Nuffnang

Thursday, August 26, 2021

Hadiah Hijau

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selain warna biru, saya suka warna hijau. Spesifik warna hijau zaitun. Tidak tahu mengapa tapi suka warna ini tapi yang kelakarnya saya tiada baju kurung warna hijau zaitun.

Oklah berbalik pada tajuk. Lepas Zohor ada kurier barang datang. Masih dalam telekung, nasib baik abah yang ambilkan. Orang itu sebut nama saya. Boleh agak daripada siapa.

Bungkusan Kegembiraan

Buka sahaja. 3 jenis barang hijau dalam bungkusan. Wah tidak sangka pilihan Shikin untuk saya.

Masker Muka, Masker Mata Dan Satu Plastik Putih Yang Belum Tahu Isi Kandungan


Buka lagi bungkusan plastik putih rupanya kotak.  Saya dapat 2 kotak berlainan saiz. Datang tepat pada masanya. Saya ada barang-barang hendak simpan di satu tempat khas.

2 Kotak Warna Hijau Zaitun!



Alhamdulillah terima kasih Shikin. Ini hadiah ke-3 saya dapat.


Terima Hadiah Icely Aiskrim Potong

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Mungkin ada yang sudah tahu saya berjaya tangkap layar nombor 6,000,000 di blog www.sunahsukasakura.com. Hehe ingatkan saya terima hadiah melalui kurier barang selepas beri butiran pada Cik Sun. Rupanya saya terima kejutan melalui penghantar makanan pada hari itu juga.

Dalam pukul 2 petang lebih, saya menerima Icely Aiskrim Potong.

Gambar Hadapan Kotak


Pertama kali dapat pelbagai perisa aiskrim potong berbentuk empat segi tepat. Saya dapat 15 potong. Ada perisa diberi 2 jenis sama. Macam-macam warna. 

Bahagian Dalam Kotak Dan Ucapan


Emak saya cuba warna merah jambu pekat sebelah kiri atas sekali. Rupanya itu adalah perisa klasik iaitu perisa kacang merah. Saya pula cuba warna hijau pudina dengan bintik hitam. Itu perisa pudina dengan coklat halus (chocolate rice).  Hari ini cuba aiskrim warna kelabu kehitaman. Rasanya seperti kelapa. Ada sedikit masin dan isi kelapa. Menarik perisa diberikan. Baru cuba 3 jenis.

Pandangan Atas


Inilah tangkap layar yang berjaya ditangkap. 

Tangkap Layar 6,000,000


Terima kasih Sunah!