Saturday, February 12, 2011

Tasik Wanaka, Puzzling World dan Mount Aspiring.




(Amaran; Tulisan yang penuh dengan gambar-gambar yang mengujakan)
Assalamualaikum...

Sebahagian renteten perjalanan ke Wanaka. Wanaka ni bandar juga, tidaklah besar. Mempunyai tasik. Tasik ke-4 terbesar di NZ, terletak di Otago New Zealand. Menginap di Manuka Crescent Motel, bilik no 8. Tempat penginapan macam semi-D setingkat. Ada disediakan dapur untuk memasak dan kelengkapan perkakas dapur. Kami hanya membeli barang runict untuk masak makanan.

 saya berposing depan tasik



 Di bilik tidur. Sini walaupun musim panas tapi sejuk juga. Jadi pakai heater walaupun siang.


 katil saya tidur dengan bed-warmer. Tak cukup dengan heater semata-mata. Haha lemak sikit katakan, tak tahan sejuk



No 8





Kunci penginapan pun nak tunjuk.









Penunjuk jalan ke motel

Puzzling World

Pergi ke Puzzling World. Nak cerita ke apa yang menarik kat sini? (fikir sebentar). Cari google ok? :) Ada banyak gambar kat Puzzling World ni tapi malas nak edit banyak-banyak. Secara ringkasnya bermula di luar terdapat Tower senget (macam Menara Pisa). Kita boleh bergaya seolah-oleh kita menolak menara tu. Ini percuma je. Kalau masuk dalam, kita kena caj 2 bahagian. Kita boleh pilih 1 daripada 2 atau dua-dua nak masuk: The Labyrinth atau Illusion.Room. Illusion ni pula ada: Dewan Hologram, Muka-muka pelbagai sudut yang ikut kita, Bilik Ames (Ilusi kita tinggi atau rendah) dan Rumah Terjongket. Pening sikit bila masuk Rumah Terjongket ni. Labyrinth pula macam perangkap pusing-pusing untuk cari jalan keluar.Kita dibagi 'CHEAT' kalau kita tak jumpa jalan keluar, dia tunjukkan pintu EXIT terus. Bila keluar EXIT, ada tandas ala zaman Rom. Tandas awam terbuka. Haha. Tengok gambar ya. Ini percuma je, tak payah bayar. Eh tapi tandas ni tak boleh pakai betul-betul. Jangan buang air betul-betul lak. Posing boleh :) Di ruang depan masuk dekat-dekat kaunter pembayaran tu ada kafe, dan pusat mainan yang menguji minda. Ada juga tempat jual cenderamata dan permainan PUZZLE dan segala jenis teka-teki/ilusi. Ok layan gambar.

 Saya tinggi


 Kami kuat


 Ngelat tengok jalan yang boleh dilalui daripada menara


 Pandang-pandang je Si Einstein ni



 Pening kepala, senget.


Mari melabur
Teka-teki





Ok sambung semula. Esoknya, kami bercadang untuk meredah gunung (wah macam panjat gunung). Bukan mendaki, kami cuma berjalan (kami takde buat yang ekstrim ok). Dari motel ke Mount Aspiring ni ambil masa lebih kurang 30 minit. Lepas tu, kereta takleh masuk sebab jalan denai. Kami akan berjalan kaki. Sebelum itu harus tengok peta dan maklumat Mount Aspiring ni. Sebelum berjalan, elok buang air dulu di tandas yang disediakan sebab kalau dah berjalan jauh memang takde tandas.




Peta: Kawasan Perlindungan Dunia




Ini pula maklumat tentang Mount Aspiring ni. Kami nak pergi Aspiring Hut


Selepas itu mulalah operasi berjalan kaki.

 Sepanjang jalan tu kami jumpa kambing biri-biri dan lembu dilepas bebas makan rumput tanpa kandang. Pengembala lembu atau kambing biri-biri pun tak nampak. Terfikir gak kalau ada orang boleh curi. Lalu jambatan gantung yang bergoyang kuat ditiup angin. Terbayang macam nak terbang je.


Ala lari pula, tadi macam nak sangat duduk dekat-dekat

Indahnya pemandangan...

Pemandangan dari atas jambatan



Kami tak sampai ke Aspiring Hut pun. Masing-masing kepenatan. Makin lama mendaki, makin curam dan bahaya. Jadi cukuplah dapat tengok sebahagian pemandangan.
Banyak lagi tempat kami pergi di kawasan lain pula. Nanti kalau saya rajin saya sambung tulisan. Adeh semput mengedit, menanda gambar dan menulis. Jumpa lagi.
Wassalam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.