Nuffnang

Saturday, July 31, 2021

Sekali Lagi: Tangkap 3 Juta

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selesai menonton #Qurantime, tetiba tergerak hati untuk melihat blog mamapipie. Adakah sudah hampir? Buka sahaja memang terkejut sebab memang sudah hampir!

Akhirnya masanya tiba. Tepat pukul 1:06 tengahari muncullah jumlah paparan 3000000 di blog mamapipie.com. Alhamdulillah dapat tangkap dengap tepat kali ini.

Tangkap Layar 3000000



Terus hantar paparan skrin ditangkap ke emel Adda. Sekarang tunggu keputusan rasmi diumumkan.

Alhamdulillah bulan Julai, 3 kemenangan wang tunai berjaya diraih termasuk ini kalau dikira. Insya Allah.

Jumpa lagi.

Monday, July 26, 2021

Kotak Besar Sampai

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah kotak besar sampai daripada Pos Laju. Tidak payah hendak kesan. Penghantar ada maklumkan yang dia ada pesan di Shopee telah dipos 24 Julai dari Alor Setar. Berbeza kali ini bukan dari Seremban. Kali ke-3 saya dapat daripada tuanpunya blog sihatimerahjambu.

Besar kotaknya dan agaknya berat juga. Saiz kotak lebih kurang saiz suratkhabar. Lambat buka sebab sampai hampir pukul 12 tengahari. Masa sibuk untuk tonton #Qurantime di tv al-Hijrah dan kemudian solat dan makan tengahari.

Kotak Besar



Apalah hadiahnya? Jeng-jeng.......

Pembakar roti. Bolehlah guna apabila makan roti nanti. Terima kasih Fiza pemilik blog sihatimerahjambu---> www.azhafizah.com
Fiza menulis tentang gaya hidup, fotografi, makanan, filem, drama dan isu semasa.

Pembakar Roti



Ini hadiah kemenangan untuk 6 bulan berturut-turut iaitu Januari hingga Jun (betapa gigihnya)- tukang komen paling banyak. Hehe. Harap dapat teruskan momentum. Kalau tidak beri orang lain cuba.

Jumpa lagi.

Terkini: Sudah guna bakar roti kemudian letak sapuan Biscoff dan sapuan kacang tanah (halus) Yogood.