Nuffnang

Saturday, April 2, 2022

Selamat Berpuasa Dan Beri Buku Secara Percuma

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedar tidak sedar sudah masuk Ramadhan 1443 H.

Hari ini juga secara rasminya saya lepaskan buku penulis hlovate pada mereka yang inginkan hari. Alhamdulillah dapat juga beri. Rancang dari tahun lepas. Memang sesiapa berminat dengan buku-buku yang saya beri kena datang sini. Saya beri secara PERCUMA. Terpulang yang ambil daripada saya untuk baca atau jual selepas itu.

Buku: Mencari Suami, Kopi Susu Sepatu Biru, 5 Tahun 5 Bulan Dan Rooftop Rant



Kalau hendak tahu lama saya iklankan pasal beri buku-buku. Tahun ini buku-buku dinyatakan ada tuan baru.

Mungkin saya hendak tambah buku-buku untuk diberi percuma terutama buku Bahasa Inggeris. Ada yang minat hendak dapatkan buku daripada penulis Sophie Kinsella atau Enid Blyton? Atau buku-buku alihbahasa kanak-kanak penulis Enid Blyton? Memang buku lama. Haha.

Berminat untuk dapat buku-buku yang dinyatakan atau yang tinggal seperti pautan di bawah, boleh emel saya. Terima kasih.


Thursday, March 31, 2022

Cara Mendapat Syafaat Di Akhirat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Cara mendapat syafaat/pertolongan di akhirat. Mereka adalah penjamin mempertahankan kita layak masuk syurga.

1. Menjaga ketauhidan.

2. Memperbanyakkan membaca al-Quran -> al-Quran akan memberi syafaat/pembelaan di hadapan Allah.

3. Memperbanyakkan puasa dan jaga rukun puasa-> amalan puasa akan membela kita di akhirat.

4. Baca doa selepas dengar azan-> doa memohon wasilah untuk Nabi Muhammad SAW. Rasulullah akan beri syafaat pada hari perhitungan.

5. Ramai orang yang mendirikan solat jenazah untuk orang meninggal-> 100 orang bersolat untuknya, orang yang disolatkan akan terima syafaat.

6. Banyak solat sunat.

7. Bersabar di atas kematian anak.

Wallahua'lam.

Ditulis semula untuk panduan saya dari rancangan #Qurantime pukul 12-1 tengahari setiap hari di tv al-Hijrah. Boleh tengok video youtube hari ini. 

Huraian Surah Al-Zumar muka surat 463.