Assalamualaikum...
Ingat lagi pasal pengalaman pertama masak dan kaki terpacak dengan pisau? Kalau tak tahu boleh ke tajuk 'Masak'. Setelah luka sembuh, ia meninggalkan parut.
Jadi untuk menghilangkan parut luka kerana pisau, seterika dan lain-lain. Saya telah melakukan beberapa cara yang saya buat. Antaranya:
1. kentang dikupas, kentang itu digosok-gosok pada parut
2. kulit pisang, bahagian dalam kulit pisang digosok-gosok pada parut
3. guna pelekat macam untuk parut (tak ingat nama sebab dah takde benda tu)
4. sapukan minyak bio-oil atau rosehip oil pada parut
5. inai pada parut
Memang pada parut ini, saya buat semua cara di atas. Alhamdulillah hilang. Saya tak tahu mana satu yang paling berkesan. Jadi buatlah semua cara tersebut atau ikut keselesaan dan belanjawan yang anda ada. Nak murah boleh guna kentang atau pisang atau inai. Nak mahal guna rosehip oil (memang gila mahal rosehip oil dari Australia ni)
Anda tidak perlu risau tentang parut lagi seperti mana saya. Selamat mencuba.
oh kulit ubi n kulit pisang tu bagus untuk lembutkan tapak tangan juga. caranya sama gosokkan ja pada tapak tangan. hehe
ReplyDeletewah pengetahuan baru, terima kasih. Akan digunakan bila losyen takde.
ReplyDelete