Mengenang Zaman Persekolahan Ketika Menjadi Orang Nomad
Assalamualaikum...
Selamat petang dan bertemu kembali. Semalam saya cerita pasal saya dan asam pedas maka teringat pula perbualan saya dengan Encik Lampard dulu-dulu.
Dahulu apabila Encik Lampard cerita dia dahulu sekolah di Henry Gurney, saya percaya bulat-bulat tak tanya sebab saya tak tahu pun tu sekolah juvana. Encik Lampard pula bila tahu saya percaya cakap dia, dia cakap lebih kurang begini "Z*** gurau la, N****, Z*** tak pernah sekolah kat situ". Haha maaflah Encik Lampard, saya masa tu tak tahu pun Sekolah Henry Gurney tu sekolah apa, ingat sekolah biasa takpun sekolah mubaligh maklum Melaka ni kan banyak sekolah mubaligh. Agaknya dia takut saya anggap dia pernah menjadi remaja bermasalah agaknya. Ala sebenarnya kita tak boleh sangat menilai orang. Manusia berubah. Ikutkan kita semua pernah buat perkara nakal. Kami ni sama je, kata orang Melaka (lahir sini) tapi hidup berpindah-randah.
Seronok ke hidup berpindah-randah ni? Tengok tempat, suasana dan sekolah. Tak seronoknya pindah waktu sesi persekolahan masih berjalan. Pindah dahla macam cap ayam, tergesa-gesa, masuk ke kawasan persekitaran baru, sekolah, kelas dan bertemu rakan sekolah baru. Nasib kadang-kadang dapat masuk kelas yang mempunyai murid-murid paling pandai, murid-murid paling kurang pandai, murid-murid yang kebanyakan nakal dan popular di kalangan guru disiplin. Saya pernah rasa, pandai-pandailah sesuaikan diri. Apapun ia mengajar saya supaya sesuaikan diri mengikut latar tempat. Kira saya ni jadi sesumpah, tukar-tukar warna.
Ada seseorang bagitahu ke mana saya pergi, saya akan popular. Terpulang saya nak popular cara baik atau cara buruk.Kalau taknak popular boleh tak?, saya bertanya dalam hati. Maka untuk memastikan benar atau tidak teori tersebut, saya mengingati apabila pindah ke sekolah baru kadang-kadang saya menukar karakter lain iaitu menjadi pendiam, duduk diam-diam membisu, bercakap apabila perlu dan bila ditanya sahaja. Duduk paling belakang. Ya memang popularpun saya, popular untuk dibuli. Kahkah. Seksa dibuli jiwa tak tahan lepas setahun baru ok persekitaran. Lepas tu popular pasal perkara lain pula.
Eh okla, cukup cerita waktu zaman persekolahan. Kesimpulannya bukan semua pengalaman itu teruk, ada manis juga. Seronok bercerita kepada mereka yang pernah mengalaminya macam Encik Lampard yang memahami. Tapi Encik Lampard, saya lagi banyak pindah-randah daripada awak. Haha.
Ok jumpa lagi semua.
P.S: Sekolah rendah entah berapa kali pindah.Tingkatan 1 pula sampai 3 kali tukar sekolah.
wahhhhh banyaknyer wina pindah2 sschool...bape kali pindah nie yunk???keh3
ReplyDeleteTak terkira atau malas nak kira,hehe.
ReplyDelete