Sunday, May 15, 2011

Biarkan Mereka



Biarkan mereka paranoid


Biarkan mereka perasan


Perasan diri mereka diperhatikan


Perasan diri mereka dihendap


Perasan ada orang nak buat onar pada mereka


Kasihan sungguh mereka hidup dalam prasangka




Kalau tak mampu menghadapi ombak mengganas


Jangan berumah di tepi pantai


Siapa yang mahu menghendap mereka?


Mereka yang membina ketakutan sendiri


Menyangka yang bukan-bukan


Kasihan fikiran mereka terganggu


Kasihan mereka


Tiada siapa dapat menolong


Hanya mereka yang dapat membuang keraguan dalam diri mereka


Oh kasihan! Saya kasihan mereka yang perasan dihendap


Tidak bernilai mereka ini

2 comments:

  1. memang kita x kan rasa selesa bila setiap tingkah laku kita sering diperhatikan...membuatkan kita merasa bimbang n bercelaru...oleh itu jgnlah mengintip seseorang jika kita x hendak diintip....

    ReplyDelete
  2. lama dah saya tak berpuisi..terbaik

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.