Nuffnang

Sunday, February 21, 2021

Sudah Cuba Mamee Monster Ghost Pepper Daging Cendawan Pedas?

 بسم الله الرحمن الريم
Assalamualaikum...

Selamat pagi. Apa khabar semua? 
Jumaat 4 minggu lepas, saya ternampak longgokan Mamee Monster Ghost Pepper di tengah pasaraya Mydin. Memang menarik mata dan hati untuk cuba sesuatu yang pedas. Sesuatu yang baru dengan bungkusan berwarna biru, hitam dan merah menguasai permukaan.

Mamee Monster Ghost Pepper Daging Cendawan Pedas



Cantik kan persembahan dalam mangkuk itu? Harga RM10 lebih untuk 5 peket. Agak mahal kan? Saya bayang ada bahan seperti hirisan daging dan cendawan. Ambil satu untuk tentukan tahap kepedasan mengikut lidah saya.

Petang tersebut terus cuba peket pertama.

Peket Pertama Sama Seperti Bungkusan Luar



Bahan-bahan yang disediakan di dalam selain mee segera.

Satu Bungkusan Ada 3  Peket Bumbu

Peket Berisi Krimer, Perhiasan Dan Perasa

Minyak Cili


Saya guna semua peket yang diberi. Penilaian saya: pedas gila. Lagi pedas daripada Samyang. Saya makan 2-3 suap dan berhenti seketika untuk minum susu. Akhir sekali letak susu sedikit pada mee segera baru saya boleh tahan untuk terus makan.

Kali ke -2 dan seterusnya saya tidak guna minyak cili baru saya boleh tahan makan. Kuahnya memang pedas teruk kalau hirup sahaja. Jadi buat sedikit kuah. Bahan hiasan sedikit sahaja dan halus bahannya. Cendawan kering dipotong dadu dan ada hirisan daun (daun sup?). Sedih tiada  hirisan daging seperti dibayangkan.

Pandangan Atas Mamee Ghost Pepper.

Kuah Sedikit


Sekarang sudah habis satu bungkusan. Adakah saya akan beli lagi? Tidak. Saya mahu cuba yang lain. Ada cadangan mee segera pedas yang lain?

Jumpa lagi.

Sunday, February 14, 2021

Hadiah Daripada SitiYangMenaip

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Terkejut ada terima bungkusan pada hari Ahad. Memang tidak bersedia dan tidak jangka sebab Siti pun tidak beritahu akan pos barang. Dia cuma cakap hendak berehat daripada blog jadi hal hadiah tidak difikirkan.

Bungkusan Daripada SitiYangMenaip


Buka ada bungkusan gelembung buih dengan nota. Satu bungkusan kecil berisi gelang kunci (keychain) Australia. Yeay boleh guna untuk letak kunci.

Nota Di Atas Bungkusan Gelembung



Buka lagi bungkusan gelembung ada coklat! 2 botol pengisi cecair sesuai untuk melancong, bekas pelitup muka bersama pelitup dan penyambung tali ( mask extender)

Ikut Jam: Gelang Kunci,  Coklat, 2 Botol Cecair  dan Bekas Isi  Pelitup Muka, Pelitup Muka dan Penyambung Tali (Mask Extender)



Hadiah sebagai rajin komen tahun 2020. Saya suka melawat blog Siti sebab dia rajin cerita pengalaman melancong dan mencuba makanan yang popular/sedap. Bolehlah lawat untuk baca bagi mereka yang mencari maklumat terkini.

Terima kasih Siti.