Assalamualaikum...
Mesti korang terkejut sebelum ni ada tulisan pasal 'testing'. Haha sebenarnya, saya sibuk tukar settings nak tengok camne kan output pada pandangan blog orang lain alih-alih Google buat penyelenggaraan jadi bila saya nak buang tulisan 'testing' tu dapat mesej silap. Gelabah saya, hehe, terus pergi forum cari penyelesaian. Rupa-rupanya ramai dapat error yang diberikan kod tu. Tapi lama pula penyelenggaraan tu, saya takut ada yang rasa tertipu tengok tajuk 'testing' tapi isi takde. Maaf yer.
Dulu pun masa saya nak letak favicon wombat (yang korang leh nampak kat tepi alamat) ada silap juga. Nasib baik saya pergi forum juga. Kira Google ni bagus la, bila kita hadapi masalah bila tulis dan urus blog, dia beri platform untuk kita cari penyelesaian. Alhamdulillah masalah selesai juga.
Salah satu rupa anak patung wombat yang saya ambil daripada enjin pencarian |
Lega penyelenggaraan ni sekejap. Dah tadi saya bersemangat dengan blog. Terus-terang saya ni fobia juga nak godek, ubah-ubah pandangan, susunan peralatan dalam blog ni nanti makin teruk saya ubah. Saya tengok ada juga blogger yang rajin ubah-ubah susunan perabot (amboi istilah) dalam blog dorang. Baru seminggu tak masuk blog dorang, bila masuk dah lain. Kalau saya pula ambil masa nak ubah-ubah, macam saya kata fobia nanti ubah-ubah ada masalah pula, elok-elok orang boleh tengok blog kita jadi tak boleh pula.
Korang ada masalah macam saya ni tak? Bagi tips kat saya untuk berani ubah-ubah susunan pandangan blog saya. Hehe fobia betul.
buat renovation utk menarik reader n follower mengikuti penulisan kita...berkomunikasi ttg topik2 yg boleh membina minda...
ReplyDelete