Wednesday, March 16, 2011

Nak Marah Tapi....


(sambil mendengar lagu Highway Stars oleh Deep Purple)

Assalamualaikum..

Bertemu di ruang ini. Waktu ini jam menunjukkan pukul 2:49 pagi. Waktu tidur saya yang berubah-ubah mengikut hormon. Saya sudah tidur awal maka oleh kerana tidak dapat melelapkan mata serta rangkaian internet yang teruk, saya tidak dapat muat turun siri ke-7 episod 16 House  secara terus melalui tvblinkx atau secara tidak langsung melalui utorrent, maka elok saya menulis sambil mendengar lagu.

(Mendengar pula lagu Celebration oleh KC and the Sunshine)

Mengamuk pada perkara yang di luar kuasa kita adalah KURANG BIJAKSANA. Maka, ingat sahaja kalau line anda semput, jangan marahkan pada penyedia perkhidmatan tersebut seperti TM, Maxis, Digi atau Celcom (walaupun boleh kerana anda dah bayar) Daripada anda maki, sebut sahaja ucapan istirja dan buatlah lawak benar supaya anda terhibur. Macam kata-kata seperti, "Allah sayang saya sebab tu uji hal ini." atau "Ala ujian ini kecil je, line semput pun nak marah-marah. Ada orang lagi tengah alami bencana gempa bumi pun tenang je. Rileks la." Gerenti anda tidak sakit hati sangat.

(Buka pula lagu Every Time You Cry oleh Human Nature sambil melihat kemajuan muat turun siri House di tvblinkx-belum habis)

*menyanyi kejap, sambung kemudian*

(Buka lagu Brother Louie oleh Modern Talking)

Ok sambung semula, maaf yer tujuan tulisan sambil menulis sambil mendengar lagu sambil menunggu muat turun terus House habis. Jadi senang cerita kalau anda dilanda musibah, hiburkan hati, ingatkan tentang kematian atau hari kiamat. Huru-hara hari kiamat dan hari kebangkitan semula lagi teruk daripada apa-apa ujian kita dapat. Bila hari kita dibangkitkan lagi la kita bangun seperti orang bingung. Dahla tempat tu kita kena duduk berhimpit-himpit (dapat dibayangkan kalau berhimpit-himpit) Siapa pernah mengerjakan haji atau umrah? Tahu kan sedangkan kita bertawaf atau nak kucup hajar aswad atau melontar jamrah pun kita kena tolak dan himpit, kena pijak. Kita rasa tak selesa inikan di Padang Mahsyar. Lepas tu kena hisab lagi. Ingat sekejap ke?Lepas tu saiz badan kita orang Malaysia kecil sahaja berbanding bangsa lain kan? Ha cuba bayang di Padang Mahsyar dengan umat-umat terdahulu yang lagi gila besar dan tinggi duduk berhimpit-himpit macam sardin dalam tin.

(Buka lagu Smooth Operator oleh Sade)

Alhamdulillah, ketika saya tengok kemajuan muat turun dah ok sedikit, agaknya lewat-lewat pagi tiada masalah terputus.

Ok sambung lagi, oleh itu satu cara mudah bila anda rasa nak marah (macam saya mudah melenting) ialah luahkan secara sihat macam saya tulis di blog ini, istigfar banyak-banyak, ingat ujian kita dapat kecil berbanding orang lain dan ingat ini baru permulaan ujian sebelum kita menghadapi hari kebangkitan. InsyaAllah kurang rasa nak marah. SABAR jerla yer. Pandang dari sudut positif.

(Buka lagu Crush pula oleh Jennifer Paige)

Betul kata Nabi Muhammad S.A.W. apabila kita ingat hal-hal mati atau perkara yang menuju ke arah selepas KEMATIAN, kita tidak akan kisah dengan perkara-perkara remeh. Kita akan sibuk fikir perkara di SANA.

Harap-harap tulisan saya membantu bagi mereka yang nak marah atau yang bersedih menghadapi ujian. Saya pun nak marah tadi tapi sekarang dah ok. Alhamdulillah.

Jumpa lagi.

P.S: Belum habis muat naik siri House tapi lega dapat luahkan :) Saya ni cepat melenting gak tapi banyak melenting dalam hati.

P.S.S: Nak tengok siri Man V Food pula.

Tulisan berakhir pukul 3:35 pagi.


2 comments:

  1. tengah mmenunggu muat turun habis. Lagi satu geram sikit dengan line semput..skrg dah ok

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.