Orang Kaya Yang Ideal Ialah Yang Beriman dan Bersyukur
Assalamualaikum..
Salam pagi Jumaat. Jumaat datang lagi. Oh sebelum menulis ini, saya buat paprik untuk saya makan. Mentang-mentang cili api dah ada, tak payah la nak beli. Cuma sayang lobak merah takde tapi takpe asal ada kacang panjang dan cili api terutamanya.
Hmm baca surat khabar pasal Bill Gates tidak menjadi orang terkaya di dunia. Ingatkan pasal apa tapi rupanya sifat dermawan Bill Gates yang menyebabkan kedudukan dia jatuh daripada menjadi orang paling kaya. Dia bukan derma USD$10 000 ke tapi lebih 1/3 harta didermakan. Wow, terperanjat saya. Dia dan isteri DAH DERMA sebanyak USD$28 billion.
Tahun ini,kekayaan Gates sebanyak lebih kurang USD$49 billion (RM148.5 billion) di belakang Slim lebih kurang USD$60 billion (RM181.9 billion)
Bagi saya, Allah akan tambahkan juga kekayaan Gates kerana sifat pemurah dia walaupun dia bukan Islam) Mahu juga saya hantar emel kepada beliau ucapkan tahniah kerana bersifat dermawan. Saya berdoa semoga Gates dapat hidayah Islam. Dia ada sifat terpuji. Memang patut Allah kurniakan dia kekayaan dan menjadi orang terkaya di dunia (walaupun jatuh no 2 kerana dia banyak derma) Kalau kita ni duk sibuk takut nak sedekahkan,derma, zakat kerana takut duit kurang atau sikit, dia pula tak kisah pun. Bukan sedikit dia derma tapi berbillion juga. Percayalah harta dia akan meningkat lagi tahun depan walau sebanyak mana dia derma.
Kita pula harus mencontohi sikap dermawan Bill Gates walaupun kita tak kaya. Kalau kita bercita-cita nak kaya, pastikan kita kaya dan menjadi orang yang bersyukur dengan nikmat Allah dengan melaksanakan zakat, sedekah dan derma. Ok sesiapa yang ingin kaya pastikan doa sekali setelah berusaha. Jadi bersangka baik pada Allah kalau kita doa dan berusaha untuk jadi kaya tapi tak kaya-kaya. Allah lebih mengetahui. Mungkin saja, Allah tahu kalau kita kaya kita lupa Allah. Macam Tsalabah di zaman Rasulullah yang mohon Rasulullah doakan dia jadi kaya tapi baginda enggan doakan. Setelah didesak, baginda S.A.W. doakan dan Tsalabah menjadi orang kaya yang lupakan Allah dan tidak melunaskan zakat.
Sebaik-baiknya apa pun keadaan kita, kita bersyukur pada Allah. Allah pun ada berfirman yang lebih kurang maknanya sekiranya kamu bersyukur atas nikmatKu maka Aku akan tambah nikmat. Sebaliknya jika kamu kufur, azabKu amat pedih. Maknanya kalau kita ni TAK kaya (apa lagi kaya-raya macam Bill Gates), kita pun boleh bersedekah ikut kemampuan kita. Tak payah cakap nak jadi kaya, ada sejuta ringgit baru nak derma. Padahal kalau kita mampu, boleh sahaja derma asal jangan lupa zakat.
Ok itu sahaja, renungan untuk diri saya juga supaya bersyukur dan kalau bercita-cita nak jadi kaya, jadilah orang kaya yang beriman, bersyukur.
P.S: Bill Gates tiada nikmat Islam, sama -sama kita doakan dia dapat hidayah :)
saya pun selalu bersedekah setiap malam jumaat. kadang kadang duit yang saya jumpa tepi jalan pun saya sedekah kat masjid. cita cita saya ialah jadi billionaire supaya saya mampu buat masjid di serata dunia.
ReplyDeleteSeelok-eloknya merahsiakan sedekah kerana takut menjadi riak :)
ReplyDeletejangan bimbang saya tak akan jadi seorang yang riak, sebaliknya saya ni kadang kadang terlalu tulus suka sangat bercakap benar, jujur dan berterus terang watak kartun nickelodeon tu, adui :]
ReplyDelete