Nuffnang

Wednesday, October 9, 2019

Tak Sabar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pening kepala nak pilih. Lepas tu pening tengok harga penghantaran hampir RM30. Kemudian tak boleh tidur. Bagi memenuhi hasrat untuk mencuba jenama lain dan saiz, belilah juga barang daripada Edens Garden.

Doakan semua berjalan lancar. Pertama kali untuk segala-galanya. Pertama kali guna Paypal adik bongsu. Pertama kali beli barang pos dari luar negara. Nanti saya cerita dengan khusus apabila dapat.






Saturday, October 5, 2019

Review: Sweet Chilli Fish Burger McD

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Jerebu dah takde. Cerah sahaja dan nampak langit biru serta awan. 
Isnin petang adik perempuan saya keluar pergi ke pejabat pos. Jadi saya kenalah tengok si kecik 3 bulan dak Aafiya. Macam lama pula keluar adik saya tu sampai Aafiya dah menangis teruk. Nak tak nak kenalah bagi susu tepung yang dia tak nak. Haha mati kutu sebab dia meliang-liuk badan. Dapat pakej kena cekau kat leher. Rasa bisa betul.
Akhirnya penantian berakhir. Adik saya rupanya singgah McD beli makanan. Saya dapat ini. Sweet Chilli Fish Burger (walaupun kena kongsi).
Macam mana rasa? Seperti nama sweet chilli memang manis dan pedas di hujungnya. Adik saya yang dah makan dulu cakap pedas jugalah. Saya rasa pedas sederhana. Jadi ikut lidah masing-masing. Bagi saya sedap dan sayur cukup tapi saya suka sayur banyak macam boleh pesan di Subway.
OK itu sahaja.