Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu...
Pagi minggu saya bermula lewat sedikit dan saya tidak dapat pergi senam robik. Berangan tidak sudah dari malam tadi inginkan t-shirt adidas yang sangat menarik maka tidur tidak lena (oh salahkan adidas). Berangan mahu pakai ketika membuat senaman atau berjalan kaki. T-shirt yang menepati idamanku yang menyejukkan diri (moga-moga diri rajin membuat aktiviti riadah).Oh, bila dapat kubeli? Kata hati.
Oh tidak mengapa, nanti cari di mana-mana walau rasanya tipis jumpa di sini. Hoho. Sudah berangan mahu membuat koleksi t-shirt adidas dengan pelbagai warna. Tiga jaluran dan logonya membuat saya teruja. T-shirt yang saya ada sudah koyak sedikit di hadapan tanda sudah lama pakai. Hati bermonolog jiwa memberontak memaksa diri pergi cari sekarang juga. Pada sisi diriku yang lain menyabarkan diri, sabar, nanti bila jumpa beli banyak-banyak dengan warna-warna berbeza. Saya berharap pujukan diri akan menenangkan jiwa yang tidak sabar-sabar. Oh!Sudah pasti, nanti beli juga tau seluar trek dengan warna-warna sepadan dah alang-alang menyeluk pekasam. Eh-eh mengada pula nak lebih-lebih si jiwa ni kata akal. Perasaan berperang. Walaupun diri ini meminati jenama Cheetah untuk seluar trek dengan pelbagai warna juga saya beli. Haha saya gila seluar trek dan t-shirt pula mestilah berlengan panjang. Tidak kuasa nak pakai stokin tangan untuk beriadah
Saya dalam angau kepada adidas clima365 long sleeve tee (klik kalau nak tengok t-shirt idaman hati), bilakah dapat aku memilikimu? Sangat menggoda. Apsal la memikat hati ni? Pergi, jangan kacau ingatanku. Kacau-bilau dibuatnya.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.