Monday, November 8, 2010

Makan lewat malam




Saya selalu makan lewat malam. Lepas pukul 11 malam je,saya nak makan tapi saya taknak makan nasi. Jadi selalu saya buat spaghetti atau makaroni yang ada kuah (kuah ni selalu saya buat rekaan sendiri tanpa ikut mana- mana resipi cuma tengok bahan yang boleh saya pakai di peti sejuk dan almari). Takpun senang saya buat makaroni dan keju atau kentang putar. Makan kentang putar yang lemak berkrim sangat membahagiakan. Kenyang makan. Selalu saya buat 2 biji kentang (kecil atau sederhana besar). Disertakan dengan minuman buah-buahan.Selalu pisang yang dah masak tu jadi mangsa jadi jus, takpun minum air lobak susu.

Buat jus buah-buahan senang,saya masukkan 3-4 biji pisang,kiub air,ais,air (jangan banyak sangat,asal boleh kisar),susu pekat sedikit dan gula.Masuk je dalam pengisar.
Kalau nak buat kentang putar pun senang je.Saya seorang,saya gunakan 2 biji kentang sederhana besar, potong kecil-kecil,masuk dalam periuk beserta air, rebus sehingga empuk.Kita tahu kentang tu empuk,bila kita cucuk kat salah satu kentang tu, memang rasa lembut.Toskan air hingga kering. Kemudian masukkan kentang tadi ke dalam pengisar, susu atau krimer,sedikit mentega (pilihan), sedikit pati stok ayam, garam dan lada sulah secukup rasa. Susu atau krimer tu kita letak selemak mana kita nak tapi pastikan jangan melebihi paras kentang.Nanti terlampau cair sangat kentang putar yang kita nak. Asal boleh kisar. Takpun buat secara manual dengan semua bahan-bahan yang disebut guna alat dinamakan "potato masher". Ala selalu alat ni kita boleh lihat kat gerai burger, orang jual burger pakai alat ini.. Bahan tambahan boleh kita letak untuk menyedapkan lagi kentang putar. Kadang-kadang saya letak bawang merah yang dihiris yang dikaramelkan (goreng sehingga layu dengan sedikit minyak) atau letak hirisan daun bawang. Boleh letak juga lobak merah yang dicincang. Paling bagus resipi ini, budak-budak pun suka makan dan kita boleh ajar mereka makan sayur dengan dikisarkan sekali dengan kentang. Hehe, saya belum berjaya buat kuah kentang putar macam KFC. Dah rujuk resipi tapi belum berjaya buat sebab bahan-bahan belum saya biasa pakai atau ada kat rumah.

Saya tak ambil gambar kentang putar yang saya buat (ambil pun saya malas nak muat naik dalam komputer). Ala mesti ramai tahu macam mana kentang putar tu kan? Takpe, layan gambar saya ambil daripada google dan kalau tak tahu "potato masher", boleh tengok di bawah








Apa makanan lewat malam yang selalu kamu buat?

1 comment:

  1. saya ada jug makan lewat malam...bahkan pukul 12am pun ada makan..s.elagi tak makan maka tak dapat tidur

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.