Tuesday, February 22, 2011

Impian, Keinginan


Assalamualaikum...

Bertemu kembali dan saya ingin menulis mengenai impian. Setiap orang mempunyai impian atau keinginan seperti rumah, percutian, kenderaan, peralatan elektronik, kawan yang baik dan lain-lain. Selama mana impian atau keinginan anda tu tercapai? Maksud saya bila anda dapat apa yang inginkan? Adakah anda inginkan kamera Nikon S200 maka sekelip mata anda dapat? Atau mengambil beberapa tahun baru impian anda tercapai?

Saya ingin berkongsi maklumat mengenai MEMBENARKAN sesuatu impian atau keinginan. Mengikut Michael Lousier, selepas kita fokuskan/ tumpukan pada keinginan kita. Apa perasaan kita terhadap keinginan yang kita nak tu?  Perasaan teruja terhadap impian atau keinginan itu yang akan mempercepatkan kita dapat (dengan izin Allah). Tapi apa yang membuatkan lambat atau belum terjadi lagi? Perasaan ragu-ragu secara tidak sedar atau sedar yang MELAMBATKAN proses mencapai keinginan itu.
Jadi saya pun buat bandingan pada mula saya berKEINGINAN dengan bila saya dapat (anda pun boleh buat) impian saya.

Melakukan umrah-6 tahun setelah berkeinginan ke sana
Melancong ke Australia- 13 tahun setelah kerkeinginan ke sana
Melancong ke Istanbul- serta-merta selepas berkeinginan untuk ke sana
Perakam suara Sony- serta-merta

Ada cepat, ada lambat. Apabila diselidik memang betul bagi sebahagian impian yang saya nak itu, saya memang ada keraguan. Kalau anda perhatikan, keinginan saya untuk ke Australia mengambil masa yang lama. Memang saya akui, ada keraguan kerana saya ada prasangka terhadap orang Australia (saya skeptik ingat mereka bersikap perkauman, maafkan saya wahai warga Australia). Sekarang tidak bersangka begitu. 

Pelik kan saya nak pergi Australia tapi saya ada pandangan buruk pasal Australia. Impian untuk ke Australia tu muncul kerana saya masuk induksi untuk ACHEM (Australian Consortium of Higher Education in Malaysia). Patutnya lepas asas tu saya sambung belajar di sana. Ada masalah gawat tak dapat terbang, dihantar ke universiti tempatan lain. Jadi masih ada keinginan ke sana tapi mempunyai sedikit keraguan. Mungkin anda cakap masa induksi, saya dapat pandangan buruk tentang Australia. Tidak juga, pensyarah-pensyarah saya sangat baik cuma loghat mereka memang masa mula dengar tu tak faham langsung. Saya sangat seronok buat induksi, gred dapat pun sangat bagus, pensyarah yang sanggup membantu walau kita tak faham (saya pernah terus-terang suruh pensyarah saya cakap Bahasa Inggeris baku). Hehe..Tapi sebenarnya saya dapat keraguan tu bila saya baca suratkhabar pasal orang-orang sana yang berperkauman. Jadi perasaan TIDAK SELAMAT ada saya rasa ketika itu.

Oklah saya cuma nak kongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai impian. Bagi mereka yang dapat segera macam kilat untuk semua KEINGINAN tu maknanya anda tiada keraguan barang SETITIK pun untuk dapat apa yang anda hendak. Tahniah saya ucapkan. Sementara yang lain yang masih TIDAK KONSISTEN (ada dapat cepat ada dapat lambat macam saya) marilah sama-sama membuang keraguan pada KEINGINAN atau IMPIAN. Bagaimana? Nanti kita bincang di lain tulisan atau masa.



3 comments:

  1. saya ada keinginan untuk mewakili malaysia dalam acara olimpik catur satu hari nanti. saya telah bermain dan berlatihi catur sejak dari usia 16 tahun, cukup lama memandangkan saya tiada sumber, guru mahupun pertandingan untuk disertai. jadi perkembangan saya agak perlahan. untuk mengisi kelemahan saya, saya bermain internet secara online, mengkaji teori dan falsafah catur dari buku malahan mengkaji pelbagai teori pertarungan dari bermain pedang hinggalah ke titik bintang dan langit dalam astronomi. begitu gigihnya saya untuk berlatih. cuma halangan yang saya dapat adalah kelayakan ke sukan sea palembang iaitu memerlukan tempat 8 teratas dan mesti menyertai sekurang kurangnya satu sirkit kebangsaan catur malaysia sebelum ini. saya tak pernah risau akan kemampuan saya untuk mencapainya kerana saya amat yakin untuk mencapainya satu hari nanti. mungkin juga tahun depan. siapa yang tahu. biarpun berapa lama untuk mencapai asalkan ada minat dan usaha mendalam satu hari nanti tercapai juga kalau tidak kita akan berbangga kerana pernah berusaha dalam hidup. kadang kadang kita tak berupaya melalui jalan raya yang lurus namun apa salahnya mendaki gunung dan meredah belukar dan mengalahkan gajah dan harimau asalkan sampai di tempat yang sama. itu lah keazaman saya dalam mencapai sesuatu. biarpun peluang dan sumber tidak seperti orang lain saya sanggup mencipta peluang dan sumber itu sendiri. itulah iltikad saya dalam mencapai sesuatu(catur). saya setuju untuk kita berusaha setiap hari untuk mencapai sesuatu tsk kira berapa lama. emmm teks penulis sebelum ini merangsang saya. senibina gereja tu agak menarik saya yang tengok buku ni cuma tahu gereja itali saja ha ha

    ReplyDelete
  2. jgnlah kita berburuk sangka terhadap sesuatu yg belom kita mengenalinya secara mendalam...berbaik sangkalah dlm apa jua yg kita fikirkan....elakan keraguan yg boleh membuatkan hati kita bercelaru n resah gelisah.......

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.