Nuffnang

Friday, April 15, 2022

Jumaat Kedua

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu lagi dengan Jumaat kedua Ramadhan. Hari ke-13. Kita di 10 hari pertengahan pula. Kelajuan ibadah dinaikkan sedikit.

Bagaimana puasa kalian? Harap berterusan seperti marathon dan pecut di saat akhir. Insya Allah.

Banyakkan doa hari ini ya.

Jumpa lagi.

Saturday, April 9, 2022

Rezeki SushiGeng By Abby Abadi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Malam tadi emak dan abah balik selepas moreh bagitahu ada dapat makanan percuma.

Saya kekenyangan tidak berminat untuk makan. 

"Na, sushilah."

"Ala kenyang sangat."

"Makanlah untuk sahur."

"Tengok bagaimana. " 

Saya kalau sahur minum air, makan kurma atau roti. Makanan yang ringkas. Tidak lalu makan nasi.

Saya naik ke bilik. Baru terhegeh-hegeh solat Isyak dan terawih sendirian. Lepas selesai baru tengok tv balik. Dalam fikiran memang terfikir-fikir sushi sampai masuk tidur.

Bangun sahur terus keluarkan sushi dari peti sejuk. Pertama kali nampak bekas ada pelekat 'SushiGeng by Abby Abadi'. Baru tahu Abby ada keluarkan sushi. Ingatkan sushi biasa, main ambil satu yang ada warna merah darah. Rasa sushi ada rasa pedas, macam sos pedas Korea. Pertama kali rasa sushi kacukan/gabungan (fusion)

Bekas Lutsinar Dengan Pelekat SushiGeng By Abby Abadi


Sudahnya makan seketul sebab takut sakit perut. Terus makan sesudu besar minyak kelapa dara dan madu. Minum air putih. Simpan balik bali sushi. Maaf ambil gambar sushi tinggal 3 ketul. Rasanya 2 ketul abah makan.

3 Ketul Sushi

Tengok fb Abby Abadi. Ada macam-macam jenis sushi. Harga seketul RM1. Murahkan?

Sedap rasa rasanya. Rasa pedas ikut citarasa rakyat Malaysia. Sushi biasa/Jepun pun saya suka. Saya ingatkan sushi biasa-biasa asalnya.

Di mana saya boleh beli? Harap ada rezeki rasa atau beli.

Ini orang sedekah makan untuk moreh. Alhamdulillah dapat merasa makanan yang sedap.

P.S: Ramai buat perniagaan sushi buatan sendiri dengan perisa berbeza atau sama seperti sushi Jepun. Korang suka sushi? Suka sushi kacukan/gabungan (fusion)