mahu bekerja. Saya tidak tahu pekerjaan apa yang sesuai kerana bagi salah saya ingin bekerja dalam keadaan saya seronok melakukan pekerjaan itu walaupun kerja itu menekan. Dalam kata lain, tekanan yang seronok saya lakukan.
Sekarang ini memang banyak masa lapang dan saya melepaskan kerisauan dan lari daripada memikirkan persoalan ini dengan memuat turun secara terus daripada tvblinkx atau memuat turun dengan perisian utorrent menonton Iron Chef. Baru je kenal siri tv realiti (tengok secara tidak sengaja di televisyen) dan saya rasa seronok. Terus saya cari siri pertama.Kalau di Amerika Syarikat dah masuk siri ke-7 dan sudah habis tayangan di sana. Di tv kabel Malaysia, Diva menyiarkan siri ke-3 dan AXN siri ke-4. Susah cari siri pertama untuk muat turun torrent. Malah masa mencari tu termuat turun Top Chef Just Desserts yang mana di sana sedang ditayangkan. Terjumpa juga fail Top Chef Master (mula-mula ingatkan siri Top Chef dan Top Chef Master tu sama).Apapun saya belum berkesempatan tengok mana-mana episod Top Chef Master sebab saya hendak tengok siri Top Chef (siri 1 hingga 7) dan Top Chef Just Desserts yang masih ditayangkan.
Ok,itu sahaja...

Monday, November 1, 2010

Hujan lebat



Saya suka hujan. Lebih-lebih lagi kalau rasa panas. Saya paling suka hujan lebat. Sekarang hujan lebat.. Terbantut seketika nak berjalan keluar beli burger oblong