Nuffnang

Friday, November 18, 2022

Review: McD Spicy McCrispy Chicken Burger

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Isnin lepas adik perempuan bertanya saya hendak apa dari McD. Saya kata burger yang pedas. Adik saya tunjuk beberapa jenis burger dan kombo. Saya pilih burger selapis Spicy McCrispy Chicken Burger dengan kombo sundae coklat. Sundae ini anak buah sebat makan.

Apabila terima bungkusan, tertera nama dan saiznya sedikit panjang.

McDonald's Spicy McCrispy Chicken Burger



Apabila buka rupa paras seperti GCB kerana ada kobis. Berbeza sedikit sos mayonis berwarna oren yang banyak. Mula-mula ingat hendak letak sos cili tapi fikir baik rasa asalnya bagaimana.

Pandangan Tepi McDonald's Spicy McCrispy Chicken Burger



Rasanya pedas sedikit. Tiadalah sampai memerlukan air. Juga tidak perlukan sos cilipun. Seperti namanya, kepingan ayamnya memang rangup walaupun dilapisi mayonis. 

Rasanya memang sedap. Tiada rasa untuk ubah apa-apa. Saya selalu kalau rasa ada kurang, saya akan ubah ikut tunas rasa saya. Boleh ulang makanan ini. Untuk saya beli: TIDAK? Hehe sebab ada burger lain yang lagi sedap.

Jadi penilaian saya.

RASA: 4/5
HARGA: 3/5
KEBERBALOIAN: 3/5

Harga kombo dengan sundae coklat ialah RM9.99. Terima kasih adik perempuan saya kerana belanja.

P.S: Blog walking blog perlahan seperti siput. Perlahan tapi sampai insya Allah.

Monday, November 14, 2022

Menjadi Sibuk

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Setelah lebih 2 tahun, adik perempuan nombor 2 pulang awal hampir ke Subuh dengan 6 orang anak yang masih kecil. 12 tahun dan ke bawah. Dicampur adik lelaki yang bongsu yang bawa anak-anaknya untuk bertemu mereka.

Sebahagian Budak-Budak Ribena. Lincah Dan 'Pengemas' Rumah



Back adik nombor 2 kata rumah sudah seperti nurseri.

Kecoh dan riuh. Rumahpun sudah huru-hara bersepah. Saya sudah merasakan kepenatan dan membayangkan lagi penat dan pening apabila adik nombor 2 tinggal lama di rumah ini.

Saya kena sabar banyak-banyak dan biarkan sahaja ada sepah. Tidak dapat kemas 100%. Nampaknya masa 'me time' saya sudah berakhir.