Assalamualaikum.....
Apa khabar anda semua? Mesti anda kepenatan semalam kerana ada yang terpaksa uruskan persekolahan anak-anak, ada yang masuk semula sem untuk para pelajar universiti.Semalam saya ingat mahu menulis tentang "PENAT YANG MENYERONOKKAN" tapi sibuk menolong emak saya dengan pembukaan sesi persekolahan lebih-lebih lagi bagi sekolah berasrama lagi banyak kena buat.
Tahun ini emak saya bercadang untuk menyediakan khidmat sulaman nama pada setiap item bagi pelajar-pelajar asrama kerana banyak sangat laporan kehilangan pakaian sekolah,cadar,sarung bantal,selimut dan lain-lain. Maklumlah semua seragam jadi mungkin ada orang terambil, tertukar, terhilang segala. Masa mula dengar tu saya pelik juga mengapa boleh banyak sangat hilang kerana pengalaman saya dulu di asrama belum pernah alami kehilangan item-item tersebut. Ketika itu, item-item saya tidak disulam cuma tulis dengar pen tahan lama.
Tidak sangka sambutan yang kami dapat sangat menggalakkan. Satu pelajar hantar kadang-kadang sampai 19 item. Memang tak cukup tangan dan saya tak makan pun dari pagi sampai malam! Penat layan karenah ibu bapa dan pelajar-pelajar. Tugas saya mengambil pesanan dan pastikan jumlah item yang dihantar supaya bila dipulangkan semula tidak hilang. Haha macam ironi. Jangan hilang semasa menyulam nama sudah. Memang saya pastikan dan label masuk plastik asing-asing mengikut giliran nombor. Sampai ke malam hingga 11:30 masih belum siap jadi akan disambung pada hari ini dan hari-hari seterusnya. Apapun saya gembira kerana dapat sambutan menggalakkan hingga emak saya memutuskan akan teruskan untuk buat pada setiap petang waktu sekolah dan hari penuh cuti hujung minggu pada awal-awal pembukaan sekolah.
Permulaan dalam melakukan perkara yang baru kadang-kadang kita tidak tahu apa akan berlaku. Oleh itu kita perlukan plan alternatif sekiranya sesuatu perkara yang kita nak buat gagal. Kadang-kadang kita tidak sangka sesuatu perkara berlaku contohnya dalam hal saya semalam ialah tidak cukup masa menyiapkan tempahan pada masa yang ditetapkan kerana sambutan hangat. Pada permulaan juga kita akan menghadapi masalah contohnya permulaan menyulam tu ambil masa lama (mak saya yang sulam) kerana menyesuaikan diri untuk mencari berapa besar tulisan supaya tidak terlalu besar atau terlalu kecil, posisi sulaman untuk setiap item, masa sulaman untuk setiap item. Saya perasan kan budak-budak sekarang nama sangat panjang jadi ambil masa juga nak sulam jadi nama diringkaskan. Lepas dah tahu dan biasa barulah kerja menjadi cepat dan mudah.
Saya ada macam-macam nak buat tapi masalah saya ialah susah nak mulakan sesuatu yang baru. Memang saya pernah baca satu cerpen tentang seorang lelaki ini nak mulakan menanam (lupa tanaman apa sebab dah lama saya baca cerpen itu) merasa sangat susah nak mulakan projek. Lepas dia dapat dorongan, leteran, semangat baru dia buat. Mula-mula sama macam saya katakan, dia menghadapi keadaan-keadaan tidak dijangka. Lepas hadapi cabaran barulah lancar dan berjaya.
Agaknya saya ini kena "tolak" agaknya :) Nanti saya ceritakan "PENAT YANG MENYERONOKKAN"

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.