Tuesday, March 29, 2011

Cakap



Assalamualaikum...

Kebelakangan ini saya perasan saya tidak suka bercakap lebih-lebih lagi kalau perbualan yang tiada topik atau tidak penting. Saya suka layan fikiran, baca buku, tengok tv, tengok siri atau filem kat internet atau baca blog. Lagipun penatlah kalau cakap banyak-banyak ni. Korang tak penat ke kalau cakap banyak-banyak atau suka borak tanpa hala tujuan?

Teringat masa saya buat induksi. Oleh kerana penat sangat dengan kuliah, kalau balik ke tempat penginapan sebelum tu saya akan beli tapau makanan tengah hari sebelum naik ke atas bilik. Masa beli tu saya diam seribu bahasa pilih makanan dan pesan air pun guna bahasa isyarat. Sampai ada abang ni ingat saya ni bisu. Bila dia tanya, saya cuma bagi isyarat tunjuk apa nak,angguk atau geleng kepala. Sampai dia kata, "awak ni bisu ke? Dia tak pernah dengar saya bersuara. Haha gelak saya, manalah ada pelajar bisu kat sini. Saya senyum je (saya tak ingat saya geleng atau angguk) Entahlah saya rasa penat sangat dan lapar sangat, tidak berminat untuk berbual. Lagipun kat kuliah dah puas bercakap, bentang itu ini, jadi saya cuma nak bersama diri. Biasa lepas solat dan makan, saya akan terbungkang tidur. Lepas tu ok sedikit nak borak.

Ja (rakan sekuliah dan dari satu bilik) kadang-kadang bengang dengan saya. Maaf Ja. Ketika Ja ingin berborak, saya cuma dengar dan memberi isyarat, langsung tidak bercakap. Kadang dia marah juga, dia kata la waktu si *** jadi bisu pula. Lepas saya buat isyarat menzipkan mulut.

Waktu kelas pun kadang-kadang macam ni juga. Tapi kalau kena soal pensyarah kenalah jawab, kan? Cuma keadaan sekarang lagi panjang jangka masa saya tidak berbual dengan orang. Jangan risau, ini cuma keadaan sementara. Saya tengah tiada mood nak borak ringan-ringan. Rasa tak suka borak-borak kosong ni. Saya ni suka menganalisa apa yang saya telah borak dan kalau saya dapati tiada faedah, saya takmo cakap. Nanti jiwa rasa tak seronok. Bagi saya kualiti perbualan adalah penting. Saya suka perbualan yang membuka perspektif/ pemikiran saya dan PASTINYA menyeronokkan.

Ok, jumpa lagi.

P.S: Cakap ringan sikit-sikit bolehlah tapi cakap banyak-banyak yang buat tak seronok.

P.S.S: Banyak cakap, banyak kesilapan, mudah terjanji atau bohong tanpa disedari atau tidak, mudah membuka ruang kepada perbualan sia-sia dan menyakitkan perasaan orang yang dilawan cakap jika tidak dikawal.Faktor-faktor yang saya ambil kira.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.