Assalamualaikum..
Tak sabar nak tunggu Pesta Buku yang akan dijadualkan bermula 22 April hingga 1 Mei 2011 (lagi 3 minggu). Saya bercadang nak pergi pada hari biasa bukan hujung minggu dan saya nak jadi orang pertama terpacak depan dewan sebelum dibuka alasannya awal-awal pagi tak ramai (pernah tunggu sampai tertidur depan kedai buku Borders Time Square kerana awal sangat) .Haha, maknanya kalau ikut tahun-tahun lepas, dewan dibuka pukul 10 pagi. Siapa lagi nak pergi?
Tapikan tahun ini, saya tak banyak senaraikan buku-buku yang saya nak beli macam tahun lepas. Eh takkan sebab kebanyakan buku saya dah baca? Mesti ada buku yang belum baca yang bagus dan buku baru yang akan dilancarkan yang menarik. Pada sisi lain, tak berat sangat tangan menjinjit beg plastik kalau tak banyak beli buku. Takpe, ada masa nak senaraikan buku-buku yang belum dibaca, rugi pula kerana waktu begini harga buku adalah murah dan bukan selalu dapat tawaran sebegini. Setahun sekali je. Selalu saya buat perancangan tapak penerbitan buku mana saya nak pergi dulu. Saya buat nota dalam buku nota kecil. Saya akan tulis nama penerbitan buku, nombor lot, nama dewan, tingkat dan akhirnya senarai buku di bawah penerbitan tersebut. Cari semua buku yang dikehendaki dari satu tapak. Tandakan yang dapat (kadang terlebih membeli buku lain yang menarik perhatian). Ikut susunan, lepas tu pergi tapak penerbitan lain. Kira saya rujuk pada peta pelan lot (ada di internet) untuk mengetahui kedudukan penerbitan. Kemudian ambil keputusan lorong mana nak masuk, tingkat mana supaya menjimatkan masa, TIDAK mengulang jalan yang sama (eheh saya banyak habiskan masa untuk belek buku)
Tak sabarnya! Jumpa di sana siapa yang kaki buku juga :)

jika ada buku catur, yang penulisnya datang dari luar negara, maklumkan saya, nak kirim ni ngan awak he he :]
ReplyDeleteKenalah bagi tahu tajuk,penerbitan dan harga. Buku banyak, rasanya tak tercari. Lagi pula saya tak suka buku catur dan saya pergi sekali je jadi kalau buat tinjauan, maknanya awak kena pesan kat orang lain. Cari kat internet tajuk buku awak nak, senang sikit
ReplyDelete