Saturday, October 30, 2010

DOA




Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum
Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari (tarikh pun tarikh yang baik bagi saya). Seronok bila tiba hari Jumaat. Sebab kalau dulu masa saya sekolah, hari ni kira hari terakhir untuk minggu tersebut,esoknya cuti.Yeay. Lagi pula sesi pembelajaran pendek je. Masa saya sekolah tu sampai 11:45 pagi je (sebab saya mula kelas kul 7 pagi). Apa lagi kelebihan Jumaat? Yer masa ni kita boleh memperbanyakkan doa kerana ada satu masa kalau kita berdoa akan diperkenankan doa itu oleh Allah. Jadi apa lagi,kita sebagai manusia yang lemah,punya banyak masalah dan kehendak yang tidak terbatas, ambillah kesempatan ini untuk berdoa sebanyak-banyaknya pada hari ini. Atau pada Jumaat akan datang. InsyaAllah.
Saya memang suka bab doa ni. Saya memang minat dan suka mendengar mengenai doa. Doa merupakan senjata para Mukmin.Anda boleh doa bila-bila,sama ada anda berada dalam keadaan senang atau susah. Sebenarnya Allah lagi suka dengar doa hamba yang ketika itu senang atau lapang kerana biasalah ketika itu kebanyakan manusia lupa padaNya kerana kesenangan. Tapi tak bermakna Allah tak suka dengar doa hamba yang ketika itu tengah sedih/susah/sengsara.
Kita juga  boleh doakan untuk diri kita,ibu bapa,kawan-kawan,saudara-mara,para Muslimin dan Muslimat serta tak lupa boleh je untuk musuh kita dan bukan Islam. Eh bukan minta yang tidak elok kepada musuh kita (walaupun kita rasa nak maki,nak bunuh ke) dan bukan Islam. Kita doakan mereka mendapat petunjuk dan berubah kepada menjadi lebih baik. Camni masa kat uni, saya ada kenalan bukan Islam ni. Saya rasa dia ni penganut Kristian yang tegar. Saya mula-mula tak berapa suka sangat rapat dengan dia ni malah saya pernah satu kumpulan buat projek masa kursus saya dulu. Lepas tu kami dipertemukan dalam kelas lain pula pada tahun kedua.Dipendekkan cerita, pada ketika pensyarah menyerahkan kertas ujian kami, selepas itu ramai berebut-rebut ke depan kerana nak tambah markah. Dia ni datang pula nak kurangkan markah dia.Alasan dia,dia taknak dipertanggungjawabkan di akhirat. Terkejut saya kerana dia begitu jujur dan teliti. Kalau ikutkan jawapan dia bagi tu, takde banyak salah sangat,sedikit sahaja dan sebab itu mungkin pensyarah saya tak perasan dan memberi markah penuh.Kejujuran dia buat saya kagum dan sejak itu saya berdoa dia akan masuk Islam. Bagi saya satu kerugian. Memang setiap kali saya ingat dia, saya akan doakan dia memeluk Islam. Saya tak tahu khabar dia sekarang, harap-harap doa saya dimakbulkan. Apapun saya takkan lupakan untuk terus mendoakan dia.
Untuk mereka yang tiada ibubapa,rajin-rajinkan doa untuk mereka. Ketika majlis ilmu disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW, seorang lelaki dari Bani Salmah bertanya, "apabila ibubapa saya meninggal dunia, bolehkah saya berbuat baik kepada mereka?" Jawab baginda, "kamu masih dapat berbuat baik kepada mereka. Caranya begini kamu harus mendoakan mereka, meminta ampun kepada Allah dan melaksanakan wasiat yang mereka tinggalkan selepas meninggal dunia. Kamu juga perlu menjaga tali persaudaraan dengan kawan-kawan mereka serta memuliakan kawan-kawan mereka. "
Jangan putus asa berdoa. Itu kuncinya. Selalu meminta dengan rendah diri dan amat mengharapkan pertolongan daripada Allah. Allah Maha Mendengar dan suka mendengar mendengar rintihan hambaNya. Allah nak kita sentiasa berdoa padaNya. Sedangkan orang kafir minta, Allah benci mendengar rintihan mereka dan terus bagi apa yang mereka nak. Kisah Abdullah bin Zubair. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya pernah berpesan kepadanya, "Abdullah, apabila kamu menghadapi masalah, hendaklah kamu mengadu kepada Allah. Hanya Allah sahaja tempat yang layak mengadu."
Pilih masa, tempat, keadaan untuk berdoa adalah satu cara memastikan doa kita dimakbulkan. Ini rasanya banyak dikupas dalam buku dan dibicarakan di media massa. Jadi gunakan dengan bijak. Sangat beruntung kita ini sebagai Mukmin diberikan senjata untuk menghadapi hidup. Jadi jangan kedekut untuk BERDOA!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.