Assalamualaikum...
Hai para pembaca sekalian. Apa khabar? Harap sihat hendaknya. Saya sibuk sedikit dan campur malas. Tolong mak saya jadi setiausaha tidak bergaji. Walaupun tidak bergaji, saya gembira dapat tolong mak saya kerana ini salah satu cara saya membalas jasa emak saya. Kadang-kadang saya diberi duit yang tidak dijangka (lebih upah tidak setimpal dengan kerja saya)
Ok saya ingat bagaimana mak saya pernah tawarkan duit yang lumayan kerana nak mendorong saya memasak. Seingat saya ketika itu saya di tingkatan 1 atau 2. Memang teruk sebab saya tidak reti kupas bawang. Masa kelas ERT, saya cuma tolong masuk-masukkan bahan (kawan saya yang jadi partner yang buat segala tugas kupas,siang ikan) itupun saya campak ikan untuk goreng dalam kuali. Cikgu ERT yang tengok pun geleng je kepala. Kena marah dia cakap ini mesti tak pernah masak dan masuk dapur. Memangpun. Jadi mak saya macam risau saya masih tak reti langsung yang asas pun (kupas-kupas pun tak lepas) sanggup bagi duit yang lumayan untuk hanya masak je. Itupun mak saya cakap suka hati saya nak masak apa yang suka, mak saya akan beli bahan je, cakap je (masa tu minta apa-apa mengarut pun boleh,haha). Saya masa itu sedar, saya tak sampai hati ambil upah yang bagi saya tak layak. Macam saya cef ke layak dapat duit banyak tu.
Jadi saya tolak duit mak bagi dan saya berazam untuk mesra dapur. Lauk pertama saya masak ialah sambal udang (itu je,takde lauk sayur ke). Jadi minta mak beli bahan terutama udang. Resipi saya tak ingat dapat mana tapi beria hafal cara masak siap bawa kertas ke dapur. Haha. Percubaan pertama memang jari luka sebab berusaha kupas bawang. Entah cara pegang pisau pun tak betul. Boleh pisau tu terjatuh terpacak kena kat kaki (nasib baik dah hilang parut). Gigih juga teruskan kerana mengingatkan mak saya sampai nak mengalir air mata suruh saya masak. Oh, saya masak ni,takde siapa dibenarkan masuk (saya tak bagi), jadi tiada siapa tolong. Memang saya 100% bersendirian, saya nak tahu buat dari A sampai Z, itu cara saya. Sampaikan dapur tu nak terbakar (kelakar ingatkan nasib baik belum terlambat belajar masak,kut dah kawin camni,haru je), Yelah nyala api untuk dapur pakai kertas suratkhabar ketika nyalakan gas dapur. Haha terkial-kial sungguh.
Lepas tu saya tidak menoleh lagi. Syukur sangat kerana dorongan mak (daripada segi wang ringgit) buatkan saya suka masak. Terima kasih mak. Mak saya tahu cara nak mendorong anak dia ini dengan cara bagi ganjaran bukan bebelan. Apapun saya masih belum 100% versatil. Saya masih tak reti memarut kelapa elektrik (yang biasa pakai tangan boleh la). Ikan jaket/cencaru,kulitnya saya tak dapat tarik buang bersih (keras dan susah tarik,tenaga tak kuat). Ini bagi kat adik perempuan saya, dia memang boleh buat. Saya boleh buat tapi lepas tu tangan luka jawabnya. Hehe. Manakala adik-adik lelaki saya pun mahir masak.
Alhamdulillah kerana kena campak belajar luar negara. Agaknya kerana terpaksa (adik saya cakap kalau dia teringin nak makan, dia kena buat). Ada adik saya buat nasi kerabu, nasi dagang, sushi, kaya kat sana. Cakap dalam hati "amboi canggih betul masak, akak dia ni pun tak pernah buat." Bila luahkan. adik saya cakap "teringin la, mana ada orang buat kat sini, kalau tak dah beli aje." Hehe, tu kadang-kadang saja membuat adik-adik, saya terliur letak gambar makanan (terutama lauk-lauk masakan kampung) kat status ym atau FS. Haha jahat akak dia ni. Tapi kagum agaknya kerana merantau, adik-adik saya menjadi orang yang pandai masak. Itulah bila fikir banyak faktor boleh sebabkan kita pandai masak sesuatu juadah.
Saya MINAT tengok rancangan masakan contoh CHEF AT HOME. Falsafah Michael Smith (tukang masak), "cooking without recipe ". Memang cara dia memang selari dengan cara saya juga. Saya tengok resipi lepas tu bila masak ubah ikut citarasa saya. Sama macam Michael Smith suka ubahsuai. Dia cakap (dia cakap dalam Bahasa Inggeris kan), penting kita tahu rasa setiap bahan. Nak padankan setiap bahan dengan rasa. Senang cakap asal sedap. Buat "compliment" (rasa berlawan), kalau satu bahan tu dah ada unsur masam janganlah padankan lagi dengan bahan lain yang masam juga. Cewah. Takpelah korang tengok jerla rancangan tu, korang faham la kan maksud saya. Banyak prinsip masakan dia beritahu yang saya praktikkan. Saya suka cara dia yang mudah dan santai.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.